Empayar Afrika Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Empayar Afrika Tengah

Empire centrafricain
Flag of Central African Empire
{{{coat_alt}}}
Bendera Imperial coat of arms
Cogan kata: "Zo À Yeke Zo"[1] (Bahasa Sango)
"Seorang manusia itu manusia"
Lagu kebangsaan: La Renaissance
The Renaissance
Location of Central African Empire
Ibu kotaBangui
Agama
Protestantisme (rasmi)
Gereja Katolik Rom (rasmi)
Islam Sunni (minoriti)
PemerintahanRaja berperlembagaan (de jure)
Raja mutlak di bawah kediktatoran tentera (de facto)
Mata wangfranc Afrika Tengah

Empayar Afrika Tengah (Bahasa Perancis: Empire centrafricain) merupakan sebuah negara yang didakwa sebagai "kerajaan berperlembagaan", tetapi sebaliknya sebuah negara beraja mutlak di bawah pemerintahan diktator ekaparti yang menggantikan Republik Afrika Tengah dan, seterusnya, digantikan oleh pemulihan Republik duluan. Empayar ini telah dibentuk oleh Jean-Bédel Bokassa, Presiden Republik, yang menggelarkan dirinya Maharaja Bokassa I pada 4 Julai 1976.

Bokassa cuba beralasan bahawa pembentukan empayar ini akan menjadikan kawasan Afrika Tengah "menonjol" dalam seluruh benua Afrika serta mendapatkan nama yang masyhur. Ramai yang menganggap Bokassa gila dengan tindakannya yang dilihat egois berlebih-lebihan seumpama Idi Amin.

Empayar ini digulingkan puak penyokong David Dacko dengan bantuan pihak tentera Perancis melalui suatu gerakan dipanggil Opération Barracuda yang berpusat dari negara Chad yang berjiranan[2] Penggulingan empayar ini dirasmikan melalui sebuah perisytiharan yang dibacakan pada jam 12:30 malam tanggal 21 September 1979. David Dacko kekal Presiden Republik ini sehingga beliau digulingkan pada 1 September tahun 1981 oleh Jeneral André Kolingba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bradshaw, Richard and Juan Fandos-Rius, Historical Dictionary of the Central African Republic (2016), m/s. 168
  2. ^ Les diamants de la trahison, Jean-Barthélémy Bokassa, Pharos/Laffont, 2006