Šime Vrsaljko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Šime Vrsaljko
Šime Vrsaljko.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Šime Vrsaljko[1]
Tarikh lahir (1992-01-10) 10 Januari 1992 (umur 26)
Tempat lahir Zadar, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Sassuolo
Nombor 11
Kerjaya remaja
Zadar
2006–2009 Dinamo Zagreb
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2009–2013 Dinamo Zagreb 73 (1)
2009 Lokomotiva (pinjaman) 17 (0)
2013–2014 Genoa 22 (0)
2014– Sassuolo 9 (0)
Pasukan kebangsaan
2007 Croatia B15 5 (1)
2007–2009 Croatia B17 16 (2)
2010 Croatia B18 1 (0)
2010 Croatia B19 6 (0)
2010–2014 Croatia B21 12 (0)
2011– Croatia 10 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 10 November 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 12 November 2014

Šime Vrsaljko (disebut [ʃiːmê ʋrsaːʎko]; lahir 10 Januari 1992) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Itali, Sassuolo dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pertahanan tetapi beliau juga bola bermain di pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Vrsaljko memulakan kerjayanya di Dinamo Zagreb. Kemudian, beliau dipinjam ke Lokomotiva pada musim 2009–10. Beliau membuat debut untuk Lokomotiva dalam liga teratas Croatia menentang Rijeka pada 26 Julai 2009 ketika baru berusia 17 tahun.[2]

Dinamo Zagreb[sunting | sunting sumber]

Beliau sertai semula Dinamo Zagreb pada 22 Disember 2009. Beliau membuat debut untuk Dinamo Zagreb pada 27 Februari 2010 menentang Croatia Sesvete di liga Prva HNL. Beliau membuat sembilan lagi penampilan pada penghujung musim untuk Dinamo dan jumlah keseluruhan 27 penampilan liga untuk Dinamo.

Vrsaljko terlepas perlawanan pembukaan musim 2010–11 kerana beliau dipanggil oleh skuad bawah-19 Croatia. Beliau membuat debut liga untuk Dinamo pada musim itu pada 31 Julai menentang Rijeka di mana Dinamo Zagreb tewas 2–1. Vrsaljko membuat penampilan pertamanya di pentas Eropah ketika menumpaskan FC Sheriff Tiraspol dalam saingan pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Eropah. Pada Ogos, beliau dikaitkan perpindahan ke Olympique Marseille dengan bayaran €4 juta namun naib presiden kelab, Zdravko Mamić menolak tawaran kelab Perancis itu. Pada 29 Ogos, beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk Dinamo ketika menentang Cibalia, Dinamo Zagreb menang 2–0.[3] Aksi terbaik beliau di bawah jurulatih Vahid Halilhodžić, beliau dinamakan sebagai "Pemain Harapan Terbaik Croatia" pada 2010. Pada penghujung musim, beliau menjuarai dua piala bersama Dinamo.

Pada musim 2011-2012, beliau dibuang padang ketika perlawanan play-off Liga Juara-Juara UEFA 2011–12 menentang Malmö FF dan akhirnya Dinamo layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam masa 12 tahun. Beliau membuat penampilan pertama di Liga Juara-Juara ketika menentang Ajax Amsterdam dan penampilan terakhir di Olympique Lyonnais. Dalam domestik liga, beliau membuat 22 penampilan liga dan membuat lima hantaran dan sekali lagi Dinamo menjuarai dua gelaran iaitu Prva HNL dan Hrvatski kup.

Selepas beliau pulang dari Poland kerana beraksi bersama Croatia di UEFA Euro 2012, beliau membantu Dinamo layak ke Liga Juara-Juara. Beliau membuat empat penampilan dan Dinamo sekadar hanya mengutip satu mata. Di liga domestik, beliau membuat 25 penampilan liga dan membuat tiga hantaran.

Genoa[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2013 Vrsaljko sertai kelab Serie A Itali, Genoa dengan bayaran yang tidak didedahkan tetapi dilaporkan sekitar €4 juta.[4] Dalam musim pertamanya di liga tertinggi Itali, Vrsaljko telah membuat 22 penampilan dan terlepas perlawanan ke-24-33 akibat kecederaan.

Sassuolo[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2014, Vrsaljko sertai kelab Sassuolo.[5]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Vrsaljko (kanan) bermain untuk Croatia ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 menentang Brazil.

Beliau menerima panggilan pertama untuk sertai skuad Croatia untuk kelayakan Euro 2012 menentang Malta. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada 9 Februari 2011 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Republik Czech. Beliau telah dimasukkan dalam senarai 23 pemain Croatia yang beraksi di UEFA Euro 2012. Selepas perlawanan persahabatan menentang Estonia pada Mei 2012, pengurus Slaven Bilić mengeluarkan beliau dari senarai akhir pemain Euro 2012.[6] Walau bagaimanapun, seminggu selepas beliau tidak termasuk dari senarai, beliau dipanggil sekali lagi untuk menggantikan pemain Hamburger SV yang mengalami kecederaan, Ivo Iličević.[7] Beliau bermain dalam aksi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan di Euro 2012]].

Ketika kelayakan Piala Dunia 2014, beliau hanya membuat satu sahaja penampilan iaitu ketika menentang Belgium di Zagreb. Pada Mei 2014, beliau dimasukkan dalam senarai 23 pemain Piala Dunia 2014 di Brazi.[8] Beliau menggantikan Danijel Pranjić yang mengalami kecederaan ketika sebelum perlawanan pembukaan menentang Brazil.[9] Pada 12 November 2014., ketika baru berusia 22 tahun, beliau menjadi kapten pasukan Croatia ketika tewas 2-1 menentang Argentina. Beliau menjadi kapten termuda dalam sejarah bola sepak negara selepas Darijo Srna direhatkan untuk perlawanan menentang Itali.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Dinamo Zagreb

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai 8 July 2014. 
  2. ^ name=nogmag>"Vrsaljko Šime". Nogometni magazin. Dicapai 18 August 2010. 
  3. ^ "Vaha 'mister 100 posto': Dok smo imali svježine, jako puno smo pokazali!". Sportske novosti. 29 August 2010. Dicapai 30 August 2010. 
  4. ^ Grifo Altro Colpo Vrsaljko
  5. ^ Ufficiale: Sime Vrsaljko è un calciatore del Sassuolo
  6. ^ "Otpali Lovren, Vrsaljko, Kalinić i Blažević". Večernji list. 29 May 2012. 
  7. ^ "EURO: Iličević otpao, pozvan Vrsaljko". Nacional. 7 June 2012. 
  8. ^ "Modric, Mandzukic lead Croatia's World Cup squad". fifa.com. Dicapai 9 July 2014. 
  9. ^ "Kovač otkrio taktiku za Brazil: Vrsaljko definitivno mijenja Pranjića". dnevno hr. Dicapai 9 July 2014. 

Templat:Skuad U.S. Sassuolo Calcio

Templat:Pemain Harapan Terbaik Croatia