Filipe Luís

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Filipe Luís
Filipe Luís - 02.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Filipe Luís Kasmirski
Tarikh lahir (1985-08-09) 9 Ogos 1985 (umur 32)
Tempat lahir Jaraguá do Sul, Brazil
Ketinggian 1.82 m (6 ft 0 in)[1]
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini Chelsea
Nombor 3
Kerjaya remaja
1995–2003 Figueirense
2004–2005 Ajax (pinjaman)
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003–2005 Figueirense 22 (1)
2005–2008 Rentistas 0 (0)
2005–2006 Real Madrid B (pinjaman) 37 (0)
2006–2008 Deportivo La Coruña (pinjaman) 52 (1)
2008–2010 Deportivo La Coruña 59 (5)
2010–2014 Atlético Madrid 127 (2)
2014– Chelsea 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Brazil B20 16 (2)
2009– Brazil 9 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21:00, 8 November 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 12 November 2014

Filipe Luís Kasmirski, atau dikenali sebagai Filipe Luís (lahir 9 Ogos 1985) merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Beliau bermain di posisi bek kiri.

Filipe Luís bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak 2009 dan merupakan sebahagian skuad Brazil yang memenangi Piala Konfederasi FIFA 2013 yang dianjurkan kampung halamannya, Brazil.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Filipe Luís telah dilahirkan di Jaraguá do Sul, Santa Catarina. Beliau berpindah ke Ajax dari kelab Figueirense Futebol Clube pada tahun 2004 untuk merasai permainan bola sepak. Beliau bermain satu musim penuh di sana. Di sana, beliau berpeluang untuk berlatih bersama Rafael van der Vaart dan Zlatan Ibrahimović.[2]

Pada Ogos 2005, Filipe Luís telah ditandatangani oleh kelab Sepanyol, Real Madrid untuk kontrak lima tahun.[3] Tetapi beliau berpindah ke kelab Real Madrid B yang bermain di Segunda División.

Deportivo[sunting | sunting sumber]

Filipe Luís bermain untuk Deportivo pada 2009

Pada Ogos 2006, Filipe Luís menandatangani bersama kelab Deportivo de La Coruña dengan bayaran sebanyak €2.2 juta.[4] Beliau tidak banyak peluang untuk bermain dalam musim pertamanya. Dalam musim 2007–08, selepas Joan Capdevila berpindah ke Villarreal CF, beliau menjadi pemain pilihan pertama untuk menjadi bek kiri.

Pada 10 Jun 2008, Filipe Luís menandatangani kontrak lima tahun.[5] Ketika musim debutnya sebagai pemain Depor, beliau bermain sebanyak 38 perlawanan dengan menjaringkan dua gol.

Pada 23 Januari 2010, selepas perlawanan pembukaan menentang Athletic Bilbao (Deportive menang 3–1), Filipe Luís mengalami kecederaan di bahagian fibula kananya selepas berlanggar dengan penjaga gol, Gorka Iraizoz yang terlanggar kaki kanannya. Beliau telah bermain semua perlawanan dan setiap minit ketika kempen 2009-10 dan Deportivo naik ke tangga keempat liga.[6] Beliau kembali semula selepas berehat selama empat bulan, beliau masuk ke padang ketika separuh masa kedua selepas Deportivo menang 1-0 ke atas RCD Mallorca.

Atlético Madrid[sunting | sunting sumber]

Filipe Luís bermain untuk Atlético Madrid pada 14 September 2013.

Pada 23 Julai 2010, Filipe Luís menandatangani kontrak lima tahun bersama Atlético Madrid dalam pembayaran tertutup,[7][8] dengan bayaran sehingga €12[9] atau 13.5 juta.[10] Debut rasminya bersama Atletico pada 26 September ketika menentang Real Zaragoza, beliau memasuki padang dengan menggantikan Diego Costa, dalam perlawanan tiu juga, beliau menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[11]

Pada 10 April 2011, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atlético dalam perlawanan menentang Real Sociedad, 3-0.[12] Pada 17 Januari 2013, Filipe Luís menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan Copa del Rey ke atas Real Betis, 2-0.[13] Beliau juga bermain sepenuhnya dalam perlawanan akhir menentang Real Madrid, di mana keputusannya Atletico menang 2-1.[14]

Filipe Luís membuat pemunculannya di Liga Juara-Juara UEFA ketika musim 2013–14 dengan menjaringkan satu gol menentang kelab Austria, FK Austria Wien dengan kepuusan 4-0 dalam kumpulan G.[15] Ketika kempen liga, beliau telah menjadi sebahagian dari skuad Atlético memenangi gelaran La Liga buat pertama kali dalam masa 18 tahun[16] dan beliau juga memasuki perlawanan akhir Liga Juara-Juara tetapi diturunkan pada minit ke-83 selepas Toby Alderweireld menggantikan Luis, Atletico tewas 4-1 di Lisbon.[17]

Dalam musim terakhirnya, Filipe Luís dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik di La Liga bersama rakan sepasukan Miranda dan pemain Real Madrid, Sergio Ramos.[18]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2014, Chelsea dan Atlético Madrid bersetuju untuk membida Filipe Luí dengan harga £15.8 juta dalam terma yang ditetapkan.[19][20][21] Beliau menandatangani kontrak selama tiga tahun pada 18 Julai 2014.[22] Beliau berkata: "Inilah seperti mimpi menjadi realiti bagi saya. Kini saya mempunyai peluang untuk bermain bersama Chelsea dan juga di Liga Perdana. Saya berasa gembira dan saya akan melangkah ke hadapan dan akan memberikan aksi terbaik saya untuk pasukan ini dalam musim akan datang".[23]

Filipe Luís membuat debutnya bersama Chelsea dalam perlawanan pra-musim menentang Wolfsberger AC pada 23 Julai 2014.[24] Nombor jersinya adalah 3 untuk menggantikan Ashley Cole yang telah berpindah ke AS Roma sebelum ketibaan Filipe Luís.[25] Dalam perlawanan liga pertama Chelsea, Filipe Luis dimasukkan selepas menggantikan César Azpilicueta yang bermain di bek kiri ketika menentang Burnley.[26] Kini beliau menjadi pilihan kedua di bek di belakang Azpilicueta sama seperti situasi pemain penjaga gol Petr Čech terpaksa duduk di bangku simpanan selepas Thibaut Courtois menjadi pilihan pertama penjaga gol.[27]

Filipe Luís membuat debut liganya bersama Chelsea dalam bermain 7 mint terakhir ketika menentang Everton, 6-3 pada 30 Ogos.[28] Filipe Luís membuat pemunculan pertama di liganya dalam minggu keenam pada 18 Oktober dengan menggantikan Azpilicueta pada separuh masa pertama ketika menentang Crystal Palace, Chelsea menang 2–1.[29] Selepas Azpilicueta digantung perlawanan, Filipe Luis memulakan perlawanan Liga Perdana buat pertama kali lapan hari kemudian, seri 1-1 ke atas Manchester United.[30]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Datuknya merupakan seorang imigran dari Poland ketika Perang Dunia Kedua,[31] Filipe Luís sebernanya layak bermain untuk Poland.[32] Tetapi pada 7 Ogos 2009, beliau telah dipanggil oleh skuad Brazil buat pertama kali untuk menggantikan Marcelo yang tercedera untuk perlawanan persahabatan menentang Estonia, tetapi beliau hanya duduk di bangku simpanan.

Filipe Luís membuat debut untuk pasukan Seleção dalam kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Venezuela pada 15 Oktober 2009.[33] Beliau juga terpilih dalam skuad Brazil yang memenangi Piala Konfederasi FIFA 2013 di tanah airnya sendiri,[34] walaupun beliau tidak memasuki padang untuk bermain sepanjang kejohanan. Namun, beliau tidak terpilih untuk memasuki kejohanan Piala Dunia FIFA 2014.[35]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8th November 2014[36][37]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Figueirense 2003 7 1 0 0 0 0 7 1
2004 17 0 0 0 0 0 17 0
Ajax 2004–05 0 0 0 0 0 0 0 0
Real Madrid Castilla 2005–06 37 0 0 0 0 0 37 0
Deportivo 2006–07 19 0 7 1 0 0 26 1
2007–08 33 1 2 0 0 0 35 1
2008–09 38 2 2 0 10 0 50 2
2009–10 21 3 3 1 0 0 24 4
Atlético Madrid 2010–11 27 1 6 0 3 0 36 1
2011–12 36 0 1 0 16 0 53 0
2012–13 32 1 6 2 4 0 42 3
2013–14 32 0 7 0 10 1 49 1
Chelsea 2014–15 6 0 2 0 4 0 12 0
Jumlah 300 9 35 4 46 1 387 14

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Deportivo
Atlético Madrid

Negara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Filipe Luis". FIFA.com. Dicapai pada 21 January 2014. 
  2. ^ name=weekend
  3. ^ "Madrid recruit full-back Filipe". UEFA.com. 16 August 2005. Dicapai pada 24 January 2010. 
  4. ^ "Keane confirmed as Sunderland boss". UEFA.com. 26 August 2006. Dicapai pada 27 July 2010. 
  5. ^ "El Deportivo ejerce la opción de compra del lateral Filipe Luis" [Deportivo buys out fullback Filipe Luís] (dalam bahasa Spanish). La Voz de Galicia. 11 June 2008. Dicapai pada 11 June 2008. 
  6. ^ "Filipe Luis se destroza el tobillo tras marcar un gol" [Filipe Luis shatters ankle after scoring] (dalam bahasa Spanish). Marca. 24 January 2010. Dicapai pada 24 January 2010. 
  7. ^ name="ATLÉTICO">"El brasileño Filipe Luis se convierte en nuevo jugador del Atlético de Madrid" [Brazilian Filipe Luis becomes new Atlético de Madrid player] (dalam bahasa Spanish). Atlético Madrid. 26 July 2010. Dicapai pada 27 July 2010. 
  8. ^ "Deportivo y Atlético de Madrid cierran el traspaso de Filipe" [Deportivo and Atlético Madrid seal the transfer of Filipe] (dalam bahasa Spanish). Deportivo's official website. 23 July 2010. Dicapai pada 23 July 2010. 
  9. ^ "Holders Atlético strengthen with Filipe Luís". UEFA.com. 26 July 2010. Dicapai pada 27 July 2010. 
  10. ^ "Filipe finalises move". Sky Sports. 24 July 2010. Dicapai pada 28 July 2010. 
  11. ^ "Atletico edge past rock-bottom Zaragoza". ESPN Soccernet. 26 September 2010. Dicapai pada 4 April 2011. 
  12. ^ "Luis, Suarez and Aguero on target for Atletico". ESPN Soccernet. 10 April 2011. Dicapai pada 18 April 2011. 
  13. ^ "Insaciable Atlético" [Insatiable Atlético] (dalam bahasa Spanish). Marca. 17 January 2013. Dicapai pada 7 June 2014. 
  14. ^ "Atlético beat Real Madrid to win Copa del Rey after Ronaldo sent off". The Guardian. 17 May 2013. Dicapai pada 6 June 2014. 
  15. ^ "Remorseless Atlético through at a canter". UEFA.com. 6 November 2013. Dicapai pada 6 June 2014. 
  16. ^ "Chelsea target Filipe Luis moves closer to Atletico Madrid exit after Spaniards sign £8m Granada defender Guilherme Siqueira". Daily Mail. 6 June 2014. Dicapai pada 6 June 2014. 
  17. ^ "Real Madrid 4–1 Atlético Madrid". BBC Sport. 24 May 2014. Dicapai pada 6 June 2014. 
  18. ^ Fernandez-Abascal, Eduardo (14 October 2014). "Chelsea Duo Thibaut Courtois And Filipe Luis Nominated For La Liga Awards". International Business Times. Dicapai pada 15 October 2014. 
  19. ^ "Filipe Luis: Chelsea sign Atletico Madrid defender for £15.8m". BBC Sport. 18 July 2014. Dicapai pada 18 July 2014. 
  20. ^ "Luis agreement reached". Chelsea.com. 16 July 2014. Dicapai pada 16 July 2014. 
  21. ^ "Agreement reached with Chelsea for the transfer of Filipe Luis". Atlético Madrid. 16 July 2014. Dicapai pada 16 July 2014. 
  22. ^ name="chelsea">"Filipe Luis deal completed". Chelsea.com. 18 July 2014. Dicapai pada 18 July 2014. 
  23. ^ name="chelsea"
  24. ^ "Match report: WAC RZ Pellets 1 Chelsea 1". Chelsea F.C. 23 July 2014. Dicapai pada 1 August 2014. 
  25. ^ "Squad number changes". Chelsea F.C. 15 August 2014. Dicapai pada 15 August 2014. 
  26. ^ "Burnley 1-3 Chelsea". BBC Sport. 18 August 2014. Dicapai pada 18 August 2014. 
  27. ^ Johnson, Simon (25 September 2014). "Jose Mourinho has taught me to put the collective first - Chelsea's Filipe Luis happy to play waiting game". Evening Standard. Dicapai pada 19 October 2014. 
  28. ^ "Everton 3-6 Chelsea". BBC Sport. 30 August 2014. Dicapai pada 30 August 2014. 
  29. ^ Fifield, Dominic (18 October 2014). "Chelsea stay top after Cesc Fàbregas nets winner at Crystal Palace". The Guardian. Dicapai pada 18 October 2014. 
  30. ^ McNulty, Phil (26 October 2014). "Man Utd 1-1 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 26 October 2014. 
  31. ^ name=weekend>"The weekend interview: Filipe Luis". Chelsea F.C. 27 September 2014. Dicapai pada 27 September 2014. 
  32. ^ "Barça want him, Poland want him". Polishsoca. 12 July 2009. Dicapai pada 15 July 2009. 
  33. ^ "Player Ratings: Brazil 0–0 Venezuela". Goal.com. 15 October 2009. Dicapai pada 15 October 2009. 
  34. ^ "Confederations Cup 2013: Brazil team profile". BBC Sport. 10 June 2013. Dicapai pada 16 July 2014. 
  35. ^ "World Cup 2014: Kaka and Robinho omitted from Brazil squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 14 May 2014. 
  36. ^ "Filipe Luis". Soccerway. Dicapai pada 13 March 2014. 
  37. ^ Filipe Luis; Atlético's official website