Danijel Pranjić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Danijel Pranjić
Pranjić in 2009
Maklumat peribadi
Nama penuh Danijel Pranjić[1]
Tarikh lahir (1981-12-02) 2 Disember 1981 (umur 42)
Tempat lahir Našice, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pemain tengah / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Panathinaikos
Nombor 32
Kerjaya remaja
1998–2000 NAŠK
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–2000 NAŠK
2000–2001 Papuk
2001–2002 Belišće 28 (7)
2002–2004 Osijek 53 (3)
2004–2005 Dinamo Zagreb 29 (2)
2005–2009 Heerenveen 128 (32)
2009–2012 Bayern Munich 55 (1)
2011 Bayern Munich II 1 (0)
2012–2013 Sporting CP 9 (0)
2013Celta de Vigo (pinjaman) 10 (0)
2013– Panathinaikos 34 (7)
Pasukan kebangsaan
2002–2004 Croatia B21 15 (1)
2004– Croatia 52 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Jun 2014

Danijel Pranjić (disebut [ˈdanijɛl ˈpraɲit͡ɕ]; lahir 2 Disember 1981) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Panathinaikos. Beliau merupakan pemain bola sepak yang sering menggunakan kaki kiri. Beliau bermain di posisi pemain tengah dan pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pranjić memulakan kerjayanya di Papuk. Beliau bermain untuk NAŠK, Papuk dan Osije sebelum ke kelab terbesar negaranya, Dinamo Zagreb pada 2004. Ketika di Dinamo Zagreb, beliau bermain di kempen Piala UEFA 2004–05, beliau membuat enam penampilan dan menjaringkan satu gol pada kejohanan itu.

Pada 2005, beliau berpindah ke kelab Belanda, SC Heerenveen. Beliau memulakan kempen 2008-09 dengan baik, beliau menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan liga pertamanya. Pranjić menjaringkan hatriknya dalam saingan Piala KNVB pada 12 November 2008 menentang Haaglandia, 8-0. Pada 31 Januari 2009, beliau menjaringkan gol tunggal Heerenveen untuk menang ke atas Ajax Amsterdam.

Beliau memenangi Piala KNVB bersama Heerenveen pada penghujung musim 2008 dan pada perlawanan akhir itu adalah perlawanan terakhir beliau di Heerenveen. Pada Jun 2009, Bayern Munich mengumumkan Pranjić akan sertai mereka.[2] Beliau membuat impak besar ketika musim pertamanya di Bayern, beliau memulakan kerjayanya di Bayern dengan bermain 14 perlawanan dan menjadi pilihan pertama bek kiri selepas Holger Badstuber.

Pada 13 Julai 2012, selepas kontraknya bersama Bayern tamat, Pranjić telah ke kelab Primeira Liga, Sporting Clube de Portugal. Beliau bermain sembilan perlawanan untuk Os Leões sebelum ke kelab La Liga, Celta de Vigo pada Januari 2013 secara pinjaman sehingga penghujung musim.

Pada 2 September 2013, Pranjić telah menandatangani kontrak baru tiga tahun bersama Panathinaikos. Beliau membuat debut untuk Panathinaikos ketika seri 1–1 menentang Platanias F.C.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 16 November 2004, Pranjić membuat debut untuk Croatia dalam perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland. Pada tahun 2007, beliau bermain sebanyak tiga perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 untuk Croatia.

Ketika UEFA Euro 2008, Pranjić membuat hantaran kepada Darijo Srna untuk menjaringkan gol pembukaan Croatia dan keputusannya Croatia menang 2-1 ke atas Jerman dan pada perlawanan seterusnya, beliau membuat hantaran kepada Ivan Klasnić, menang 1–0 ke atas Poland.

Pada 28 September 2012, Pranjić bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas pengurusnya memanggil pemain kelahiran Brazil, Sammir.

Pada 10 November 2013, Niko Kovač memanggil semula Pranjić untuk sertai pasukan kebangsaan selepas Ivan Strinić mengalami kecederaan. Pranjić tersenarai dalam 23 pemain Croatia yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penampilan kelab Liga Piala Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Croatia Liga Piala Croatia Eropah Total
2002–03 Osijek Prva HNL 30 1 30 1
2003–04 23 2 23 2
2004–05 Dinamo Zagreb Prva HNL 29 2 6 1 35 3
Belanda Liga Piala KNVB Eropah Jumlah
2005–06 Heerenveen Eredivisie 32 5 2 0 8 0 42 5
2006–07 34 2 1 0 6 1 41 3
2007–08 33 9 2 0 2 0 37 9
2008–09 24 16 2 3 4 1 30 20
Jerman Liga DFB-Pokal Eropah Jumlah
2009–10 Bayern Munich Bundesliga 20 1 2 0 7 0 29 1
2010–11 28 0 4 0 7 0 39 0
2011–12 7 0 1 0 5 0 13 0
Portugal Liga Taça de Portugal Eropah Jumlah
2012–13 Sporting CP Primeira Liga 9 0 2 0 6 1 17 1
Sepanyol Liga Copa del Rey Eropah Jumlah
2012–13 Celta de Vigo La Liga 10 0 0 0 0 0 10 0
Greece Liga Piala Greece Eropah Jumlah
2013–14 Panathinaikos Liga Super Greece 28 5 7 0 0 0 35 5
Jumlah Croatia Croatia 82 5 6 1 88 6
Belanda Belanda 123 32 7 3 20 2 150 37
Jerman Jerman 55 1 7 0 19 0 81 1
Portugal Portugal 9 0 2 0 6 1 17 1
Sepanyol Sepanyol 10 0 0 0 0 0 10 0
Yunani Greece 28 5 7 0 0 0 35 5
Jumlah kerjaya 307 43 23 3 51 4 381 50

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Heerenveen
Bayern Munich
Panathinaikos

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai pada 8 July 2014.
  2. ^ "Danijel Pranjic to sign for Bayern". Bayern Munich. 22 June 2009. Dicapai pada 22 June 2009.

Templat:Skuad Panathinaikos F.C.