Niko Kranjčar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Niko Kranjčar
Maklumat peribadi
Nama penuh Niko Kranjčar
Tarikh lahir (1984-08-13) 13 Ogos 1984 (umur 39)
Tempat lahir Zagreb, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Queens Park Rangers
(pinjaman dari Dynamo Kyiv)
Nombor 19
Kerjaya remaja
Rapid Vienna
Dinamo Zagreb
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2005 Dinamo Zagreb 84 (19)
2005–2006 Hajduk Split 50 (15)
2006–2009 Portsmouth 83 (9)
2009–2012 Tottenham Hotspur 72 (11)
2012– Dynamo Kyiv 13 (4)
2013–Queens Park Rangers (pinjaman) 31 (3)
Pasukan kebangsaan
2000–2001 Croatia U16/17 17 (8)
2001–2002 Croatia B19 7 (2)
2002–2005 Croatia B21 15 (2)
2004– Croatia 81 (16)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2013

Niko Kranjčar (disebut [nǐːkɔ krâɲt͡ʃaːr]) (lahir 13 Ogos 1984) merupakan pemain bola sepak Cratoa yang kini bermain untuk kelab Queens Park Rangers secara pinjaman dari FC Dynamo Kyiv dan untuk pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Dinamo Zagreb[sunting | sunting sumber]

Kranjčar telah menghabiskan masanya bermain bola sepak ketika menyertai kelab remaja Dinamo Zagreb, dan kemudian pada usia 17 tahun, beliau menjadi kapten pasukan termuda buat pertama kali. Beliau juga menjadi penjaring gol termuda di Prva HNL selepas beliau membuat debut liga untuk Dinamo pada usia 16 tahun sebelum membantu kelabnya untuk memenangi dua kejohanan iaitu Piala Croatia dan gelaran liga pada tahun 2003 dan menjuarai Piala Croatia sekali lagi pada musim berikutnya.[2]

Hajduk Split[sunting | sunting sumber]

Pada January 2005, beliau mengalami perselisihan dengan pengurus Dinamo Zagreb yang membawa pemindahan kepada pesaing terbesar Dinamo, Hajduk Split dengan bayaran yang dilaporkan sekitar €1.88 juta. Seramai 10 000 orang datang ke majlis pelancaran Kranjcar menjadi pemain rasmi Hajduk Split.

Kranjcar membuat debut liga untuk Hajduk pada 26 Februari 2005 ketika seri 2–2 menentang Osijek. Beliau menjaringkan gol pertama untuk Hajduk pada 23 April 2005 ketika menang besar 5–1 ke atas NK Inter. Beliau menjaringkan gol keduanya ketika menentang Vatreks pada 28 Mei 2005, 6-0.

Kranjčar membantu Hajduk untuk menjuarai Prva HNL 2004–05, di mana ini merupakan trofi liga kali kedua berturut-turut. Niko mengatakan bahawa beliau akan bersama Hajduk untuk musim seterusnya. Dalam Prva HNL 2005–06, beliau menjadi penjaring terbanyak Hajduk dengan 10 gol.

Selepas Piala Dunia 2006, beberapa kelab Eropah telah berminat dengan aksi dan kebolehan yang ditunjukkan oleh Kranjčar. Antara kelab itu seperti Stade Rennais dan Celta Vigo. Pada Ogos 2006, Rennes telah membida sebanyak 4.5 juta untuk Kranjčar, di mana Hajduk menolak. Kemudian pada hari yang sama Kranjčar kemudian berpindah ke Portsmouth dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £3.5 juta (€5.2 juta) pada 31 Ogos 2006.[3]

Portsmouth[sunting | sunting sumber]

Kranjčar membuat debut Liga Perdana Inggeris untuk Portsmouth pada 1 Oktober 2006, beliau bermain penuh 90 minit apabila tewas 2–1 kepada Tottenham Hotspur. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 31 Mac 2007 ketika menentang Fulham, memberi kedudukan selesa untuk Portsmouth, 1–0 tetapi keputusan perlawanan itu berkesudahan seri 1–1.[4] Beliau membuat 24 penampilan dan menjaringkan dua gol dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris. Pada musim berikutnya, beliau antara pemain Portsmouth yang menjuarai Piala FA Inggeris.[5]

Pada permulaan musim 2008–09, AS Monaco telah membida sebanyak £12 juta untuk Kranjčar tetapi ditolak,[6] Pada 12 Februari 2009, apabila Portsmouth tersingkir dari Liga Perdana dan turun ke divisyen dua, Kranjčar mengatakan beliau perlu keluar dari Portsmouth dan ke kelab yang lebih besar.[7] Arsenal dan AS Monaco telah dikaitkan untuk membeli pemain antarabangsa Croatia itu.[8][9] Pengurus Everton, David Moyes telah tertarik dengan aksi Kranjčar dan ingin menggantikan pemain Mikel Arteta.[10]

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Niko Kranjčar pada 2010.

Pada 1 September 2009, Kranjčar sertai Tottenham Hotspur dari Portsmouth selepas kedua-kedua kelab ini bersetuju dengan bayaran perpindahan sekitar £2.5 juta, walaupun jumlah bayaran tidak didedahkan. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama Spurs.[11] Everton dilaporkan telah lewat untuk membida Kranjčar, disebabkan itu, beliau ke Spurs dan berkata: "Everton ialah kelab yang besar, tetapi pada penamatnya, Tottenham ada kelainannya. Saya tahu pengurus Harry Redknapp, Luka Modrić dan Vedran Ćorluka memberitahu saya tentang kejayaan besar kelab ini.[12]

Kranjčar membuat debut untuk Tottenham ketika menjadi pemain gantian semasa tewas 3-1 kepada Manchester United.[13] Pada 26 September 2009, Kranjčar membuat penampilan penuh Tottenham ketika menang besar 5–0 ke atas kelab bawahan, Burnley.[14] Beliau menjaringkan gol pertama untuk Spurs dalam satu perlawanan Liga Perdana menentang Bolton Wanderers pada 4 Oktober 2009.[15] Pada 20 Mac 2010, Kranjčar menjaringkan gol kemenangan, 1–2 ke atas Stoke City.[16] Kranjčar sukar untuk dipilih ke dalam kesebelasan utama apabila pemain tumpuan, Gareth Bale bermain pada posisinya. Selepas Bale dikeluarkan akibat kecederaan, Tottenham memasukkan Kranjcar sebagai pemain gantian dan beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas Bolton Wanderers, 2-1.

Dynamo Kyiv[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2012, Dynamo Kyiv telah mengesahkan bahawa pihak mereka telah menandatangani Niko Kranjčar dengan kontrak empat tahun. Bayaran pemindahan itu sekitar £7 juta.[17] Selepas beliau berpindah ke Dynamo Kyiv, Niko Kranjčar berkata beliau amat "gembira dan berpuas hati" sertai Dynamo Kyiv dan beliau berkata lagi semasa berada di Tottenham amat ‘mengecewakan’. Beliau menjaringkan dua gol ketika hari kedua perlawanan mnenentan Volyn Lutsk. Selepas permulaan yang baik pada awal musim, Kranjčar telah mengalami kecederaan pada buku lali beliau, beliau terpaksa berehat sehingga hujung tahun. Beliau kembali selepas musim sejuk, tetapi hanya membuat dua penampilan sebelum beliau cedera sekali lagi ketika bersama pasukan kebangsaan Croatia pada Mac 2013. Kali ini, beliau terpaksa berehat sehingga penghujung musim.

Queens Park Rangers[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2013, Kranjčar sertai Queens Park Rangers secara pinjaman bersama bekas pengurusnya Harry Redknapp, yang membeli dua pemain lain dari bekas kelabnya, Tottenham Hotspur.[18] Ini kali ketiga Redknapp membeli Kranjčar, dengan sebelum ini Redknapp membeli Kranjcar ketika di Portsmouth dan Tottenham.[19] Kranjčar membuat penampilan pertama bersama kelab barunya ketika menentang Yeovil Town, beliua memasuki padang pada separuh masa kedua. Beliau membuat penampilan penuh bersama kelab barunya ketika menentang Middlesbrough pada lewat September 2013.[20] Kranjčar menjaringkan gol pertamanya untuk QPR ketika menentang Millwall, dan beliau juga membuat hantaran pada perlawanan itu sambil diundi sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan", QPR seri 2-2.[21] Pada Januari 2014, beliau menjaringkan gol tunggal untun memberikan kemenangan kepada QPR membenam Ipswich Town, 1-0.[22] Beliau meninggalkan kelab pada 1 Julai 2014 berikutan tempoh pinjamannbya telah tamat, tetapi beliau kembali semula pada hari terakhir pemindahan musim panas pada 1 September 2014 secara pinjaman tempoh berpanjangan.[23]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Croatia pada 18 Ogos 2004 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Israel. Beliau juga antara pemain utama Croatia ketika kelayakan Piala Dunia FIFA 2006, dengan membuat sembilan penampilan dan menjaringkan dua gol.

Kranjčar juga bermain untuk Croatia ketika kempen kelayakan Euro 2008, dengan bermain kesemua 12 perlawanan dan menjaringkan dua gol. Perlawanan yang amat terkenal sekali ketika perlawanan terakhir menentang England. Croatia menang 3–2, dan keputusannya England gagal untuk ke Euro 2008.[24] Beliau kemudian menjaringkan gol ketika perlawanan persahabatan menentang Scotland. Beliau sebahagian daripada skuad Croatia yang beraksi di Euro 2008, dengan bermain dua perlawanan peringkat kumpulan dan perlawanan suku akhir menentang Turki. Beliau termasuk skuad Croatia yang layak ke kejohanan Euro 2012 dan bermain dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan, beliau terlepas perlawanan terakhir menentang Sepanyol. Beliau juga terlepas perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 akibat kecederaan hamstring.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 4 Jun 2005 Stadium Nasional Vasil Levski, Sofia, Bulgaria  Bulgaria 3–1 3–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
2. 17 Ogos 2005 Stadium Poljud, Split, Croatia  Brazil 1–0 1–1 Persahabatan
3. 7 September 2005 Stadium Nasional Ta' Qali, Ta' Qali, Malta  Malta 1–0 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
4. 7 Jun 2006 Stade de Genève, Geneva, Switzerland  Sepanyol 1–2 1–2 Persahabatan
5. 12 September 2007 Estadi Comunal d'Aixovall, Andorra la Vela, Andorra  Andorra 4–0 6–0 Kelayakan UEFA Euro 2008
6. 21 September 2007 Stadium Wembley, London, England  England 1–0 3–2 Kelayakan UEFA Euro 2008
7. 26 Mac 2008 Hampden Park, Glasgow, Scotland  Scotland 1–0 1–1 Persahabatan
8. 11 Februari 2009 Stadium Steaua, Bucharest, Romania  Romania 2–1 2–1 Persahabatan
9. 14 Oktober 2009 Astana Arena, Astana, Kazakhstan  Kazakhstan 2–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
10. 3 Mac 2010 Stadium Raja Baudouin, Brussel, Belgium  Belgium 1–0 1–0 Persahabatan
11. 9 Oktober 2010 Stadium Ramat Gan, Ramat Gan, Israel  Israel 1–0 2–1 Kelayakan UEFA Euro 2012
12. 2–0
13. 12 Oktober 2010 Stadium Maksimir, Zagreb, Croatia  Norway 2–1 2–1 Persahabatan
14. 17 November 2010 Stadium Maksimir, Zagreb, Croatia  Malta 1–0 3–0 Kelayakan UEFA Euro 2012
15. 3–0
16. 11 Oktober 2013 Stadium Maksimir, Zagreb, Croatia  Belgium 1–2 1–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Dinamo Zagreb
Hajduk Split
Portsmouth

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-09. Dicapai pada 6 April 2011.
  2. ^ "Niko Kranjcar, Croatia". free-football.tv. 4 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-13. Dicapai pada 18 July 2008.
  3. ^ "Kranjcar completes Hajduk move". CNN. 21 January 2005. Dicapai pada 5 September 2009.
  4. ^ "Fulham 1–1 Portsmouth". BBC Sport. 31 March 2007. Dicapai pada 5 September 2009.
  5. ^ "Portsmouth win FA cup". FIFA. 17 May 2008. Dicapai pada 5 September 2009.
  6. ^ Burt, Jason (18 July 2008). "Redknapp rejects £12m Monaco bid for Kranjcar". The Independent. London. Dicapai pada 5 September 2009.
  7. ^ "Kranjčar seeks Pompey exit". Sky Sports. 12 February 2009. Dicapai pada 9 September 2009.
  8. ^ Moxley, Neil (24 February 2009). "Portsmouth playmaker Niko Kranjcar puts Arsenal on red alert after admitting he may leave Fratton Park this summer". Daily Mail. London. Dicapai pada 9 September 2009.
  9. ^ "Kranjcar dismisses Monaco rumours". ESPN Star. 20 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-08. Dicapai pada 9 September 2009.
  10. ^ "Moyes Targets Kranjcar". Daily Star. 25 February 2009. Dicapai pada 9 September 2009.
  11. ^ "Kranjcar Completes Deal". Tottenham Hotspur F.C. 1 September 2009. Dicapai pada 2 September 2009.
  12. ^ "Spurs sign Kranjcar from Pompey". BBC Sport. 1 September 2009. Dicapai pada 2 September 2009.
  13. ^ Stevenson, Jonathan (12 September 2009). "Tottenham 1–3 Man Utd". BBC Sport. Dicapai pada 13 September 2009.
  14. ^ Lillywhite, Jamie (26 September 2009). "Tottenham 5–0 Burnley". BBC Sport. Dicapai pada 27 September 2009.
  15. ^ Lyon, Sam (3 October 2009). "Bolton 2–2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 3 October 2009.
  16. ^ Thompson, Anna (20 March 2010). "Stoke 1–2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 21 March 2010.
  17. ^ Нико КРАНЧАР – игрок киевского "Динамо"!. fcdynamo.kiev.ua (dalam bahasa Russian). 6 June 2012. Dicapai pada 6 June 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Reunited! QPR manager Redknapp completes TRIPLE swoop for Carroll, Kranjcar and Assou-Ekotto as trio rejoin boss at Loftus Road". Daily Mail. London.
  19. ^ "Harry Redknapp wants to sign Niko Kranjcar on a permanent basis". http://www.mirror.co.uk/. Dicapai pada 16 January 2014. External link in |publisher= (bantuan)
  20. ^ "Niko Kranjcar keen to make his move to Queens Park Rangers permanent". http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/niko-kranjcar-keen-make-move-2337586. Dicapai pada 16 January 2014. External link in |publisher= (bantuan)
  21. ^ "BBC Sport – Millwall 2–2 Queens Park Rangers". BBC Sport. Dicapai pada 16 January 2014.
  22. ^ "QPR's Niko Kranjcar starts goal rush in fine win at Ipswich Town". The Guardian. Dicapai pada 16 January 2014.
  23. ^ "Harry Redknapp reunited with Sandro and Niko Kranjcar at QPR". Guardian. 1 September 2014. Dicapai pada 2 September 2014.
  24. ^ Samuel, Martin (22 November 2007). "Inescapable truths that must not be screened by the Scott Carson horror show". The Times.