Ivan Strinić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ivan Strinić
Ivan Strinić2014.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhIvan Strinić
Tarikh lahir (1987-07-17) 17 Julai 1987 (umur 31)
Tempat lahirSplit, RPS Yugoslavia
Ketinggian1.86 m (6 ka 1+316 in)
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor3
Kerjaya remaja
Hajduk Split
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2007Le Mans B11(0)
2007–2008Hrvatski Dragovoljac22(1)
2008–2011Hajduk Split51(4)
2011–2014Dnipro85(4)
2015–Napoli4(0)
Pasukan kebangsaan
2002Croatia B151(0)
2002–2003Croatia B169(0)
2003Croatia B178(0)
2004Croatia B182(1)
2005–2006Croatia B1910(0)
2008Croatia B212(0)
2010–Croatia33(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 February 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16 October 2013

Ivan Strinić (lahir 17 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk Napoli dan pasukan kebangsaan Croatia di posisi bek kiri.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Strinić memulakan kerjaya remajanya bersama Hajduk Split sehingga 2006 sebelum beliau berpindah ke Perancis untuk bermain bersama Le Mans B. Selepas beliau pulang ke Croatia, beliau bemain untuk NK Hrvatski Dragovoljac.

Hajduk[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat penampilan pertama untuk Hajduk pada permulaan musim 2008-09 menentang NK Zadar dan pasukannya menang tipis 1-0. Ketika musim pertamanya di Hajduk, beliau telah bermain 17 perlawanan liga.

Pada musim 2009-10, beliau bermain denga baik apabila menjaringkan empat gol di liga termasuk satu pertembungan utama liga menentang Dinamo Zagreb dengan kemenangan 2-1. Selain itu, pada musim ini juga beliau dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.

Pada musim 2010-11, beliau bermain kesemua perlawanan Hajduk di Liga Europa. Beliau meninggalkan Hajduk pada Januari 2011 selepas bermain 77 perlawanan pada semua perlawanan serta menjaringkan lima gol.

Dnipro[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Januari 2011, Strinić menandatangani kelab Ukraine, Dnipro Dnipropetrovsk dengan bayaran 4 juta euro. Beliau membuat debut untuk Dnipro pada perlawanan liga menentang Tavriya Simferopol dan beliau sempat menjaringkan gol, pasukannya seri 2-2. Beliau membuat lima kemunculan pada kariernya di Dnipro.

Pada musim 2011-12, Ivan telah membuat 27 kemunculan dan bermain kesemua perlawanan Croatia di kempen Euro 2012. Pada musim 2012-13, beliau sempat bermain 35 kemunculan untuk Dnipro pada semua kejohanan. Pada Disember 2014, Ivan mengumumkan beliau tidak akan memperbaharui kontraknya bersama kelab dan tamat pada hujung bulan.

SSC Napoli[sunting | sunting sumber]

Beliau menandatangani kelab Napoli di Itali selepas bermain 112 perlawanan dan menghabiska empat tahun bersama kelab Ukraine.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Strinić menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Croatia di bawah pengurus Slaven Bilić untuk perlawanan persahabatan menentang Austria pada 19 Mei 2010. Sejak itu, beliau menjadi pilihan pertama posisi bek kiri. Beliau menjadi sebahagian daripada skuad Croatia ke Euro 2012 dan bermain kesemua perlawanan di peringkat kumpulan. Beliau membuat hantaran kepada Mario Mandžukić pada perlawanan menentang Itali, seri 1-1. Beliau juga menjadi pilihan pertama bek kiri pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014, namun beliau terlepas aksi Piala Dunia 2014 di Brazil kerana kecederaan hamstring.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Hajduk Split

Pautan luar[sunting | sunting sumber]