Douglas Costa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Douglas Costa
20180610 FIFA Friendly Match Austria vs. Brazil Douglas Costa (BRA) 850 1486.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhDouglas Costa de Souza[1]
Tarikh lahir (1990-09-14) 14 September 1990 (umur 29)
Tempat lahirSapucaia do Sul, Brazil
Ketinggian1.72 m[2]
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniJuventus
Nombor11
Kerjaya remaja
2001–2002Novo Hamburgo
2002–2008Grêmio
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2008–2010Grêmio29(2)
2010–2015Shakhtar Donetsk141(29)
2015–2018Bayern Munich50(8)
2017–2018Juventus (pinjam)31(4)
2018–Juventus17(1)
Pasukan kebangsaan
2009Brazil B2012(4)
2014–Brazil31(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 Februari 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20 November 2018

Douglas Costa de Souza (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdowɡlɐs ˈkɔstɐ]; lahir 14 September 1990) merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang bermain di posisi sayap untuk kelab Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau amat dikenali dengan kemahiran menggelecek, kepantasan dan kemampuan membuat hantaran bola.

Costa memulakan kariernya di kelab Grêmio sebelum berpindah ke Shakhtar Donetsk pada Januari 2010 dengan bayaran perpindahan sebanyak €6 juta. Beliau telah meraih beberapa trofi ketika di Shakhtar termasuk merangkul pencapaian "treble" di peringkat domestik pada musim 2010–11 (Liga Perdana, Piala Ukraine dan Piala Super). Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Bayern Munich dengan perpindahan sebanyak €30 juta dan beliau telah menikmati kejayaan dua gelaran liga berturut-turut. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Juventus pada tahun 2017 dan memenangi kejuaraan berganda di peringkat domestik pada musim sulungnya di Itali. Pada 7 Jun 2018, Juventus mengadakan pembelian tetap terhadapnya.

Sejak melakukan penampilan sulung untuk Brazil pada tahun 2014, Costa telah mewakili negara tanah airnya ke kejohanan Copa América 2015 dan Piala Dunia 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Grêmio[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sapucaia do Sul, Rio Grande do Sul, Douglas memulakan kariernya bersama kelab Grêmio sewaktu berusia sebelas tahun.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika berusia 18 tahun dalam perlawanan menentang Botafogo pada 4 Oktober 2008. Beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Beliau menghabiskan musim 2008 dengan menjaringkan satu gol daripada enam perlawanan.[4] Pada 14 Jun 2009, beliau telah dilayangkan kad merah ketika perlawanan terikat seri tanpa jaringan menentang Fluminense.[5] Pada 29 November 2009, beliau menjaringkan gol pertama perlawanan ketika menentang Grêmio Recreativo Barueri yang menyaksikan pasukannya menang 4-2.[6]

Beliau seterusnya menyertai kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk pada 10 Januari 2010. Secara keseluruhannya, Costa telah beraksi dalam 37 perlawanan untuk Grêmio dan menjaringkan dua gol.

Shakhtar Donetsk[sunting | sunting sumber]

Douglas Costa beraksi untuk Shakhtar Donetsk pada tahun 2013

2009–10[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 2010, Costa menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Shakhtar Donetsk dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €6 juta.[7] Penampilan pertamanya ialah pada perlawanan Liga Europa menentang wakil England, Fulham pada 18 Februari yang menyaksikan Shakhtar tewas 2-1. Beliau beraksi sebagai pemain gantian dengan menggantikan Jádson pada minit ke-75.[8] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Shakhtar ketika menewaskan Metalist Kharkiv 2-1 pada 14 Mac 2010.[9] Pada 28 Mac, beliau telah menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika menewaskan Arsenal Kyiv 3-1.[10] Seterusnya, beliau sekali lagi meledak gol untuk Shakhtar ketika mereka menang selesa 3-0 ke atas Chornomorets Odesa pada 25 April.[11] Pada 1 Mei, Costa menjaringkan gol lewat permainan ketika Shakhtar menang 2-0 ke atas Metalurh Zaporizhya.[12] Beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan menentang Tavriya Simferopol yang menyaksikan Shakhtar menang 3-2 pada 9 Mei.[13]

Dalam musim pertamanya bersama Shakhtar, Douglas telah beraksi dalam 15 perlawanan dan menjaringkan lima gol, di mana kesemua golnya dalam saingan liga. Shakhtar meraih gelaran liga, menandakan trofi pertama Costa bersama Shakhtar.[14]

2010–11[sunting | sunting sumber]

Penampilan pertama Costa untuk musim 2010–11 ketika perlawanan Piala Super Ukraine menentang Tavriya pada 4 Julai. Pada 30 Julai, beliau menjaringkan gol ketika pasukannya menang 3-1 ke atas Arsenal Kyiv.[15] Pada 28 September, beliau menyudahkan tendangan penalti dan menyumbang kepada dua jaringan Luiz Adriano ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Braga.[16] Pada 16 Februari, beliau menjaringkan gol kedua perlawanan dan menyumbang kepada jaringan Luiz Adriano semasa Shakhtar menewaskan Roma 3-2.[17] Shakhtar seterusnya menang 6-2 menerusi agregat. Pada 25 Mei, beliau beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-95 perlawanan akhir Piala Ukraine menentang Dynamo Kyiv.[18]

Shakhtar menamatkan musim dengan bergaya apabila meraih pencapaian "treble" dengan memenangi Liga Perdana, Piala Ukraine dan Piala Super Ukraine.[19] Costa telah melakukan 39 penampilan untuk kelab dan menjaringkan tujuh gol.

2011–12[sunting | sunting sumber]

Shakhtar memulakan musim 2011-12 dengan kekalahan Piala Super kepada Dynamo Kyiv pada 5 Julai, di mana Costa beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan. Gol pertamanya pada hadir pada 9 September ketika pasukannya melakar kemenangan 5-1 ke atas Volyn Lutsk.[20] Pada 2 Oktober, beliau menjaringkan gol penyamaan ketika menewaskan Zorya Luhansk 4-1.[21]

Sebagai pengakhir musim, Shakhtar telah merangkul trofi Liga Perdana dan Piala Ukraine.[22] Beliau telah beraksi sebanyak 34 perlawanan dan menjaringkan enam gol.

2012–13[sunting | sunting sumber]

Costa memulakan musim 2012-13 dengan menjaringkan gol ketika Shakhtar menewaskan Metalurh Donetsk dalam kejohanan Piala Super Ukraine. Seterusnya, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga pada 3 November 2012 apabila beliau menyempurnakan tendangan penalti ketika menewaskan Metalurh Zaporizhya 2-0.[23]

Dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Costa hanya beraksi sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan dengan jumlah 23 minit permainan sahaja. Shakhtar menduduki tempat kedua di belakang Juventus.[24] Berikutan persembahannya yang cemerlang pada awal musim 2012–13, Costa menjaringkan gol penting Shakhtar ketika menjadi pemain gantian dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada 13 Februari 2013.[25]

2013–14[sunting | sunting sumber]

Costa melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan Piala Super Ukraine. Pada pertengahan musim, beliau membantu Shakhtar menjuarai United Supercup 2014, sebuah kejohanan yang diadakan antara kelab teratas di Rusia dan Ukraine. Beliau telah menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Beliau juga membantu Shakhtar menjuarai Liga Perdana dengan menaungi tempat teratas pembantu jaringan terbanyak liga dengan sembilan penghasilan jaringan gol.

2014–15[sunting | sunting sumber]

Costa beraksi sebanyak 32 perlawanan dan menjaringkan lima gol sewaktu musim terakhirnya di Shakhtar Donetsk.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Douglas Costa sedang menjalani latihan bersama Bayern Munich pada tahun 2017

2015–16[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2015, Bayern Munich mengumumkan bahawa pihak kelab telah mendapatkan Costa[26] dengan bayaran perpindahan sebanyak €30 juta. Seterusnya, Costa telah menandatangani kontrak selama lima tahun. Pembelian Costa menandakan bahawa beliau merupakan pemain keempat termahal dalam sejarah Bayern. Beliau diberi jersi skuad bernombor 11 yang pernah disarung sebelum ini oleh Xherdan Shaqiri. Beliau melakukan penampilan pertamanya pada 1 Ogos dalam perlawanan DFL-Supercup menentang VfL Wolfsburg. Beliau telah membuat hantaran kepada Arjen Robben untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan namun Bayern tewas menerusi penentuan penalti.[27] Costa menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga ketika membelasah Hamburg 5-0.[28] Pada 21 Mei 2016, Costa menjaringkan gol kemenangan menerusi tendangan penalti ketika menewaskan Borussia Dortmund sekali gus membantu Bayern memenangi trofi DFB-Pokal

Costa menempuh karier yang baik pada musim pertamanya di Bayern dengan menjaringkan tujuh gol daripada 43 perlawanan dalam semua kejohanan. Pada awal musim, beliau telah mempamerkan prestasi yang cemerlang apabila membantu 12 jaringan dalam 13 perlawanan pertamanya. Seterusnya, beliau mengalami kecederaan pada otot dan terlepas empat perlawanan sebelum cuti musim sejuk. Setelah cuti, Costa tidak mampu mengembalikan semula bisanya. Dalam 27 perlawanan Bundesliga, Costa menjaringkan empat gol dan membantu 14 jaringan gol.

2016–17[sunting | sunting sumber]

Costa dapat beraksi dengan baik ketika Bayern di bawah kendalian Pep Guardiola dengan menjadi pemain utama setiap perlawanan. Akan tetapi, ketibaan jurulatih baru Carlo Ancelotti lebih memilih Franck Ribéry sebagai pemain di posisi sayap kiri. Costa mengalami kecederaan hamstring dan lutut ketika musim dan beraksi dalam 34 perlawanan di semua kejohanan. Beliau menjaringkan tujuh gol dan menyamai jaringannya pada musim yang lalu. Namun, minit permainannya kira-kira kurang 1,400 minit berbanding musim sebelum ini.[29] Costa telah tawar hati dengan pihak pengurusan Bayern apabila beliau telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana kurang beraksi di bawah kendalian Ancelotti. Presiden Bayern Uli Hoeneß telah menuduh Costa kerana cuba untuk menawarkannya kontrak baru apabila Costa secara terbukanya menyatakan tidak pasti akan masa depannya kerana menerima tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris, La Liga, Ligue 1 dan Liga Super China.[30]

Dipinjam ke Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2017, Costa dipinjamkan ke Juventus sehingga penghujung musim 2017–18. Juventus mempunyai pilihan untuk membeli Costa secara tetap pada 1 Julai 2018 dengan bayaran tambahan €40 juta.[31][32][33] Pada 13 Ogos, beliau telah melakukan penampilan pertamanya untuk Juventus ketika aksi Supercoppa Italiana 2017 menentang Lazio.[34] Pada 14 Oktober, Costa menjaringkan gol sulung ketika tewas 2-1 kepada Lazio.[35] Dalam musim sulungnya bersama Juve, beliau mendahului sebagai penggelecek terbanyak (106) dan merekodkan pembantu jaringan kedua terbanyak (14) dalam Serie A.[36]

Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Jun 2018, Juventus melakukan pembelian tetap perpindahan sebanyak €40 juta dan Costa mencapai persetujuan menandatangani kontrak selama empat tahun.[37] Pada 16 September 2018, ketika perlawanan menentang Sassuolo di Serie A, Costa telah dibuang padang pada masa kecederaan selepas berbalah dengan Federico Di Francesco. Pengurus Juventus Massimiliano Allegri respon dalam persidangan selepas perlawanan menyatakan Costa akan didenda oleh pihak kelab. Costa seterusnya memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagram.[38][39][40] Dua hari berikutnya iaitu pada 18 September, Costa telah digantung empat perlawanan liga kerana kelakuannya yang kasar iaitu menyiku, percubaan untuk menghantuk dan meludah ke arah Federico Di Francesco.[41]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Costa ketika mewakili Brazil menentang Rusia pada tahun 2018

Pada November 2014, Costa telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Brazil buat pertama kali oleh jurulatih Dunga untuk perlawanan menentang Turki.[42]

Pada Mei 2015, Costa telah dipilih ke dalam skuad Brazil untuk kejohanan Copa América 2015.[43] Dalam perlawanan pembukaan, beliau menggantikan Diego Tardelli dan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menentang Peru. Jaringan gol tersebut merupakan gol antarabangsa pertama Costa semasa menyarung jersi Seleção. Dalam peringkat suku akhir menentang Paraguay, beliau menggantikan Willian pada 30 minit terakhir selepas permainan terikat seri 1-1 dan diheret ke penentuan penalti. Beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti sekali gus menyaksikan Brazil tersingkir dengan serta merta. Pada 17 November, Costa menjaringkan gol keduanya untuk Brazil ketika menang 3-0 ke atas Peru dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.[44]

Costa pada mulanya disenaraikan ke dalam skuad Copa América Centenario tetapi akhirnya terpaksa dikeluarkan pada Mei 2016 kerana kecederaan teruk dialaminya. Ruang kekosongan tersebut telah diisi oleh Kaká.[45]

Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan oleh pengurus Tite ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia.[46]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 April 2019.
Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Benua[nb 2] Lain[nb 3] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Brazil Grêmio 2008 6 1 0 0 0 0 6 1
2009 22 1 0 0 2 0 7 0 31 1
Jumlah 28 2 0 0 2 0 7 0 37 2
Ukraine Shakhtar Donetsk 2009–10 13 5 0 0 2 0 15 5
2010–11 27 5 1 0 10 2 1 0 39 7
2011–12 27 6 1 0 5 0 1 0 34 6
2012–13 27 5 1 0 5 1 1 1 34 7
2013–14 27 4 1 1 8 2 1 0 37 7
2014–15 20 4 4 0 8 1 0 0 32 5
Jumlah 141 29 8 1 38 6 4 1 191 37
Jerman Bayern Munich 2015–16 27 4 4 1 11 2 1 0 43 7
2016–17 23 4 2 1 9 2 0 0 34 7
Jumlah 50 8 6 2 20 4 1 0 77 14
Itali Juventus (pinjam) 2017–18 31 4 5 2 10 0 1 0 47 6
Itali Juventus 2018–19 17 1 2 0 5 0 1 0 25 1
Jumlah 48 5 7 2 15 0 2 0 72 7
Jumlah kerjaya 267 44 21 5 75 10 14 1 377 60
  1. ^ Termasuk kejohanan Piala Brazil, Piala Ukraine, Piala Jerman dan Piala Itali
  2. ^ Termasuk kejohanan Copa Libertadores, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa/Piala UEFA
  3. ^ Termasuk kejohanan Piala Super Ukraine, Piala Super Jerman dan Supercoppa Italiana

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 November 2018.
Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2014 2 0
2015 13 2
2016 4 1
2017 3 0
2018 9 0
Jumlah 31 3

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
14 Jun 2015 Temuco, Chile  Ecuador
2–1
2–1
Copa América 2015
2
17 November 2015 Salvador, Brazil  Peru
1–0
3–0
Kelayakan Piala Dunia 2018
3
26 Mac 2016 Recife, Brazil  Uruguay
1–0
2–2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Shakhtar Donetsk
Bayern Munich
Juventus

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Brazil B20

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia: List of players: Brazil" (PDF). FIFA. 10 June 2018. m/s. 4. Dicapai 11 June 2018. 
  2. ^ "Douglas Costa". juventus.com. Dicapai 6 June 2018. 
  3. ^ "South American Under-20 Profile: Douglas Costa (Brazil)". Goal.com. Dicapai 23 July 2014. 
  4. ^ "Douglas Costa » Club matches". World Football. Dicapai 23 July 2015. 
  5. ^ "Fluminense vs Gremio 0–0". Dicapai 18 September 2012. 
  6. ^ "Gremio v Gremio Recreativo Barueri 4–2". Dicapai 18 September 2012. 
  7. ^ "Douglas increases the height". Diarkibkan daripada asal pada 4 April 2012. Dicapai 18 September 2012. 
  8. ^ "Fulham vs Shakhtar 2–1". Dicapai 18 September 2012. 
  9. ^ "Shakhtar vs Metalist 2–1". Dicapai 18 September 2012. 
  10. ^ "Shakhtar vs Arsenal Kyiv 3–1". Dicapai 18 September 2012. 
  11. ^ "Shakhtar vs Chornomorets 3–0". Dicapai 18 September 2012. 
  12. ^ "Metalurh Zaporizhya vs Shakhtar 0–2". Dicapai 18 September 2012. 
  13. ^ "Tavriya vs Shakhtar 2–3". Dicapai 18 September 2012. 
  14. ^ "Ukraine 2009/10". Dicapai 18 September 2012. 
  15. ^ "Arsenal Kyiv vs Shakhtar 1–3". Dicapai 18 September 2012. 
  16. ^ "Braga vs Shakhtar 0–3". Dicapai 18 September 2012. 
  17. ^ "Roma vs Shakhtar 2–3". Dicapai 18 September 2012. 
  18. ^ "Dynamo Kyiv vs Shakhtar 0–2". Dicapai 18 September 2012. 
  19. ^ "Ukraine 2010/11". Dicapai 13 September 2012. 
  20. ^ "Shakhtar vs Volyn 5–1". Dicapai 18 September 2012. 
  21. ^ "Shakhtar vs Zorya 4–1". Dicapai 18 September 2012. 
  22. ^ "Ukraine 2011/12". Dicapai 13 September 2012. 
  23. ^ "SHAKHTAR DONETSK VS. METALURH ZAPORIZHYA 2 – 0". Soccerway. 3 November 2012. Dicapai 14 February 2013. 
  24. ^ "The comeback of the new Ronaldinho". ESPNFC. 13 February 2013. 
  25. ^ "Hummels header earns Dortmund draw in Donetsk". UEFA. 13 February 2013. 
  26. ^ "Douglas Costa joins Bayern Munich from Shakhtar Donetsk". BBC Sport. 1 July 2015. Dicapai 1 July 2015. 
  27. ^ Schaerlaeckens, Leander (1 August 2015). "Nicklas Bendtner emerges as Wolfsburg's unlikely hero in DFL-Supercup". Yahoo. Dicapai 2 August 2015. 
  28. ^ "Bayern Munich 5–0 Hamburg: Bavarians begin Bundesliga campaign in ominous fashion". Goal.com. 14 August 2015. Dicapai 14 August 2015. 
  29. ^ "The curious case of Douglas Costa". bavarianfootballworks.com. 12 June 2017. Dicapai 19 May 2018. 
  30. ^ "Douglas Costa reiterates his unhappiness at Bayern Munich and hints at summer transfer to risk wrath of club". independent.co.uk. 10 March 2017. Dicapai 19 May 2018. 
  31. ^ "Douglas Costa moves to Juventus". FC Bayern Munich. 12 July 2017. Dicapai 12 July 2017. 
  32. ^ "Douglas Costa signs for Juventus!" (Siaran akhbar). Juvenutus. 12 July 2017. Dicapai 13 July 2017. 
  33. ^ "Douglas Costa: Brazil winger joins Juventus from Bayern Munich on loan". BBC Sport. The British Broadcasting Corporation. 12 July 2017. Dicapai 16 July 2017. 
  34. ^ "SC: Lazio win dramatic Super Cup". Football Italia. 13 August 2017. Dicapai 13 August 2017. 
  35. ^ "Dramatic Lazio end Juve record". Football Italia. 14 October 2017. 
  36. ^ "Juventus make Douglas Costa deal permanent" (Siaran akhbar). Juventus F.C. 7 June 2018. Dicapai 7 June 2018. 
  37. ^ "Juventus confirm signing of Douglas Costa". ESPN FC. 7 June 2017. Dicapai 7 June 2018. 
  38. ^ "Juventus 2 – 1 Sassuolo". Football Italia. 16 September 2018. Dicapai 16 September 2018. 
  39. ^ Anthony Lopopolo (16 September 2018). "Douglas Costa elbows, headbutts, spits at Sassuolo player before red card". The Score. Dicapai 16 September 2018. 
  40. ^ "Douglas Costa: 'I apologise'". Football Italia. 16 September 2018. Dicapai 16 September 2018. 
  41. ^ "Douglas Costa banned for four games". Football Italia. 18 September 2018. Dicapai 18 September 2018. 
  42. ^ "Douglas Costa, in from the cold". Goal.com. 5 June 2015. 
  43. ^ "2015 Copa America squad lists". ESPN. 28 May 2015. 
  44. ^ "Brazil 3–0 Peru: Costa shines as Dunga's men seal vital win". Goal.com. 18 November 2015. Dicapai 22 March 2016. 
  45. ^ "Copa America: Kaka replaces injured Douglas Costa in Brazil squad". BBC Sport. 27 May 2016. Dicapai 27 May 2016. 
  46. ^ "World Cup: Neymar named in Brazil's 23-man squad". BBC Sport. 15 May 2018. Dicapai 15 May 2018. 
  47. ^ "Douglas Costa –". Uefa.com. Dicapai 23 July 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]