Niko Kovač

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Niko Kovač
Niko Kovač.JPG
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1971-10-15) 15 Oktober 1971 (umur 45)
Tempat lahir Berlin, Jerman
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9+516 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
1987–1989 Rapide Wedding
1989–1990 Hertha Zehlendorf
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1990–1991 Hertha Zehlendorf 25 (7)
1991 Hertha BSC II 12 (1)
1992–1996 Hertha BSC 148 (15)
1996–1999 Bayer Leverkusen 77 (8)
1999–2001 Hamburger SV 55 (12)
2001–2003 Bayern Munich 34 (3)
2003–2006 Hertha BSC 75 (8)
2006–2009 Red Bull Salzburg 65 (9)
Jumlah 491 (63)
Pasukan kebangsaan
1996–2008 Croatia 83 (14)
Pasukan diurus
2009–2011 Red Bull Salzburg (akademi)
2011–2012 Red Bull Salzburg (pembantu)
2013 Croatia B21
2013– Croatia
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Niko Kovač (sebutan Croatia: [nǐːko kǒʋaːt͡ʃ]; lahir 15 Oktober 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Croatia yang kini sebagai pengurus pasukan kebangsaan Croatia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Berlin kepada keluarga beliau yang berpindah dari Livno di Bosnia dan Herzegovina, Kovač mula bermain bola sepak di kelab tempatan, Hertha Zehlendorf. Beliau berpindah ke Hertha BSC pada musim panas 1991 dan memulakan kerjaya profesionalnya di 2. Bundesliga.

Bayer Leverkusen[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 1996, Kovač meninggalkan Hertha dan sertai kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen. Beliau membuat debut Bundesliga pada 17 Ogos 1996 pada perlawanan pembukaan musim 1996–97, Leverkusen menang 4–2 ke atas Borussia Dortmund. Beliau bermain 32 perlawanan Bundesliga dalam musim pertamanya bersama Bayer Leverkusen dan menjaringkan tiga gol. Walau bagaimanapun, beliau terlepas banyak perlawanan pada musim keduanya di Leverkusen akibat mengalami kecederaan ketika menentang VfB Stuttgart. Dalam musim ketiganya di Bayer Leverkusen, Kovač membuat 77 kemunculan Bundesliga dan menjaringkan lapan gol. Beliau bermain di Leverkusen bersama-sama dengan adik beliau, Robert.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Kovač sertai Hamburger SV pada musim panas 1999 dan menghabiskan dua musim untuk kelab. Beliau telah membuat 55 penampilan Bundesliga dan menjaringkan 12 gol untuk Hamburg di Bundesliga. Pada musim panas 2001, beliau meninggalkan Hamburg untuk sertai Bayern Munich untuk bertemu sekali lagi dengan adiknya, Robert.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Kovač meninggalkan Bayern Munich untuk ke Hertha BSC selepas dua musim bersama kelab Bavaria itu pada tahun 2003. Beliau telah bermain 34 perlawanan Bundesliga dan menjaringkan tiga gol untuk Bayern di liga.

Hertha BSC[sunting | sunting sumber]

Kovač kemudian sertai Hertha BSC sekali lagi. Beliau membuat 75 penampilan Bundesliga untuk Hertha BSC dan menjaringkan lapan gol di liga.

Red Bull Salzburg[sunting | sunting sumber]

Selepas Piala Dunia FIFA 2006, Kovač meninggalkan Hertha BSC selepas tiga musim bersama kelab Jerman itu dan beliau ke kelab Austria, Red Bull Salzburg. Pada 26 Ogos 2006, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Red Bull Salzburg menentang Wacker Tirol, Red Bull Salzburg menang 4-0. Beliau menandatangani kontrak setahun lagi sehingga musim panas 2009 pada bulan Mei 2008. Pada 29 Mei 2009, Kovač meninggalkan Red Bull Salzburg selepas bersama kelab itu selama tiga musim dan kemudian beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak. Perlawanan terakhir beliau di Red Bull Salzburg ketika menentang FC Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan, di mana beliau digantikan pada 15 minit pertama.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kovač membuat debut untuk pasukan kebangsaan Croatia menentang Maghribi pada 11 Disember 1996. Beliau kemudian bermain tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 1998 tetapi terlepas aksi Piala Dunia di Perancis disebabkan beliau mengalami kecederaan sehingga bermulanya kejohanan. Beliau tidak disenaraikan dalam pasukan kebangsaan sebelum beliau kembali bermain menentang pasukan kebangsaan Perancis pada November 1999.

Kovač bermain untuk Croatia dalam lima perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 dan menjaringkan satu gol ketika menang besar 4-0 ke atas San Marino. Di Piala Dunia 2002, beliau bermain ketiga-tiga perlawanan Croatia di peringkat kumpulan sebelum tersingkir daripada kejohanan itu.

Dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2004, beliau telah membuat tujuh kemunculan dan menjaringkan dua gol. Selepas kejohanan UEFA Euro 2004 tamat, Kovač menjadi kapten pasukan Croatia dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Beliau telah bermain sepuluh perlawanan kelayakan dan menjaringkan dua gol. Semasa Piala Dunia 2006, beliau bermain ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan Croatia sebelum mengalami kecederaan pada minit ke-40 ketika perlawanan pembukaan kumpulan menentang Brazil. Kovač menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk meletakkan Croatia pada kedudukan 2-1 ke atas Australia. Walau bagaimanapun, Australia berjaya menyamakan kedudukan seri 2-2 dan Croatia menghabiskan tempat ketiga kumpulan dan tersingkir daripada kejohanan itu.

UEFA Euro 2008 was a bittersweet campaign for captain Kovač. His sterling performances against Germany and Turkey ultimately unrewarded in what could prove to be his last major tournament. Against Germany, he was peerless, producing a man of the match display alongside Luka Modrić whilst against Turkey, he reduced his opponents to pot shots from distance as they rarely broke through his screening protection of the back four. Before and after that game, Kovač reiterated his intention to retire from international football at the end of Euro 2008, however, after conversation with Slaven Bilić, it would seem he feels there is 'unfinished business' to take care of.

Kovač akhirnya mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada 7 Januari 2009.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 29 Mac 2000 Zagreb, Croatia  Jerman 1–1 1–1 Persahabatan
2 5 September 2001 Serravalle, San Marino  San Marino 0–1 0–4 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002
3 8 Mei 2002 Pécs, Hungary  Hungary 0–2 0–2 Persahabatan
4 11 Jun 2003 Tallinn, Estonia  Estonia 0–1 0–1 Kelayakan UEFA Euro 2004
5 6 September 2003 Aixovall, Andorra  Andorra 0–1 0–3 Kelayakan UEFA Euro 2004
6 21 Jun 2004 Lisbon, Portugal  England 1–0 2–4 UEFA Euro 2004
7 26 Mac 2005 Zagreb, Croatia  Iceland 1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
8 3–0
9 22 Jun 2006 Stuttgart, Jerman  Australia 2–1 2–2 Piala Dunia FIFA 2006
10 22 Ogos 2007 Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina  Bosnia dan Herzegovina 3–2 5–3 Persahabatan
11 5–3
12 24 Mei 2008 Rijeka, Croatia  Moldova 1–0 1–0 Persahabatan
13 31 Mei 2008 Budapest, Hungary  Hungary 0–1 1–1 Persahabatan
14 6 September 2008 Zagreb, Croatia  Kazakhstan 1–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Niko Kovac sebagai jurulatih Red Bull Salzburg.

Seleas bersara daripada bola sepak, beliau menjadi jurulatih Red Bull Salzburg Juniors. Pada 2011, beliau menjadi pembantu jurulatih skuad senior bersama Ricardo Moniz menjadi ketua jurulatih. Selepas Moniz dipecat pada Jun 2012, Kovač mengambil jawatannya.

Croatia[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Oktober 2013, Davor Šuker, presiden Persekutuan Bola Sepak Croatia (CFF) mengumumkan Niko Kovač akan mengambil alih jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Croatia. Beliau menggantikan Igor Štimac. Sehari kemudian, Davor Šuker dalam satu persidangan mengatakan CFF telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Kovač sehingga kempen kelayakan UEFA Euro 2016.

Statistik pengurus[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 November 2014
Pasukan Dari Sehingga Rekod
BP M S K G GA GD Menang %
Croatia B21 21 Januari 2013 16 Oktober 2013 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 +16 &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100.000
Croatia 16 October 2013 Kini &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 +14 &&&&&&&&&&&&&057.14000057.14
Jumlah &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&042.&&&&&042 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 +30 &&&&&&&&&&&&&068.42000068.42

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Red Bull Salzburg[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Croatia