Mateo Kovačić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mateo Kovačić
Mateo Kovacic vs. Portugal, 10th June 2013-2.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMateo Kovačić[1]
Tarikh lahir (1994-05-06) 6 Mei 1994 (umur 25)
Tempat lahirLinz, Austria
Ketinggian1.81 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniChelsea
Nombor17
Kerjaya remaja
2000–2007LASK Linz
2007–2010Dinamo Zagreb
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–2013Dinamo Zagreb43(7)
2013–2015Internazionale80(5)
2015–2019Real Madrid73(1)
2018–2019Chelsea (pinjam)32(0)
2019–Chelsea3(0)
Pasukan kebangsaan
Croatia B142(1)
2008Croatia B152(0)
2009–2011Croatia B1715(0)
2011–2012Croatia B192(0)
2011–Croatia B215(0)
2013–Croatia52(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 24 Ogos 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Jun 2019

Mateo Kovačić (lahir 6 Mei 1994) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Kovačić telah dilahirkan di Linz, Austria. Ibu bapa beliau merupakan berbangsa Croatia yang berpindah dari Bosnia dan Herzegovina. Kovačić bermula bermain bola sepak di akademi tempatan, LASK Linz. Pada 2007, ketika Kovačić baru berusia 13 tahun, banyak kelab Eropah telah tertarik dengan aksinya termasuk kelab Ajax, Internazionale, Juventus dan Bayern Munich tetapi keluarganya berpindah ke Zagreb, Croatia di mana beliau sertai kelab gergasi Croatia, Dinamo Zagreb.

Kovačić telah mengalami kecederaan serius pada 2009 di mana kakinya mengalami keretakan. Beliau kembali semula dalam aksi terakhir liga bawah-17 Croatia membelasah RNK Split bawah-17, 5-0.

Dinamo Zagreb[sunting | sunting sumber]

Kovačić mula berlatih bersama kelab senior Dinamo Zagreb di bawah pengurus Vahid Halilhodžić pada 6 Oktober 2010. Tetapi beliau meneruskan bermain untuk kelab yang bertanding di liga akademi pada Oktober. Kemudian, akhbar sukan tempatan, Sportske novosti melaporkan bahawa seorang ejen dari Arsenal telah tiba di Zagreb untuk melihat aksi beliau dalam perlawanan bawah-17 di antara Cibalia dan NK Zagreb.

Kovačić membuat debut profesionalnya ketika menentang Hrvatski Dragovoljac pada 20 November 2010, di mana beliau menjaringkan gol keempat Dinamo untuk memberikan kemenangan besar, Dinamo menang 6-0. Gol beliau itu membuatkan beliau penjaring gol termuda dalam sejarah liga ketika baru berusia 16 tahun 198 hari, memecah rekod yang baru seminggu sebelum itu dilakar oleh Dino Špehar dari NK Osijek ketika baru berusia 16 tahun 278 hari iaitu pada 13 November 2010. Dalam musim pertamanya bersama skuad senior, beliau bermain sebanyak tujuh perlawanan sambil menjuarai gelaran liga.

Dalam musim 2011–12, Kovačić mengambil posisi pemain tengah kiri dengan sistem posisi 4–2–3–1. Dalam permulaan musim, beliau bersama Dinamo berjaya melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam masa 12 tahun. Beliau bermain untuk Dinamo dalam aksi kejohanan itu menentang Real Madrid. Beliau menghabiskan musim pertamanya di Eropah dengan menjaringkan gol ketika menentang Olympique Lyonnais dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan beliau menjadi pemain kedua termuda menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara. Dalam domestik liga, beliau telah bermain sebanyak 25 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Ketika perlawanan liga menentang NK Lučko, beliau menjadi pemain termuda yang memakai sarung kapten dalam sejarah Dinamo Zagreb, beliau mengambil tempat itu daripada Leandro Cufre.[3] Beliau juga menjaringkan gol ketika perlawanan akhir Piala Croatia menentang NK Osijek di Stadium Maksimir. Pada Disember 2011, beliau dinamakan sebagai Pemain Harapan Tahunan Croatia.

Dalam permulaan musim 2012–13, beliau mengalami kecederaan tulang pada metatarsus mengakibatkan beliau terlepas perlawanan kelayakan ke Liga Juara-Juara. Beliau kemudian kembali dengan bermain perlawanan Dinamo di Liga Juara-Juara menentang FC Porto. Kovačić bermain keenam-enamp perlawanan Dinamo Zagreb di Liga Juara-Juara UEFA 2012-13 menentang Porto, Paris Saint-Germain dan Dynamo Kiev. Pada Oktober 2012, beliau dinobatkan sebagai "Golden Boy", sebuah anugerah yang diberikan oleh wartawan sukan Eropah yang melihat pemain-pemain muda bermain dengan aksi yang memuaskan. Ketika musim sejuk, terdapat beberapa spekulasi mengatakan Kovačić akan meninggalkan Dinamo pada masa akan datang dan akan membina satu pasukan baru. Pada 30 Januari 2013, media melaporkan Kovačić telah dijual ke Inter dari kelab Serie A Itali.

Ketika beliau bersama Dinamo, Kovačić telah memenangi dua domestik liga dan dua Piala Croatia. Beliau bermain sebanyak 73 perlawanan rasmi termasuk 12 penampilan di Liga Juara-Juara.

Inter[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2013, Kovačic telah bersetuju untuk berpindah ke Inter dengan bayaran sebanyak €15 juta bersama €11 juta bayaran pemindahan dan €4 juta jika Inter layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Selepas ketibaannya, Kovačić diberi jersi nombor 10 yang sebelum ini pernah disarung oleh Wesley Sneijder.[4]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Kovačić membuat debut untuk Inter tiga hari kemudian iaitu pada 3 Februari menentang Siena. Pada 14 Februari, Kovačić membuat debut Eropah ketika perlawanan Liga Europa menentang CFR Cluj. Beliau membuat hantaran kepada Rodrigo Palacio untuk menjaringkan gol kemenangan, 2-0 untuk Inter. Semua penonton gemuruh dengan aksi beliau dan beliau diberikan tepukan gemuruh sebelum dikeluarkan pada minit ke-89.

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Kovačić terlepas perlawanan pra-musim skuad akibat kecederaan kecil dan beliau kembali beberapa hari sebelum perlawanan pembukaan musim menentang Cittadella dalam saingan Coppa Italia. Kovačić membuat hantaran buat kali pertama pada musim itu ketika menentang AS Livorno, di mana beliau menghantar kepada Yuto Nagatomo untuk menjaringkan gol.[5] Pada 10 Mei, ketika perlawanan terakhir jurulatih Javier Zanetti di Stadio Giuseppe Meazza, Kovačić telah membuat tiga hantaran untuk menang 4-1 ke atas Lazio.[6]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Pada September 2014, Kovačić melanjutkan kontraknya sehingga 2019. Beliau menjaringkan hatrik pertamanya dalam perlawanan kedua play-off Liga Europa menentang Stjarnan pada 28 Ogos. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya dan membuat dua hantaran untuk Inter ketika menentang Sassuolo, 7-0 pada 14 September 2014.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kovacic (kanan) ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 menentang Brazil.

Pada Ogos 2012, Kovačić telah menerima panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Croatia menentang Switzerland namun beliau tidak dapat bermain disebabkan kecederaan. Beliau kemudian dipanggil sekali lagi untuk persiapan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 pada Mac 2013. Beliau membuat debut senior dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Serbia pada 22 Mac 2013. Beliau bermain di posisi pemain tengah bersama Luka Modrić.

Pada 2 Jun 2014, Kovačić telah disenaraikan dalam skuad Croatia yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[7] Beliau membuat debut Piala Dunia ketika bermain dalam perlawanan pembukaan menentang tuan rumah Brazil, Croatia tewas 3-1.[8]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Croatia Dinamo Zagreb 2010–11 7 1 2 0 0 0 9 1
2011–12 25 5 7 1 12 1 44 7
2012–13 11 1 1 0 8 0 20 1
Jumlah 43 7 10 1 20 1 73 9
Itali Inter 2012–13 13 0 1 0 4 0 18 0
2013–14 32 0 3 0 35 0
2014–15 15 3 0 0 4 3 19 6
Jumlah 60 3 4 0 8 3 72 6
Jumlah kerjaya 103 10 14 1 28 4 145 15

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Dinamo Zagreb

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai 8 July 2014. 
  2. ^ "Mateo Kovacic". Internazionale. 
  3. ^ "Kvačić najmlađi kapetan u Dnamovoj povijesti". Tportal.hr. 27 August 2011. Dicapai 31 January 2013. 
  4. ^ name="Maglia 10"
  5. ^ "Zanetti was the main event but everyone forgot about Kovacic". Sky Italia. fedenerazzurra.com. 10 November 2013. Dicapai 1 February 2014. 
  6. ^ "Inter 4-1 Lazio". inter.it. Dicapai 13 May 2014. 
  7. ^ "Croatia World Cup 2014 squad". The Telegraph. 2 June 2014. Dicapai 19 June 2014. 
  8. ^ "Brazil 3-1 Croatia". BBC Sport. 12 June 2014. Dicapai 20 June 2014.