Lina Tan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Tan.
Lina Tan
KelahiranTan Suan Jeu
1967 (umur 51–52)
Melaka, Malaysia
PendidikanKomunikasi massa
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPenerbit televisyen/filem, pengasas Red Communications
Tahun aktif1999–kini

Lina Tan Suan Jeu, juga dikenali sebagai Lina Tan (lahir 1967) merupakan seorang penerbit televisyen dan filem Malaysia dan merupakan pengasas Red Communications. Karyanya boleh dilihat di beberapa rangkaian televisyen seperti TV3 dan ntv7. Beliau telah bekerja di syarikat penerbitan di Malaysia dan Singapura, dan telah menerbitkan antara lain, Disney Channel dan AXN.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lina Tan dilahirkan pada 1967 di Melaka kepada ibu bapa berketurunan Cina Peranakan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di Infant Jesus Convent.[1] Pada 1991, beliau berkelulusan komunikasi massa di Universiti Sains Malaysia (USM).[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menubuhkan Red Communications pada 1999, di mana beliau telah menerbitkan dan mengarahkan banyak iklan dan program TV tempatan. Antaranya ialah 3R (Respek, Relaks, Respon), satu siri yang memberi tumpuan kepada isu-isu wanita, yang memenangi Program Infotainmen Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2002. Profil Seni, dokumentari mengenai seni persembahan di Malaysia, memenangi Dokumentari TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005, dan Filem Dokumentari Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun 2006.[1]

Pada 2004, Tan menubuhkan Redfilms yang mengkhususkan kepada penerbitan filem cereka, di mana beliau menerbitkan filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly lakonan Fazura. Filem lain yang mana Tan merupakan penerbitnya ialah KAMI the Movie (2008) dan Pisau Cukur (2009), dan Istanbul Aku Datang!.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lina disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 pada pertengahan 2013 dan telah menjalani pembedahan membuang kanser serta menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali.[2] Dalam temuramah bersama mSTAR Online, Lina berkata beliau telah pulih sepenuhnya dari kanser payudara dan banyak mengamalkan cara hidup sihat: "Sejak bebas daripada penyakit ini saya banyak menjalani kehidupan yang sihat dan sering bergembira. Paling penting ialah kurangkan stres dan perkara yang membuatkan kita tertekan seperti terlalu fikir soal kerja".[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Nick Choo (10 June 2010). "Segregation drives me nuts - Lina Tan". The Nut Graph. Dicapai 11 Januari 2015. 
  2. ^ "Lina Tan pilih rawatan kemoterapi buang kanser payudara". Malaysian Digest. 18 Oktober 2013. Dicapai 11 Januari 2014. 
  3. ^ Kemalia Othman (11 Ogos 2015). "Kanser payudara Lina Tan pulih melalui kemoterapi". mSTAR Online. Dicapai 11 Ogos 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]