Empayar Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Empayar Besar Korea

대한제국
(大韓帝國)
Daehan-jeguk
1897–1910
Bendera Empayar Korea
{{{coat_alt}}}
Taegeukgi Lambang Imperial
Lagu kebangsaan: Aegukga Empayar Korea
Wilayah Empayar korea
Wilayah Empayar korea
Ibu negaraSeoul
Bahasa lazimKorea
KerajaanMonarki mutlak dengan perlembagaan
Maharaja 
• 1897–1907
Gojong
• 1907–1910
Sunjong
Perdana menterib 
• 1894–1896
Kim Hongjip
• 1896–1905
Han Gyuseol
• 1906
Pak Jesun
• 1906–1910
Yi Wanyong
Era sejarahImperialisme baharu
• Empayar diisytiharkan pada
13 Oktober 1897
17 Ogos 1899
17 November 1905
1907
29 Ogos 1910
1 Mac 1919
Penduduk
• 1907
13,000,000
Mata wangWon (원;圓)
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Joseon
Pemerintahan Jepun di Korea
Kerajaan Sementara Republik Korea
a Tidak rasmi    b 총리대신 (總理大臣) kemudian ditukar nama kepada 의정대신 (議政大臣)

Empayar Korea (Korea: 대한제국, transliterasi: Daehan-jeguk, hanja: 大韓帝國; Jawi: ايمڤاير كوريا) merupakan empayar yang terdapat di Korea. Pada tahun 1897, Maharaja Gojong mengasaskan identiti baharu di Istana Gyeongungung serta menetapkan pemodenan ketenteraan, ekonomi, undang-undang hartanah, sistem pendidikan dan pelbagai industri di Korea. Pada 22 Ogos 1910, Empayar Korea diduduki oleh Jepun dan memulakan kuasa itu di Korea selama 35 tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Awal perkembangan[sunting | sunting sumber]

Kekalahan Dinasti Qing dalam Perang China-Jepun Kedua telah berhasil melepaskan Kerajaan Joseon dari campur tangan kerajaan Qing. Empayar Jepun merunding suatu perjanjian dengan utusan maharaja Qing, di mana Jepun mengambil alih pemerintahan Semenanjung Liaodong dari Qing sebagai suatu langkah mencegah peluasan Empayar Rusia ke selatan oleh saingan baru Jepun, Rusia), dan, yang lebih penting lagi iaitu cita-cita Jepun menumpaskan Korea melalui pengaruhnya. Namun, Rusia mengakui perjanjian ini sebagai perbuatan melawan kepentingannya di Timur Laut kawasan China, lalu memutuskan sekutu Perancis dan Jerman apabila mereka memengatakan bahawa Semenanjung Liaodong harus dikembalikan kepada pihak Qing. Jepun tidak berdaya melawan tekanan kuasa-kuasa asing terutamanya negara yang dianggap jauh lebih maju daripada Jepun, maka dengan demikian Jepun melepaskan tuntutannya ke atas Semenanjung Liaodong. Campur tangan ini membantu menaikkan Empayar Rusia muncul sebagai suatu kuasa hebat utama di Asia Timur lalu beransur menggantikan Qing sebagai pengaruh utama untuk menerobosi kerajaan Joseon, malah hubungan dekat dengan empayar ini juga digalakkan untuk mencegah campur tangan lanjut oleh Jepun dalam politik Joseon.

Permaisuri Min (Maharani Myeongseong), permaisuri Raja Gojong, juga mengakui perubahan ini dan secara rasminya menjalin hubungan diplomatik lebih dekat dengan Rusia untuk membendung pengaruh Jepun. Baginda mula muncul sebagai tokoh kunci dalam tingkat yang lebih tinggi dalam usaha peneutralan Joseon melawan pengaruh Jepun. Jepun, yang merasa terancam oleh tindakan baginda permaisuri, segera menempatkan duta besarnya ke Joseon, Inoue Kaoru dan Miura Goro, seorang diplomat dengan latar belakang Tentera Darat Imperial Jepun – Goro diketahui mendalangi pembunuhan Permaisuri Min pada tanggal 8 Oktober 1895, di persemayamannya di Istana Geoncheong, kamar peraduan diraja dalam Istana Gyeongbok.

Pembentukan empayar[sunting | sunting sumber]

Setelah pembunuhan Maharani Myeongseong (Permaisuri Min) oleh ronin-ronin upahan Jepun, Maharaja Gwangmu dan Putera Mahkota (kemudian menjadi Maharaja Yunghui) berlindung di kedutaan besar Rusia pada tahun 1896. Sepanjang tempoh dari kemangkatan Permaisuri Min untuk kembali raja dari perlindungan Rusia, Joseon menjalani pergolakan hebat baik di dalam maupun secara hubungan luar negerinya. Pada tahun 1894, undang-undang baru disahkan oleh golongan progresif yang pro-Jepun dalam kabinet kerajaan, memaksa melakukan reformasi untuk pengaturan sistem kehidupan masyarakat Joseon saat itu yang dinilai kuno dan mundur.

Pada tahun 1897, Raja Gojong, akibat peningkatan tekanan dari dalam dan luar negeri mengenai tuntutan Kemerdekaan Korea yang dipimpin pendapat umum, baginda kembali ke Istana Gyeongun (sekarang Istana Deoksu). Di sana, baginda mengisytiharkan berdirinya Empayar Korea (Empayar Besar Han), dan menyatakan era baru dengan nama "Gwangmu" (Hangul: 광무, Hanja: 光武; bermaksud perajurit cahaya), secara efektif memutus hubungan bersejarah Joseon sebagai protektorat Empayar Qing, yang telah berlaku sejak Penaklukan Manchu sebelum tahun 1636.

Raja Gojong mengubah namanya menjadi Maharaja Gwangmu, ketua negara Joseon pertama yang berdaulat penuh dan mandiri lalu menandakan berakhirnya kebergantungan tinggi tradisi serta kesetiaan terhadap dinasti Qing.. Status baru Korea sebagai sebuah empayar berarti "benar-benar merdeka dan mandiri dari pengaruh Qing".

Nama Daehan Jeguk, yang secara harfiah bermaksud "Empayar Besar Han" dipilih untuk menunjukkan kebangkitan semangat Konfederasi Samhan dari Proto-Tiga Kerajaan Korea dan Tiga Kerajaan Korea.[1][2] Kepentingan pengisytiharan Empayar itu, dalam pemahaman Korea tentang situasi tersebut adalah untuk menyatakan berakhirnya hubungan protektorasi Korea dengan dinasti Qing. Biasanya, penggunaan Maharaja hanya dikhaskan untuk maharaja China, Putera Syurgawi. Dinasti Korea pula telah mempertuankan dinasti China. Ketika Jepun mengalami Pemulihan Meiji, Maharaja Jepun dinyatakan sebagai sumber kedaulatan dalam pemerintahan Jepun. Setelah mendapat berita pemulihan Meiji dari Jepun, pemerintah Korea enggan mengakui perubahan tersebut. Bukan hanya mencabar keunggulan maharaja Qing China sebagai lambang negara dipertuan bagi Korea tetapi mengakui Jepun sebagai sebuah empayar juga sama maksudnya menganggap Korea sebagai sebuah empayar, dan bukan sebagai negara ufti dinasti Qing. Perubahan gelaran untuk Korea menjadi empayar hanya dapat dilakukan setelah perang China-Jepun.[3]

Penjajahan Jepun[sunting | sunting sumber]

Dalam seri Pertempuran Port Arthur pada tahun 1905, Jepun menyerang Rusia tanpa belas kasihan. Sebelumnya, Rusia dan Qing (China) ialah payung Korea dan melindunginya dari penaklukan langsung, namun akibat kekalahan Rusia dan jatuhnya China ke tangan Jepun, tinggallah Korea yang nasibnya bergantung pada belas ihsan Jepun.

Dengan berakhirnya Perang Rusia-Jepun 1904-1905 dalam kesepakatan dalam Perjanjian Portsmouth, peluang Jepun ke atas Korea semakin terbuka. Setelah menandatangani Perjanjian Protektorat tahun 1905, Korea menjadi sebuah negeri naungan Jepun dengan gabenor jeneral pertamanya ialah Itō Hirobumi. Hirobumi terkorban di Harbin setelah dibunuh seorang nasionalis bangsa Korea, Ahn Jung-geun pada tahun 1909; peristiwa ini mendorong pendudukan Jepun di Korea secara langsung pada tahun 1910.

Dasar pembaratan semasa Empayar Korea[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan pegawai dan sarjana Korea merasa sangat memerlukan pembaharuan menyeluruh negara itu, setelah lawatan pemerhatian ke negara-negara moden yang lain. Semakin banyak intelektual diberitahu tentang peradaban Barat dan menyedari akan keunggulan negara-negara kuat Eropah dan Amerika yang dimodenkan. Kemudian, golongan progresif dalam kumpulan tersebut memulakan Pembaharuan Gabo pada tahun 1894 dan para pembaharuan sederhana melaksanakan Pembaharuan Gwangmu semasa Empayar Besar Korea.

Para mubaligh Amerika, yang mempunyai hubungan dekat dengan istana raja Korea, juga membantu penyebaran budaya Barat. Di bawah kewangan dan sokongan diraja, doktor mubaligh Amerika, Horace N. Allen, memperkenalkan perubatan Barat dengan menubuhkan Gwanghyewon, yang akan menjadi Severance Hospital dan hospital gaya Barat tertua di Korea. Selain itu, para mubaligh memberikan pendidikan Barat untuk gadis Korea, yang sebelumnya telah diabaikan daripada sistem pendidikan.

Pembaharuan Gwangmu[sunting | sunting sumber]

Pembaharuan Gwangmu bertujuan untuk memodenkan dan membaratkan Korea sebagai permulaan awal dalam revolusi industri. Undang-undang pertama yang dikuatkuasakan oleh negara baru itu ialah Undang-Undang Berat dan Ukuran 1897 yang mempiawaikan pelbagai sistem berat dan ukuran tradisional Korea.[4] Pada tahun yang sama, projek tinjauan kadaster dilancarkan oleh kerajaan Gwangmu, yang bertujuan memodenkan sistem pemilikan tanah. Untuk menggunakan kaedah tinjauan Barat, juru ukur Amerika disewa. Setelah tinjauan, judul harta tanah, "Jigye", yang menunjukkan ukuran tanah yang tepat, seharusnya dikeluarkan oleh pihak berwenang yang bersangkutan. Pembaharuan itu terkait erat dengan pembaharuan sistem pajak tanah, yang dilakukan di bawah pimpinan Yi Yong-ik, yang juga melakukan pembaharuan kewangan di Korea. Projek ini terganggu kerana Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904–1905, setelah menyelesaikan sekitar dua pertiga daripada keseluruhan tanah.

Pada masa itu, infrastruktur bandar moden juga dibina oleh kerajaan Gwangmu. Pada tahun 1898, maharaja membenarkan penciptaan usaha sama dengan ahli perniagaan Amerika. Oleh itu, Syarikat Elektrik Hanseong, yang mengendalikan rangkaian lampu elektrik awam dan sistem trem elektrik didirikan. Syarikat Mata Air Segar Seoul juga mempunyai hubungan dengan Amerika. Pada tahun 1902, enam tahun selepas pengenalan telefon pertama di Korea, telefon awam jarak jauh pertama dipasang di negara itu.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 이기환 (30 August 2017). "[이기환의 흔적의 역사]국호논쟁의 전말…대한민국이냐 고려공화국이냐". 경향신문 (dalam bahasa Korea). The Kyunghyang Shinmun. Dicapai pada 2 July 2018.
  2. ^ 이덕일. "[이덕일 사랑] 대~한민국". 조선닷컴 (dalam bahasa Korea). Chosun Ilbo. Dicapai pada 2 July 2018.
  3. ^ Seth, Michael J (2010). A History of Korea: From Antiquity to the Present. Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 225. ISBN 978-0742567160.
  4. ^ Jo, Gye Wen (6 November 2006), "Does Metric System Measure Up?", dalam Rakove, Daniel (penyunting), The Hankyoreh, Seoul: Hankyoreh Media Co.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]