Paulo Dybala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Paulo Dybala
Paulo Dybala - 2015 - US Città di Palermo.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhPaulo Bruno Exequiel Dybala[1]
Tarikh lahir (1993-11-15) 15 November 1993 (umur 26)
Tempat lahirLaguna Larga, Córdoba, Argentina
Ketinggian1.76 m (5 ka 9+516 in)[2]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniJuventus
Nombor21
Kerjaya remaja
2003–2011Instituto
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2012Instituto40(17)
2012–2015Palermo90(21)
2015–Juventus41(22)
Pasukan kebangsaan
2015–Argentina6(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15 Oktober 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Oktober 2016

Paulo Bruno Exequiel Dybala (Sebutan Sepanyol: [ˈpaulo ðiˈβala]; lahir 15 November 1993) merupakan pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Argentina.

Selepas memulakan kariernya di Argentina bersama kelab Instituto de Córdoba, beliau berpindah ke Itali untuk bermain bersama kelab Palermo pada tahun 2012. Aksinya yang konsisten di Serie A akhirnya beliau berpindah ke Juventus pada 2015, di mana beliau memenangi gelaran liga pada musim pertamanya di Juventus.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Datuk Paulo, Bolesław Dybała berasal dari kampung Kraśniów yang terletak di Poland. Keluarga Paulo juga merupakan asal Itali melalui neneknya yang bernama Da Messa yang berasal dari Naples.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Instituto de Córdoba[sunting | sunting sumber]

Dybala diberi nama samaran, La Joya (permata). Dybala membuat debut untuk pasukannya, Instituto Atlético Central Córdoba ketika bermain di Primera B Nacional (divisyen kedua Argentina) semasa beliau berusia 17 tahun. Secara jumlahnya, beliau telah bermain 40 perlawanan untuk kelab itu dan menjaringkan 17 gol.[3] Beliau merupakan pemain termuda yang menjaringkan gol, mengalahkan rekod Mario Kempes. Selain itu, Dybala juga orang muda pertama yang bermain 38 perlawanan liga dan sekali lagi mengalahkan rekod Kempes serta beliau menjadi pemain pertama menjaringkan dua hatrik dalam enam perlawanan liga.

Palermo[sunting | sunting sumber]

Dybala mengambil sepakan penjuru untuk Palermo pada 2014.

Pada 29 April 2012, presiden U.S. Città di Palermo, Maurizio Zamparini mengumumkan kelabnya telah menandatangani Dybala dan menyatakan "Kami berjaya mendapatkan Paulo Dybala – Sergio Agüero yang baru". Pada 20 Julai 2012, Palermo mengumumkan dalam satu persidangan bahawa mereka mengesahkan telah melengkapkan perpindahan Dybala yang menandatangan kontrak empat tahun untuk kelab Itali itu. Beliau membuat debut untuk Palermo pada perlawanan Serie A menentang Lazio. Dybala menjaringkan gol pertama dan keduanya di Itali pada 11 November 2012 semasa Palermo menewaskan Sampdoria di laman sendir, 2–0.[4]

Dybala bermain dengan baik untuk Palermo pada musim Serie A 2014–15, di mana beliau telah menjaringkan 10 gol pada separuh pertama musim. Beliau membentuk jentera serangan yang mantap apabila berganding dengan Franco Vázquez dan kedua-dua pemain ini telah menarik minat kelab gergasi Eropah.[5] Beliau menamatkan musim ini dengan 13 gol dan 10 membantu jaringan. Rekod ini membuatkan Dybala salah satu pembantu jaringan terbanyak liga.[6]

Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2015, Juventus mengumumkan mereka telah mengikat Dybala dengan kontrak lima tahun dan bayaran perpindahan yang dilaporkan sebanyak 32 juta euro (tambahan juta euro).[7][8] Beliau menyarung jersi 21, yang sebelum ini dipakai oleh Andrea Pirlo, yang meninggalkan kelab ini pada perpindahan musim panas.[9] Pada 8 Ogos, beliau menggantikan Kingsley Coman pada minit ke-61 pada perlawanan Supercoppa Italiana 2015 menentang Lazio. Beliau menjaringkan gol kedua untuk Juventus pada perlawanan itu untuk menang 2-0 di Shanghai.[10] Pada 30 Ogos 2015, Dybala menjaringkan gol liga pertamanya untuk Juventus ketika menentang Roma, Juve tewas 2-1.[11] Dalam 16 kemunculannya pada musim ini, Dybala telah menghasilkan enam gol dan dua membantu jaringan dalam semua kejohanan. Dybala bersama rationya gol dalam 151 minit mengalahkan Tevez dan Alessandro Del Piero pada musim debutnya di Juventus. Hanya Roberto Baggio menjadi rekod penjaring terbanyak pada musim debutnya.[12] Dybala menjaringkan gol pertamanya di Coppa Italia semasa menentang Torino pada 16 Disember, Juve menang 4-0.[13] Pada 23 Februari 2016, Dybala menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara pada peringkat pusingan 16 menentang Bayern di laman sendiri, kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.[14] Pada 15 Mac, Dybala diumumkan tidak dapat beraksi pada perlawanan timbang balik pusingan 16 di Allianz Arrena akibat kecederaan otot.[15] Beliau kembali semula empat hari kemudian pada perlawanan menentang musuh setempat, Torino, Juventus menang 4-1.[16] Namun beliau dikeluarkan selepas mengalami kecederaan lain.[17] Beliau kembali ke sebelasan utama pada 17 April menentang kelab lamanya, Palermo dan keputusan memihak kepada Juventus denan skor 4-0.[18]

Pada 21 April, Dybala menjaringkan dua gol ketika menentang Lazio, dan membuat jumlah gol pda musim ini sebanyak 16 gol dalam 31 kemunculan serta beliau telah menyumbat 20 gol semua kejohanan ketika dalam proses. Pada 14 Mei, beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan terakhir musim ketika menentang Sampdoria, Juventus menang 5-0. Dybala menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak Juventus bersama 23 gol dalam semua kejohanan dan beliau juga menjaringkan sebanyak 19 gol di Serie A. Beliau turut meraikan kejayaaan meraih gelaran Serie A.[19][20]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana keluarganya, Dybala mendapat kebenaran sama ada untuk bermain bersama Poland ataupun Itali, tetapi beliau menyatakan dirinya adalah orang Argentina dan ingin mencapai hasratnya untuk bermain bersama Argentina. Walaupun telah memeterai keputusannya untuk mewakili Argentina, Dybala menegaskan bahawa dia mempunyai hubungan ketat dengan negara asal datuknya, yang dirujuk sebagai "darah daging saya".

Dybala dipanggil oleh pasukan bawah-17 Argentina untuk mewakili ke Sukan Seluruh Amerika 2011 tetapi beliau tidak mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Pada 19 Julai 2012, beliau menerima panggilan pertama pasukan bawah-20 Argentina namun beliau menolak panggilan itu.

Pada 22 September 2015, beliau menerima panggilan pertama oleh pasukan senior Argentina ketika pasukan Argentina di bawah bimbingan pengurus Gerardo Martino, tetapi kemunculan pertamanya pada 13 Oktober 2015, beliau menggantikan Carlos Tevez pada minit ke-75 ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Paraguay.[21]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Palermo[22]
Juventus[24]

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dybala sets sights on silverware". Juventus FC. 14 July 2015. Dicapai 10 August 2015. 
  2. ^ "Paulo Dybala". juventus.com. 
  3. ^ "Paulo Dybala Player". Soccerway. 23 October 2011. Dicapai 8 August 2015. 
  4. ^ http://www.legaseriea.it/en/serie-a-tim/match-report/-/match-report/Palermo-Sampdoria/47894
  5. ^ "Football - Serie A - Standing - Top Scorers - 2014-2015 - - Yahoo! Eurosport". yahoo.com. 
  6. ^ "Serie A 2014-15 Statistics: Assists". ESPN FC. Dicapai 1 June 2015. 
  7. ^ "Agreement with Palermo for the acquisition of the player Paulo Dybala" (PDF). Juventus F.C. 3 June 2015. Dicapai 4 June 2015. 
  8. ^ "Paulo Dybala: Juventus sign striker from Palermo for £23m". BBC Sport. 4 June 2015. Dicapai 5 June 2015. 
  9. ^ "Paulo Dybala: Juventus is the perfect club for me". Goal.com. 14 July 2015. Dicapai 15 July 2015. 
  10. ^ "Juventus 2-0 Lazio: Mario Mandzukic and Paulo Dybala hand Juve win as new strikers seal Italian Super Cup for Serie A champions". Daily Mail. 8 August 2015. Dicapai 8 August 2015. 
  11. ^ "Roma 2 – Juventus 1". Lega Serie A.it. 30 August 2015. Dicapai 17 December 2015. 
  12. ^ Ogo Sylla (16 November 2015). "Dybala keeping pace with Juventus' best". La Gazzetta dello Sport. Dicapai 18 April 2016. 
  13. ^ "Coppa: Four-star Juve crush Toro". Football Italia. 16 December 2015. Dicapai 16 December 2015. 
  14. ^ "Dybala: 'Juve can do it!'". Football Italia. 23 February 2016. Dicapai 23 February 2016. 
  15. ^ "Dybala, Marchisio miss Bayern-Juve". Football Italia. 15 March 2016. Dicapai 15 March 2016. 
  16. ^ "Line-ups: Torino-Juventus". Football Italia. 20 March 2016. Dicapai 20 March 2016. 
  17. ^ "Paulo Dybala ready for Juventus return against old club Palermo". ESPN FC. 12 April 2016. Dicapai 18 April 2016. 
  18. ^ Mina Rzouki (17 April 2016). "Khedira, Pogba, Cuadrado and Padoin score as Juventus cruise vs. Palermo". ESPN FC. Dicapai 17 April 2016. 
  19. ^ "Juve celebrate in the sign of Five". Football Italia. 14 May 2016. Dicapai 14 May 2016. 
  20. ^ "Juventus 5 Sampdoria 0: Dybala double wraps up season in style". FourFourTwo. 14 May 2016. Dicapai 14 May 2016. 
  21. ^ "Argentina draw with Paraguay, still winless in World Cup qualifying". ESPN FC. 13 October 2015. Dicapai 3 December 2015. 
  22. ^ name=SW
  23. ^ "Palermo's Smiling Assassin Pablo Dybala Smiling All The Way To Superstardom". beIN Sports. Dicapai 16 February 2015. 
  24. ^ name=SW
  25. ^ name=espnfc.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]