Syanie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Syanie Hisham" dilencongkan di sini.
Syanie
KelahiranSyaniza binti Hisham
1974 (umur 44–45)
Serdang, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1991–kini
PasanganMohd Attimidi Abdul (1996-2002; bercerai)
Nadi Putera (2014-16; bercerai)

Syaniza "Syanie" Hisham (lahir 1974) merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi. Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Senario The Movie (1999), MX3 (2003), Buli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bedah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.[2]

Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syanie berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercerai pada 2002. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014[4] dan memfailkan perceraian pada 2016.[5][6]

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syanie telah mengurangkan berat badan.[7] Di luar kerjaya lakonan, Syanie juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.[8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1999 Senario The Movie Petum Filem pertama
2000 Senario Lagi Zati
2001 Lagi-Lagi Senario Kemumculan khas
2003 Gila-Gila Pengantin Puan Rohani Marican
Laila Isabella Eton
MX3 Lolita
2004 Biar Betul Rosmah
2005 Salon
2006 Buli Balik Farah
Persona Non Grata
2008 Cuci
Apa Kata Hati
2009 The Wedding Game
Setem
2010 Senario Asam Garam
2011 Kembar Siang Mak Yam
Tolong Awek Aku Pontianak
Papa I Love You Tuan Rumah
2012 Baik Giler
2016 Lu Mafia Gua Gangster Kemunculan khas
2017 Kerja Kahwin

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999-2001 Gerak Khas Peranan ulangan TV1
2010 Dottie Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Bedah Tong Gas TV9
Lemang Sebatang
Cinta Irama Klasik
Mee Janda
2019 Nana Dan Jam Atok TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2009 The Biggest Loser Asia
2013 MasterChef Malaysia All Stars Astro Ria
Itu Dia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wawann Mohd (20 Julai 2017). Syanie tidak kisah dikata ‘demand’ Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (30 Julai 2018). "Syanie pasrah hilang tawaran berlakon". BH Online. Dicapai 30 Julai 2018. 
  3. ^ Syanie dan Dina sertai The Biggest Loser Asia, bermula 24 November Rotikaya (18 November 2009). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  4. ^ Pelakon komedi Syanie, sah bergelar suami isteri Harian Metro (28 Februari 2014). Dicapai pada 10 Mac 2014.
  5. ^ Khadijah Ibrahim (3 Mei 2016). Syanie dalam idah, cerai 23 Februari lalu Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  6. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (7 Julai 2017). "Syanie enggan mencari cinta lagi". Utusan Online. Dicapai 7 Julai 2017. 
  7. ^ Haryati Karim (6 Jun 2009). 2 tahun untuk Syanie kurus Kosmo!. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  8. ^ "Syanie cari rezeki luar bidang seni". Berita Harian Singapura. 1 Ogos 2018. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  9. ^ Syanie: Tak perlu ungkit apa yang berlaku Perak Today (1 Mei 2016). Dicapai pada 10 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]