Filem Kacha Permata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kacha Permata
Filem Kacha Permata.jpg
PengarahDato' Haji Jamil Sulong
PenerbitVee Meng Shaw
(Malay Film Productions Ltd)
PenulisLakon layar: Jamil Sulong & S. Sudarmadji
Dibintangi olehJins Shamsuddin, Rosnani Jamil, Haji Mahadi
Muzik olehYussof B
SinematografiA. Bakar Ali
Mustafa Yassin
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
PengedarShaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
1966
Tempoh tayangan
100 minit
NegaraSingapura & Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bagi buku, lihat Buku Kaca Permata.

Filem Kacha Permata merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1966. Filem Kacha Permata diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Kacha Permata mula ditayangkan pada 1966 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Datin Hajah Rosnani Jamil, Dato' Ahmad Daud dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Kacha Permata diarahkan oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1966.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Halim (Haji Mahadi) seorang pengurus kilang bateri jenama Eveready. Mempunyai seorang isteri, Rokiah (Habsah Buang) dan seorang anak lelaki yang bernama Hamzah (Jins Shamsuddin). Konflik bermula selepas Hamzah berkenalan dengan Laili (Rosnani Jamil). Laili bekerja sebagai pelayan di kelab malam. Halim tidak menyukai anaknya bercinta dengan Laili yang tidak setaraf darjat dengan keturunannya. Hamzah tetap berkeras hati sehingga menyebabkan Halim menarik semua kemewahan yang telah diberikan kepadanya sejak kecil. Namun begitu, Hamzah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Laili. Selepas berkahwin, Laili menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Mereka berdua tinggal di kawasan perkampungan setinggan di Singapura. Hamzah gigih untuk mencari kerja sehingga dia diambil bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan.

Halim masih tidak berpuas hati dengan pemergian Hamzah hanya kerana cintanya terhadap Laili yang tidak direstuinya. Dia bersama pembantunya, Ibrahim (Kemat Hassan) mengupah Bakar (Kuswadinata) untuk merosakkan rumahtangga Hamzah dan Laili. Percubaan pertamanya ialah, Bakar telah berkunjung ke rumah Laili, ketika itu Hamzah baharu sahaja keluar dari rumah untuk pergi kerja. Hal ini dipandang serong oleh Kak Timah (Aini Jasmin) yang merupakan penduduk di dalam kampung tersebut. Sementara iti di dalam rumah, Bakar telah berbohong kepada Laili yang mengatakan barang kemas dan sejumlah wang diberikan kepada mereka berdua dari ibu Hamzah. Laili terpedaya dengan beranggapan ibu bapa Hamzah sudah merestui perhubungan mereka. Selepas habis bekerja, Hamzah mendapati Laili tiada di rumah. Ketika itulah, Kak Timah menceritakan perangai Laili yang membawa masuk seorang lelaki ketika ketiadaan Hamzah si rumah. Hamzah pada mulanya tidak mengendahkan tuduhan jirannya itu tetapi dia menjadi cemburu selepas ternampak akan barang kemas dan sejumlah wang yang disimpan di dalam laci. Laili pada mulanya dimarahi oleh Hamzah kerana membawa laki masuk ke dalam rumah dan diberikan upah kerana terhdap layanan kepada pelanggannya. Tetapi Laili sempat menjelaskan siapakah yanga memberikan barang kemas dan sejumlah wang tersebut. Hamzah menegaskan kepaa Laili agar jangan menerima apa jua hadiah yang datangnya dari keluarganya.

Beberapa hari kemudian, Bakar datang lagi ke rumah Hamzah untuk bertemu dengan Laili dan memberikan lagi sejumlah wang. Tiba-tiba Hamzah yang baharu pulang dari bekerja terus menumbuk muka Bakar dan menghina kepada isterinya. Laili berasa sungguh diceraikan kerana Hamzah bertekad untuk menceraikan Laili sedangakn dia tidak bersalah.

Selepas di halau oleh Hamzah, Laili mengambil keputusan untuk pukang ke kampung semula. Manakala Hamzah pula kembali ke pangkuan ibu bapanya yang tinggal di ibu kata Singapura. Beberapa bulan kemudian, Hamzah berkahwin buat kali kedua dengan gadis pilihan ibu bapanya. Sementara Laili pula selamat melahirkan seorang anak lelaki dan dinamakan Osman (Ahmad Daud). Beberapa bulan selepas itu, isteri kedua Hamzah pula menanti hari untuk bersalin. Tetapi pada masa tersebut, dia ada terdengar perbualan di antara Bakar dan ayahnya mengenai Laili. Tanpa berlengah masa, Hamzah dengan pantas mengugut Bakar untuk menjelaskan satu persatu apakah yang dirahsiakan selama ini dari pengetahuannya. Selepas Bakar menjelaskan mengenai Laili tidak bersalah tetapi dia yang diberi upah untuk merosakkan rumahtangga Laili dan Hamzah.

Hamzah yang berang dengan tindakan ayahnya terus meninggalkan gudang untuk mencari Laili. Tetapi sayangnya hanyalah sia-sia kerana Laili sudah berpindah keluar dari kota Singapura setahun yang lalu. Di dalam perjalanan, Hamzah yang membawa kenderaan secara melebihi had laju telah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang menyebabakan dia disahkan meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke hospital. Pegawai polis telah datang ke rumah orang tua Hamzah untuk memaklumkan mengenai hal tersebut. Isterinya sungguh terkejut mengenai pemergian suaminya hinggakan dia tergelincir di tangga rumah yang menyebabkan dia juga mati ditempat kejadian. Anak yang selamat dilahirkan itu dinamakan sebagai Omar (Jins Shamsuddin)

Keadaan Osman dan Omar dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Osman dibesarkan di kawasan pedalaman yang biasa dengan kehidupan yang sederhana. Manakala Omar dibesarkan dengan serba kemewahan dan kehidupan yang sama seperti Hamzah semasa kecil dahulu. Datuknya kerap kali memanjakan Omar sehinggakan Omar menjadi seorang lelaki yang hidup berfoya-foya, kurang beradap dengan orang lebih tua dan seorang yang pemalas belajar dan bekerja. Sementara di kampung pula, Laili yang miskin tidak dapat menyekolahkan Osman kerana perbelanjaan yuran yang tinggi. Osman mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar di kota Singapura. Dia bercadang untuk bekerja di siang hari dan belajar pula di malam hari. Pada mulanya ibunya tidak bersetuju dengan hasrat Osman tetapi demi menginginkan anaknya berjaya, Laili merelakan jua.

Dengan takdir Allah, Osman berjaya mengisi kekosongan jawatan akauntan di kilang Halim. Dia ditugaskan bekerja dibawah Omar. Halim dan Ibrahim tidak menyedari yang Osman sebenarnya ialah anak kandung kepada Hamzah. Osman bekerja dengan sempurna dan memberikan komitmen yang baik. Dengan pendapatan yang diperolehinya dia mampu menyewa sebuah rumah dan menampung yuran pembelajarannya di kota itu. Osman menjemput Laili, ibu Azizah dan Azizah (Zaiton) untuk datang ke Singapura. Suatu hari, Halim membuat audit mengejut pada bahagian akauntasi syarikat. Disitu dia mendapati ada ketirisan wang sayrikat yang telah dikeluarkan secara drastik. Osman hanya memberitahu semua wang tersebut dikeluarkan di atas kelulusan dari Omar. Halim menjadi marah di atas tindakan cucu kesayangannya yang dianggap tidak boleh di harap untuk memajukan syarikat. Omar digantung tugas sebagai penolong pengurus, hanya Halim sahaja yang boleh melakukan pengeluaran wang syarikat.

Omar menjadi berang dengan tindakan Osman, lalu dia memberhentikan kerja Osman beserta notis 24 jam dan dibayar gaji untuk tempoh 3 bulan. Osman hanya menurutkannya sahaja. Hal ini akhirnya diketahui oleh Halim kerana Omar telah berbohong kepada datuknya dengan menyatakan Osman yang ingin berhenti kerja secara rela. Halim mengarahkan Ibrahim untuk mencari Osman kerana dia mahu menaikkan pangkat kepada Osman di atas prestasi kerjanya yang cemerlang. Ibrahim terus pergi ke rumah Osman, disitu dia ternampak akan potret Laili di dinding rumah Osman. Osman memberitahu perempuan itu ialah ibunya. Ibrahim sungguh terkejut dan dia mula merancang sesuatu untuk menjatuhkan Osman di mata Halim. Setibanya di pejabat, dia berjumpa pula dengan Omar dan menceritakan siapakah Osman yang sebenarnya. Omar sungguh gembira kerana tiba masanya dia mampu membersihkan namanya semula. Mereka berdua merancang untuk membunuh Osman pada malam hari selepas dia pulang dari sekolah malam. Mereka ingin membakar sebahagian gudang dan ingin menuduh Osman yang melakukan pembakaran kerana ingin membalas dendam apa yang telah dilakukan oleh Halim terhadap ibunya, Laili. Kemudian, usaha pemadaman kebakaran akan dilakukan oleh Omar dan Ibrahim. Dengan itu, Halim akan memuji tindakan Omar yang mulia itu. Tetapi sayangnya, perancangan mereka berdua telah diketahui oleh setiausa peribadinya.

Dengan pantas, dia pergi ke rumah Osman dan menceritakan kepada Laili, ibu Azizah dan Azizah yang mana Omar dan Ibrahim akan melakukan khianat terhadap Osman. Laili sungguh tidak menyangka yang selama ini, anaknya bekerja dengan Halim yang kejam itu. Mereka berempat terus pergi ke rumah Halim untuk memberitahu perkara sebenarnya agar Osman dapat diselamatkan. Pada mulanya, Halim tidak mempercayai yang Osman adalah anak Hamzah dan Laili tetapi setelah dipujuk dan diterangkan baharulah dia tersedar akan kesilapan silamnya. Rokiah juga menyalahkan suaminya kerana terlalu memanjakan Omar sehinggakan Omar sudah mencontengkan arang ke muka mereka.

Akhirnya, mereka semua bersepakat untuk pergi ke gudang sebelum terlambat. Ketika tiba disitu, Halim berjaya menangkap Ibrahim dan meleraikan pergaduhan di antara Osman dan Omar. Walaupun Omar berjaya dilemahkan, Osman bingkas mencapai gas pemadam api kebakaran untuk memadamkan kebakaran di sebahagian gudang sebelum api menjadi marak ke tempat lain. Halim begitu kecewa dengan Omar dan Ibrahim. Ibrahim dihukum berhenti kerja serta merta manakala Omar pula diarahkan untuk menyambung semula pelajarannya sehingga berjaya kemudian baharulah dia diterima bekerja semula dengan Halim. Osman pula dinaikkan pangkat menjadi pengurus yang baharu menggantikannya kerana telah uzur. Pada mulanya Laili tidak mahu anaknya di bekerja lagi dengan Halim namun setelah dipujuk oleh Rokiah baharulah dia merelakan jua. Di akhir penceritaan, Omar memeluk erat tubuh abangnya dan meminta maaf di atas ketelanjuran tersebut. Mereka semua kini berdamai dan hidup aman bahagia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]