Daniele Padelli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Daniele Padelli
20150616 - Portugal - Italie - Genève - Daniele Padelli 1.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1985-10-25) 25 Oktober 1985 (umur 34)
Tempat lahirLecco, Itali
Ketinggian1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniInter Milan
Nombor27
Kerjaya remaja
2001–2002Lecco
2002–2004Como
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2004Como0(0)
2004–2012Sampdoria0(0)
2005–2006Pizzighettone (pinjam)33(0)
2006–2007Crotone (pinjam)1(0)
2007Liverpool (pinjam)1(0)
2008–2009Pisa (pinjam)7(0)
2008–2009Avellino (pinjam)15(0)
2009–2011Bari (pinjam)3(0)
2011–2012Udinese (pinjam)0(0)
2012–2013Udinese9(0)
2013–2017Torino100(0)
2017–Inter Milan0(0)
Pasukan kebangsaan
2005–2007Itali B207(0)
2006Itali B211(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 July 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 17 November 2015

Daniele Padelli (lahir 25 Oktober 1985) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Serie A, Inter Milan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Padelli telah memulakan kariernya untuk kelab yang beraksi di Seconda Categoria, Delebio yang terletak di Valtellina. Seterusnya, beliau berpindah ke Lecco pada tahun 2001 sebelum menyertai Como setahun kemudian. Pada tahun 2004, beliau melakukan perpindahan ke Sampdoria. Beliau beraksi untuk skuad Primavera sebelum dipinjamkan ke kelab Pizzighettone yang beraksi di Serie C1 (33 penampilan dan 29 gol bolos) dan Crotone (satu penampilan bersama dua gol bolos).

Liverpool (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Januari 2007, Padelli telah dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk sepanjang musim 2006—07.[1] Beliau melakukan satu-satunya penampilan untuk Liverpool pada 13 Mei 2007 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Charlton Athletic sekali gus menandakan beliau merupakan pemain bola sepak Itali pertama beraksi untuk kelab Inggeris itu. Namun, prestasinya yang hambar apabila beliau dibolosi dua gol menyebabkan Reds terikat seri 2-2.[2] Beliau kembali semula ke Sampdoria pada 8 Jun 2007.[3]

Pisa (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2007, beliau secara rasminya telah dipinjamkan ke Pisa yang beraksi di Serie B. Beliau telah tampil dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama Pisa bahkan dalam perlawanan Coppa Italia menentang Napoli. Dalam kempen liga, Giampiero Ventura telah memilih beliau untuk menjadi penjaga gol utama sekali gus menewaskan tempat yang sebelumnya diisi oleh penjaga gol yang lebih berpengalaman iaitu, Davide Morello. Namun, beliau telah mengakhiri musimnya dengan melakukan tujuh penampilan dan dibolosi sepuluh gol. Semasa musim 2008–09, beliau telah dipinjamkan ke kelab Avellino bersama pilihan untuk melakukan pembelian tetap. Beliau telah beraksi dalam 15 perlawanan dan dibolosi 29 gol. Musim itu juga menyaksikan pasukannya disingkirkan ke Lega Pro Prima Divisione pada penghujung musim. Beliau akhirnya kembali ke Sampdoria.

Bari (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2009, beliau telah berpindah ke Bari secara pinjaman[4] sebagai penjaga gol kedua di belakang Jean-François Gillet. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Bari pada 9 Mei 2010 ketika menentang Udinese yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 3-3. Pada 29 Julai 2010, tempoh pinjamannya telah dilanjutkan. Pandelli berpeluang beraksi dalam perlawanan pertamanya bagi kempen 2010-11 ketika seri 1-1 menentang Palermo.

Udinese[sunting | sunting sumber]

Pada 25 June 2011, beliau telah dipinjamkan ke Udinese. Pada 27 Ogos 2012, beliau telah dijual ke Udinese. Bersama kelab itu, beliau mengakhiri musim dengan status sebagai penjaga gol kedua pasukan dengan beraksi sebanyak 12 perlawanan di seluruh kejohanan.

Torino[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mei 2013, Padelli telah diikat oleh Torino menerusi perpindahan percuma. Berikutan penggantungan Jean-François Gillet, beliau telah menjadi penjaga gol utama. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam pusingan ketiga Coppa Italia menentang Pescara yang menyaksikan Torino dibolosi dua gol yang berkesudahan Torino tewas 1-2. Padelli beraksi dalam tiap-tiap perlawanan Torino bagi musim 2013–14 dengan memastikan Torino menempah tiket ke kejohanan Liga Europa[5] semenetara beliau telah tampil dalam 38 perlawanan. Beliau juga dinobatkan sebagai "penjaga gol paling dikagumi" oleh semasa Italian Sport Awards pada 21 Mei 2014. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino dalam perlawanan Eropah ketika pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang wakil Sweden, Brommapojkarna.[6]

Setelah ketibaan Joe Hart dari Manchester City, Padelli kehilangan posisinya dalam kesebelasan utama Torino dan mengakhiri musimnya dengan menamatkan kontraknya. Beliau mengakhiri kariernya di Torino selepas empat musim dengan 116 penampilan dalam saingan liga, Coppa Italia dan Liga Europa.

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Padelli dibawa masuk ke Inter Milan pada pertengahan tahun 2017.[7][8] Padelli dilaporkan bersetuju untuk menyertai Inter secara rasminya di bawah status ejen bebas mulai 1 Julai. Padelli bersama rakan sepasukannya yang juga seorang penjaga gol, Tommaso Berni telah menandantangani kontrak baru selama satu tahun pada 28 Jun 2019.[9]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Padelli telah dipanggil untuk mewakili pasukan bawah-20 Itali sebanyak 14 kali dan beliau telah beraksi sebanyak tujuh perlawanan. Pada 21 Disember 2006, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali ketika menentang Luxembourg yang berkesudahan Itali menang 2-0.

Pada 30 Ogos 2014, beliau telah dipanggil oleh pasukan senior Itali buat pertama kali ketika di bawah kendalian jurulatih baru, Antonio Conte untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Belanda dan kelayakan Euro 2016 menentang Norway pada 9 September.[10]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Januari 2019.[11]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Pergolettese 2005–06 33 0 1 0 34 0
Itali Crotone 2006 1 0 1 0 2 0
England Liverpool 2007 1 0 0 0 1 0
Itali Pisa 2007–08 7 0 1 0 8 0
Itali Avellino 2008–09 15 0 0 0 15 0
Itali Bari 2009–10 1 0 0 0 1 0
2010–11 2 0 3 0 5 0
Jumlah 3 0 3 0 6 0
Itali Udinese 2011–12 0 0 0 0 0 0 0 0
2012–13 9 0 1 0 2 0 12 0
Jumlah 9 0 1 0 2 0 12 0
Itali Torino 2013–14 38 0 1 0 39 0
2014–15 25 0 1 0 12 0 38 0
2015–16 35 0 0 0 35 0
2016–17 2 0 2 0 4 0
Jumlah 100 0 4 0 12 0 116 0
Itali Inter Milan 2017–18 0 0 1 0 1 0
2018–19 0 0 1 0 0 0 1 0
Jumlah 0 0 2 0 2 0
Jumlah kerjaya 169 0 13 0 14 0 196 0
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Europa

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adams, Tom (c. 2017). "Reds swoop for Samp starlet". Skysports. Dicapai 22 August 2019. 
  2. ^ "Addicks Spoil Fowler's Finale". skysports.com. 2007-05-13. Diarkibkan daripada asal pada 14 June 2007. Dicapai 2007-06-10. 
  3. ^ "Padelli returns to Italy after loan spell" (Siaran akhbar). Liverpool F.C. 2007-06-08. Diarkibkan daripada asal pada 2014-11-26. Dicapai 2014-09-28. 
  4. ^ Bari snap up Sampdoria keeper Padelli Diarkibkan 2009-07-09 di Wayback Machine.
  5. ^ "2013 2014 regular season". soccerway.com. Dicapai 21 May 2014. 
  6. ^ "BROMMAPOJKARNA VS. TORINO 0 - 3". soccerway.com. Dicapai 2 August 2014. 
  7. ^ "Padelli signs for Inter". Inter Milan. 3 July 2017. Dicapai 4 July 2017. 
  8. ^ "Calcio Mercato" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 1 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2017. Dicapai 1 July 2017. 
  9. ^ "Daniele Padelli to remain at Inter until 2020". Inter Milan. 28 June 2019. Dicapai 29 June 2019. 
  10. ^ http://www.figc.it/it/204/2525270/2014/08/News.shtml
  11. ^ "Matteo Politano". Soccerway. Dicapai 29 May 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]