Amir Jahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amir Jahari
Nama lahir Mohamad Amirullah bin Jahari
Kelahiran (1992-05-31) 31 Mei 1992 (umur 25)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Genre Pop, akustik
Pekerjaan Penyanyi, pemuzik, penulis lagu
Instrumen Vokal, gitar
Tahun aktif 2011–kini
Syarikat rakaman Kasi Gegar Entertainment
Kegiatan berkaitan Aizat Amdan, Go Gerila, The Amir Jahari Project
Laman sesawang www.amirjahari.com

Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainmemt (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.

Biografi[sunting | sunting sumber]

2011-2012: Kejayaan komersial awal[sunting | sunting sumber]

Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau hanya bertahan selama tiga minggu dalam akademi apabila konsert minggu ketiga dia digugurkan bersama seorang lagi pelajar AF9 iaitu Ayda Jebat melalui Operasi Gugur disebabkan tiada peningkatan prestasi dalam persembahan mereka selama tiga minggu konsert AF9 berlansung.

2013-kini: Album pertama dan projek muzik[sunting | sunting sumber]

Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah.

Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.

Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari. [1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Kartini Ismail pada Oktober 2013 dan dikurniakan seoranng anak perempuan bernama Nur Izzah Amaani. [2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Ingga (2016)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amir Jahari perkenal lagu loghat Sarawak Nor Azurin Ali. Kosmo!. Diakses pada 7 Ogos 2016.
  2. ^ Farhana Ab. Rahman (30 Julai 2015). Bukan mudah jadi bapa pada usia 23 tahun - Amir Jahari BH Online. Diakses pada 7 Ogos 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]