Gemilang (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Gemilang)
Jump to navigation Jump to search
Gemilang
Gemilang 03.jpg
PengarahYusof Haslam
PenerbitYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Dibintangi olehErra Fazira
Hans Isaac
Ning Baizura
PengedarSkop Productions Sdn Bhd
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Filem Gemilang mula ditayangkan pada tahun 1997.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem Gemilang merupakan cerita mengenai Julia, seorang model, pelakun dan penyanyi terkenal. Julia berada di puncak populariti. Ramai yang meminatinya, termasuk boss syarikat rakaman Julia, Encik Razlan. Yang lebih merisaukan, ada juga yang membencinya.

Selepas satu pertunjukan pada satu malam, Julia telah mendapat surat ugutan. Dia resah dan keliru akan niat orang yang menghantarnya. Pada keesokkan harinya, sewaktu pulang dari penggambaran filem, dia telah diserang oleh sebuah van yang melanggar keretanya dari belakang sehingga keretanya terbabas melanggar pokok. Nasib baik Julia hanya mendapat kecederaan ringan sahaja.

Bila Encik Razlan mendapat tahu mengenainya, dia telah mengupah seorang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Julia. Walaupun keberatan menerimanya, Julia terpaksa akur kerana dia juga bimbang akan keselamatan dirinya. Namun begitu, pengawal peribadi tersebut tidak dapat menghalang penyerang misteri itu dari melakukannya sekali lagi. Kali ini Julia terpaksa lari melepaskan diri apabila diserang. Julia selamat apabila dia berjumpa dengan seorang lelaki bernama Yusry. Yusry telah berjaya menghalau penjahat yang menyerangnya.

Berikutan peristiwa itu, Julia tidak mahu lagi perkhidmatan pengawal peribadi tersebut. Dia menawarkan Yusry menjadi pengawal peribadinya yang baru. Kerana bayaran yang lumayan yang ditawarkan oleh Julia, Yusry menerima. Dari situ, Yusry mengikut Julia ke mana sahaja sebagai bodyguard. Bila Yusry diperkenalkan kepada Rita, rakan artis Julia, Rita telah jatuh hati kepada Yusry. Rita mencuba berbagai taktik untuk menarik perhatian Yusry tetapi Yusry tidak membalasnya. Tetapi Rita telah berjaya menaikkan perasaan cemburu Julia.

Perasaan cemburu bukan sahaja pada Julia. Encik Razlan juga cemburu pada Yusry yang dia anggap merampas kasih Julia darinya dan dia cuba memikat Julia. Julia semakin keliru dan pening dengan keadaannya, terdesak dari perbuatan Razlan, terkilan dengan Yusry dan Rita, dan masih dijejak oleh orang misteri yang menghantui hidupnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Ning Baizura
  2. Erra Fazira
  3. Hans Isaac
  4. Jalaluddin Hassan
  5. Roy Azman
  6. A. Galak ...
  7. Shaharon Anuar
  8. Yang Kassim
  9. Latiff Borgiba
  10. Kumpulan Mercury

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
    1. Skor Muzik Terbaik - Johari Teh

Pautan luar[sunting | sunting sumber]