Diego Perotti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Diego Perotti
Rus-Arg 2017 (5).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhDiego Perotti
Tarikh lahir (1988-07-26) 26 Julai 1988 (umur 31)
Tempat lahirMoreno, Argentina
Ketinggian5 kaki 10 inci (1.79 m)[1]
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniRoma
Nombor8
Kerjaya remaja
2000–2002Boca Juniors[2]
2002–2006Deportivo Morón
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2007Deportivo Morón34(5)
2007–2009Sevilla B52(3)
2009–2014Sevilla117(9)
2014Boca Juniors (pinjam)2(0)
2014–2016Genoa43(5)
2016Roma (pinjam)15(3)
2016–Roma70(18)
Pasukan kebangsaan
2009–Argentina5(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 Mei 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23 Mac 2018

Diego Perotti (lahir 26 Julai 1988) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Argentina.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Perotti dilahirkan di Moreno, Buenos Aires dan beliau mempunyai darah Itali daripada keturunan sebelah bapanya.[3][4] Perotti menyertai kelab Sepanyol, Sevilla FC ketika musim panas 2007 dari Club Deportivo Morón.[5] Pada mulanya, beliau dimasukkan ke dalam pasukan B yang baru memenangi kejohanan liga untuk layak ke divisyen kedua.

Perotti hanya banyak menjadi pemain simpanan untuk pasukan utama pada musim 2008–09. Beliau akhirnya telah diberi peluang untuk melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2009 semasa aksi menentang Espanyol yang berkesudahan kemenangan 2-0 berpihak kepada Sevilla. Pada 23 Mei, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Sevilla ketika menentang Deportivo de La Coruña dengan menjaringkan gol pada lewat permainan bagi memastikan Sevilla terus menghuni tangga ketiga La Liga sekali gus pasukannya dapat menempah tiket ke Liga Juara-Juara buat musim hadapan.[6]

Semasa musim 2009–10, Perotti menjadi tonggak utama Sevilla dengan menjadi pilihan utama di posisinya berbanding rakan sepasukannya, Diego Capel. Pada 16 Mac 2010. beliau menjaringkan gol ketika aksi menentang CSKA Moscow dalam perlawanan pusingan-16 Liga Juara-Juara namun wakil Rusia itu akhirnya menang 3-2 menerusi agregat.[7]

Perotti hanya beraksi dalam 58 perlawanan untuk Sevilla dari tahun 2011 hingga 2014 kerana sering mengalami kecederaan.[8][9][10]

Genoa[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2014, Perotti melakukan perpindahan ke kelab Itali, Genoa setelah menandantangani kontrak selama empat tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 31 Ogos ketika menentang Napoli.[11]

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 2016, Perotti berpindah ke kelab Serie A, Roma secara pinjaman dengan perpindahan bernilai €1 juta bersama pilihan untuk beliau dibawa masuk secara tetap bersama bayaran sebanyak €9 juta.[12] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Roma pada enam hari kemudian semasa aksi menentang Sampdoria.[13] Pada lewat bulan tersebut, Roma menandantangani Perotti secara tetap dan ia berkuatkuasa sehingga Jun 2019.[14]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 9 November 2009, Perotti menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Argentina. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Argentina pada enam hari kemudian dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol namun pasukannya tewas 1-2. Beliau mula beraksi setelah menggantikan pemain Barcelona, Lionel Messi.[15]

Perotti telah didaftarkan dalam senarai 35 pemain awal untuk skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia[16] tetapi tidak layak untuk terpilih ke dalam skuad akhir.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019[17][18]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Argentina Deportivo Morón 2006–07 34 5 34 5
Sepanyol Sevilla Atlético 2007–08 32 1 32 1
2008–09 20 2 20 2
Jumlah 52 3 52 3
Sepanyol Sevilla 2008–09 14 1 0 0 14 1
2008–09 28 4 7 0 6 1 41 5
2010–11 31 3 5 1 10 0 46 4
2011–12 16 0 1 0 2 0 19 0
2012–13 18 0 2 1 20 1
2013–14 10 1 1 0 8 4 19 5
Jumlah 117 9 16 2 26 5 159 16
Argentina Boca Juniors 2013–14 2 0 2 0
Itali Genoa 2014–15 27 4 1 0 28 4
2015–16 16 1 1 0 17 1
Jumlah 43 5 2 0 45 5
Itali Roma 2015–16 15 3 0 0 2 0 17 3
2016–17 32 8 4 0 9 2 45 10
2017–18 25 5 1 0 9 3 35 8
2018–19 13 5 0 0 2 0 15 5
Jumlah 85 21 5 0 22 5 112 26
Jumlah kerjaya 302 42 23 2 48 10 372 53

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Mac 2018.[19]
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2009 1 0
2011 1 0
2017 2 0
2018 1 0
Jumlah 5 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sevilla[20]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Diego Perotti". A.S. Roma. Diarkibkan daripada asal pada 21 October 2017. Dicapai 26 May 2017. 
  2. ^ "Diego Perotti: "En Boca me sentí mal"" [Diego Perotti: "I felt bad at Boca"]. El Gráfico (dalam bahasa Sepanyol). 17 November 2008. Dicapai 20 April 2016. 
  3. ^ Paini, Giovanni (28 November 2014). "Diego Perotti, la freccia argentina" [Diego Perotti, the Argentine arrow] (dalam bahasa Itali). Football Nerds. Dicapai 16 August 2016. 
  4. ^ D'Ubaldo, Guido (31 January 2016). "Perotti è della Roma: l'attaccante è atterrato a Fiumicino" [Perotti belongs to Roma: forward has landed at Fiumicino]. Corriere dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai 16 August 2016. 
  5. ^ "El Sevilla Atlético ficha a al argentino Perotti" [Sevilla Atlético sign Argentine Perotti]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). 12 July 2007. Dicapai 11 April 2018. 
  6. ^ "On-fire Forlán keeps Atlético in position". UEFA. 24 May 2009. Dicapai 7 June 2010. 
  7. ^ "Honda stars as Army Men march through". UEFA. 16 March 2010. Dicapai 16 March 2010. 
  8. ^ "Perotti se trata de su lesión en Vitoria" [Perotti tends to his injury in Vitoria]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). 14 February 2012. Dicapai 21 June 2015. 
  9. ^ "Perotti, otra vez lesionado" [Perotti, injured again]. ABC (dalam bahasa Sepanyol). 1 November 2012. Dicapai 21 June 2015. 
  10. ^ "Perotti: 'Estoy destruido. Necesito irme'" [Perotti: 'I am destroyed. I need to go']. El Mundo (dalam bahasa Sepanyol). 5 February 2013. Dicapai 21 June 2015. 
  11. ^ "Genoa-Napoli 1–2: sblocca Callejon, pareggia Pinilla, De Guzman decide" [Genoa-Napoli 1–2: Callejon unlocks, Pinilla ties, De Guzman decides]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 31 August 2014. Dicapai 23 June 2015. 
  12. ^ "Official: Perotti joins Roma". Football Italia. 1 February 2016. Dicapai 7 February 2016. 
  13. ^ "Perotti's Roma squeeze past Samp". Football Italia. 7 February 2016. Dicapai 7 February 2016. 
  14. ^ "L'AS Roma riscatta Perotti e Zukanovic a titolo definitivo" [AS Roma acquire Perotti and Zukanovic permanently] (dalam bahasa Itali). A.S. Roma. 29 February 2016. Dicapai 1 March 2016. 
  15. ^ "Argentina, víctima del centenario español" [Argentina, victim of Spanish century]. ABC (dalam bahasa Sepanyol). 14 November 2009. Dicapai 6 February 2014. 
  16. ^ "Revealed: Every World Cup 2018 squad – 23-man & preliminary lists & when will they be announced?". Goal. 17 May 2018. Dicapai 17 May 2018. 
  17. ^ "D. Perotti". Soccerway. Dicapai 11 September 2016. 
  18. ^ Templat:ESPN FC
  19. ^ "D. Perotti – Matches". Soccerway. Dicapai 11 September 2016. 
  20. ^ "D. Perotti – Trophies". Soccerway. Dicapai 11 September 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]