Civilization IV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sid Meier's Civilization IV
Sid Meier's Civilization IV
Pembangun Firaxis Games
Penerbit 2K Games & Aspyr
Pereka Soren Johnson
Enjin Gamebryo
Versi 1.74 (July 20, 2007)
Pelantar Windows, Mac
Tarikh keluaran Versi Windows :

Amerika Utara 25 Oktober 2005
Jerman, Switzerland 26 Oktober 2005
Rantau PAL 4 November 2005
Versi Mac: 30 Jun 2006

Genre Turn-based strategy game
Mod Single player, Multiplayer
Penilaian ESRB: Semua orang (10+)

PEGI: 12+

Bahantara CD (2), DVD (1)
Keperluan sistem CPU 1.2 GHz, RAM 256 MB, kad video 64 MB dengan Hardware T&L, kad bunyi, HDD 1.7 GB
Kaedah input Tetikus, papan kekunci

Sid Meier's Civilization IV (Civilization IV atau Civ4) ialah permainan komputer strategi yang dilancarkan pada tahun 2005 dan dikembangkan oleh Soren Johnson bawah arahan Sid Meier dan studio Firaxis Games. Permainan ini adalah bahagian dalam siri permainan Civilization. Civilization IV dilancarkan antara 25 Oktober dan 4 November 2005 di Amerika Utara, Eropah dan Australia. Sambungan permainan ini, Warlords, dilancarkan pada 24 Julai 2006 di Amerika Syarikat dan 28 Julai 2006 di Kesatuan Eropah. Kembangan kedua, Beyond the Sword, dilancarkan ke seluruh dunia pada 18 Julai dan 30 Julai 2007. Civilization IV telah terjual lebih dari 1.5 juta.[1]

Dalam permainan Civilization IV, pemain dapat membangun sebuah empayar. Permainan dimulakan pada tahun 4000 SM dengan penduduk membina bandar. Dari situlah pemain dapat memperluaskan empayar sementara bersaing dengan negara musuh, melihat geografi, mengembangkan infrastruktur dan melakukan penelitian kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Pemain dapat memainkan permainan ini dengan menyelesaikan satu daripada lima yang harus diselesaikan: mengalahkan semua musuh, menguasai majoriti populasi dan tanah dunia, menjadi yang pertama membina pesawat angkasa lepas yang dapat menempatkan Alpha Centauri, meningkatkan kebudayaan tiga bandar menjadi "bandar legenda", atau dengan menjadi "pemimpin dunia" setelah menjadi setiausaha agung PBB. Jika waktu permainan habis (tahun 2050), dengan tiada satupun dari 5 tersebut yang diperolehi oleh mana-mana negarapun, negara dengan skor tertinggi akan menjadi pemenang.

Civilization IV dilancarkan dalam versi bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Cina dan bahasa Poland. Peminat permainan ini juga membuat versi bahasa Rusia, bahasa Finland, bahasa Czech dan bahasa Hungary.[2][3]

Permainan[sunting | sunting sumber]

Diplomasi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar fungsi layar diplomasi dalam Civilization IV digunakan untuk melakukan perdagangan. Pemain dapat saling bertukar sumber (termasuk kemewahan seperti wain) dan emas dalam layar ini. Pilihan diplomasi dapat berkembang seiring ditemukannya teknologi baru, misalnya pertukaran peta dapat dilakukan apabila pemain telah menemui teknologi kertas, begitu pula dengan pilihan pertukaran teknologi, perjanjian embargo perdagangan, bantuan ketenteraan, dan permintaan agar peradaban lain menganut suatu ajaran atau agama yang baru muncul ketika pemain menguasai teknologi tertentu.

Layar diplomasi juga dibuat lebih lengkap dari permainan pendahulunya, Civilization III (Civ3). Layar pada Civ4 ini tidak hanya menampilkan "perasaan" pemimpin lain (mulai dari ramah hingga marah) terhadap pemain, tetapi juga kenapa mereka memiliki perasaan seperti itu (misalnya "-2: You refused to stop trading with our worst enemies!"). Biasanya, seorang pemimpin mudah menerima transaksi apabila ia memiliki rasa simpati terhadap lawan transaksinya.

Penghasilan dan perdagangan[sunting | sunting sumber]

Game Civ4 menyediakan lebih dari 32 jenis sumber daya alam yang dapat digunakan atau diperdagangkan. Beberapa sumber daya memerlukan bangunan-bangunan tertentu sebelum dapat digunakan (misalnya, pemain perlu membina pelantar minyak sebelum dapat menggunakan minyak). Sumber daya alam juga diperlukan untuk membuat unit-unit tertentu (misalnya, untuk membuat unit kesatria, pemain harus memiliki sumber daya kuda dan besi), mempercepat proses pembinaan (kecepatan membangun Piramid bertambah dua kali ganda apabila pemain menguasai sumber batu), atau hanya menambahkan penghasilan, makanan, dan kebahagiaan dan/atau emas pada keluaran sebuah kota.

Pemimpin yang dikawal oleh AI cenderung mengelompokkan sumber daya ke dalam dua kumpulan, iaitu sumber daya kunci yang diperlukan untuk menghasilkan senjata atau bangunan, seperti batu, besi, uranium; dan sumber daya kemewahan, iaitu sumber daya yang tidak diperlukan untuk keperluan penghasilan tersebut. AI biasanya hanya mahu menukarkan sumber daya kunci dengan sumber daya kunci yang lain (misalnya menukarkan uranium dengan besi). Namun sayangnya, AI menganggap setiap sumber daya kunci memiliki nilai yang sama. Kelemahan ini kadang-kala diatasi oleh pemain dengan cara menukarkan sumber daya yang kurang berharga (misalnya batu) dengan sumber daya lainnya yang sangat mahal (misalnya uranium).

Peradaban dan pemimpinnya[sunting | sunting sumber]

Penerangan Singkat Tamadun Teknologi Awal Unit Khusus Pemimpin Ciri Pemimpin Civic Kegemaran Kota pertama
Amerika Empayar Amerika Perikanan, Pertanian Navy SEAL (menggantikan Marine) George Washington Kewangan, Tersusun Hak Undian Umum Washington
Roosevelt Perindustrian, Tersusun
Arab Empayar Arab Kemistikan, Roda Camel Archer (menggantikan Knight) Saladin Falsafah, Kerohanian Pemerintahan agama Mekah
Aztek Empayar Aztek Kemistikan, Perburuan Jaguar (menggantikan Swordsman) Montezuma Agresif, Kerohanian Pemerintahan Negeri Tenochtitlan
China Empayar China Pertanian, Perlombongan Cho-Ko-Nu (menggantikan Crossbow) Mao Zedong Falsafah, Tersusun State Property Beijing
Qin Shi Huang Perindustrian, Kewangan Pemerintahan Negeri
Mesir Empayar Mesir Pertanian, Roda War Chariot (menggantikan Chariot) Hatshepsut Kerohanian, Kreatif Pemerintahan Berketurunan Thebes
England Empayar Inggeris Perikanan, Perlombongan Redcoat (menggantikan Rifleman) Victoria Perluasan, Kewangan Perwakilan London
Elizabeth Falsafah, Kewangan Bebas agama
Perancis Empayar Perancis Pertanian, Roda Musketeer (menggantikan Musket) Louis XIV Kretif, Perindustrian Pemerintahan Berketurunan Paris
Napoleon Agresif, Perindustrian Perwakilan
Jerman Empayar Jerman Perburuan, Perlombongan Panzer (menggantikan Tank) Frederick Kretif, Falsafah Hak Undian Umum Berlin
Bismarck Perluasan, Perindustrian Perwakilan
Yunani Empayar Yunani Perikanan, Perburuan Phalanx (menggantikan Spearman) Alexander Agresif, Falsafah Pemerintahan Berketurunan Athens
Inca Empayar Inca Pertanian, Kemistikan Quechua (menggantikan Warrior) Huayna Capac Agresif, Kewangan Pemerintahan Berketurunan Cuzco
India Empayar India Kemistikan, Perlombongan Fast Worker (menggantikan Worker) Gandhi Perindustrian, Kerohanian Hak Undian Umum Delhi
Asoka Tersusun, Kerohanian
Jepun Empayar Jepun Perikanan, Roda Samurai (menggantikan Maceman) Tokugawa Agresif, Tersusun Merkantilisme Kyoto
Mali Empayar Malin Perlombongan, Roda Skirmisher (menggantikan Archer) Mansa Musa Kewangan, Kerohanian Pasaran Bebas Timbuktu
Mongolia Empayar Mongolia Perburuan, Roda Keshik (menggantikan Horse Archer) Genghis Khan Agresif, Perluasan Pemerintahan Negeri Karakorum
Kublai Khan Agresif, Kreatif Pemerintahan Berketurunan
Parsi Empayar Parsi Pertanian, Perburuan Immortals (menggantikan Chariot) Cyrus Perluasan, Kretif Perwakilan Persepolis
Rom Empayar Rom Perikanan, Perlombongan Praetorian (menggantikan Swordsman) Julius Caesar Tersusun, Perluasan Perwakilan Rome
Russia Empayar Russia Perburuan, Perlombongan Cossack (menggantikan Cavalry) Catherine Kretif, Kewangan Pemerintahan Berketurunan Moscow
Peter Perluasan, Falsafah Pemerintahan Negeri
Sepanyol Empayar Sepanyol Perikanan, Kemistikan Conquistador (menggantikan Knight) Isabella Perluasan, Kerohanian Pemerintahan Negeri Madrid

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: