From Saga With Love

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
From Saga With Love
GenreRomantik, komedi
PenciptaLina Tan
Ditulis oleh
  • Rafidah Abdullah
  • Hadi M. Nor
  • Shamaine Othman
  • Suzanne Ong
  • Azhar Amirulhisyam
PengarahUmi Salwana Omar
Dibintangi oleh
Lagu penutup"Cin-Ta" oleh Amir Jahari
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan musim2
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Imillya Irwani Roslan (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
Penerbit
  • Lina Tan
  • Zaim Zakki (penyelaras)
  • Azhar Amirulhisyam (penyelaras)
PenyuntingLim Soo Ching
Lokasi
SinematografiHarris Hue Abdullah
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran25–30 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 September 2023 – 19 Oktober 2023
Pautan luar
Laman sesawang

From Saga With Love ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan bersama Umi Salwana Omar dengan skrip oleh Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor, Shamaine Othman, Suzanne Ong, dan Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan Fimie Don, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu dari 21 September sehingga 19 Oktober 2023 dengan dua episod baharu disiarkan pada setiap Khamis.[1][2][3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2023)[sunting | sunting sumber]

Karma, seorang pempengaruh yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi pempengaruh terkenal membuatkannya tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara di Saga.

Musim 2 (2024)[sunting | sunting sumber]

Musim kedua akan berkisarkan tentang persahabatan dan percintaan Karma dan Sham yang bakal diuji dengan dugaan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

From Saga With Love diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022.[7] Tajuk asal drama ini ialah Dear Karma, sebelum ditukar kepada From Saga With Love. Penggambaran dijalankan di Saga, yang terletak di utara Pulau Kyushu, Jepun. Ia merupakan drama Melayu pertama yang menjalani penggambaran di Saga, dengan bantuan Suruhanjaya Filem Saga.[8][9] Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Sophia Albarakbah selepas Devoted (2019).

Ia telah diumumkan pada Februari 2024 bahawa From Saga With Love akan disambung untuk musim kedua.[10]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

From Saga With Love memulakan tayangan perdana di Viu bermula 21 September 2023 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1] Ia juga disiarkan di Sensasi setiap Khamis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "From Saga With Love". My Infotaip. 21 September 2023. Dicapai pada 22 September 2023.
  2. ^ "From Saga With Love, Kisah Komedi Romantik Dari Malaysia Hingga Ke Jepun!" (Kenyataan Media). Viu. 14 September 2023. Dicapai pada 22 September 2023.
  3. ^ Syukri Ridhwandy (21 September 2023). "Viu Malaysia Kembali Dengan Karya Original Baru, Berlatar Belakangkan Jepun. Wajib Tonton!". Ohmedia.my. Dicapai pada 23 September 2023.
  4. ^ "Saga With Love". aimanabdullah.com.
  5. ^ Affan Rostam (22 September 2023). "Sukar percaya orang lain, Siti Khadijah urus kerjaya sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2023.
  6. ^ "Sophia terbuka ditemani sesiapa". 1 September 2023. Dicapai pada 22 September 2023.
  7. ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). "Viu Malaysia Umum 5 'Viu Original' Untuk Tahun 2023 Termasuk 'Nenek Bongkok Tiga'". Getaran. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  8. ^ "Komedi Romantis Terbaru Viu Original – From Saga with Love" (Kenyataan Media). Viu. 30 Ogos 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
  9. ^ Budiey (22 September 2023). "Tentang Drama Bersiri Viu Original From Saga With Love, Jom Baca Sinopsis!". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 September 2023.
  10. ^ ""Bakal Ada Sequel?" - Drama Bersiri From Saga With Love Lari Dari Klise Drama Melayu". Rileklah. 21 Februari 2024. Dicapai pada 1 April 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]