Eskatologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eskatologi (dari bahasa Yunani ἔσχατος, Eschatos yang bererti "terakhir" dan -logi yang bererti "kajian mengenai") adalah bahagian daripada teologi dan falsafah yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa pada masa depan dalam sejarah dunia, atau nasib akhir seluruh umat manusia, yang biasanya dirujuk sebagai kiamat (akhir zaman). Dalam mistisisme, ungkapan ini merujuk secara metafora kepada akhir bagi realiti biasa, dan kesatuan kembali dengan Ilahi. Dalam banyak agama tradisional, konsep ini diajarkan sebagai kejadian sesungguhnya pada masa depan yang diramalkan dalam kitab suci atau cerita rakyat. Dalam pengertian yang lebih luas, eskatologi dapat boleh merangkumi konsep-konsep berkaitan seperti, contohnya Era Mesianik atau Al Masih, akhir zaman, dan hari-hari terakhir.

Perkataan Yunani αἰών (aeon), yang bermaksud "abad" (konotasi "zaman"), dapat diterjemahkan sebagai "akhir suatu masa (atau tempoh sejarah[1])" dan bukan "akhir dunia". Perbezaan masa ini juga mempunyai kepentingan teologi; manakala akhir zaman dalam tradisi-tradisi mistik berkaitan dengan kelepasan bagi penjara realiti "yang ada", sebahagian agama percaya dan mengkhuatirkannya sebagai kemusnahan harfiah bagi bumi kita (atau semua makhluk hidup yang ada) – manakala umat manusia bertahan dalam suatu bentuk yang baru, sehingga mengakhiri "zaman" kewujudan yang ada sekarang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Achtemeier, P. J., Harper & Row, P., & Society of Biblical Literature, Harper's Bible Dictionary, San Francisco: HarperCollins Publishers, 1985, ISBN, s.v. "eschatology"

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Doomsday Templat:Time in religion and mythology Templat:Theology