18 Julai
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2022 |
18 Julai merupakan hari ke-199 (hari ke-200 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 166 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Uruguay (1830).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1290 – Edward I mengeluarkan edik mengusir semua orang Yahudi dari England.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Amerika-Afrika formal pertama, Regimen ke-54 Infantri Massachusetts mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner di Carolina Selatan.
- 1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.
- 1942 – Jurutera Jerman menguji pesawat pejuang Messerschmitt Me 262, kali pertama sebuah pesawat turbin jet terbang.
- 1944 – Jeneral Hideki Tōjō (gambar) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas satu siri kegagalan pada akhir Perang Dunia Kedua.
- 1976 – Di Sukan Olimpik Montreal, Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.
- 1982 – Angkatan tentera Guatemala dan sekutu separa tenteranya membunuh lebih 250 orang Maya di Baja Verapaz.
- 2013 – Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1918 - Nelson Mandela, seorang Presiden Afrika Selatan
- 1996 - Fachri Muhammad, seorang pelakon lelaki Indonesia
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1872 - Benito Juarez, Presiden Mexico
- 2012 - Rajesh Khanna, seorang pelakon dan penerbit filem Bollywood
- 2017 - Datuk Ishak Ismail, seorang ADUN Lenggeng, Negeri Sembilan.