Laksamana Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Laksamana Besar (bahasa Inggeris Grand Admiral) ialah sejenis pangkat tentera laut yang bersejarah, secara umumnya menjadi pangkat tertinggi bagi negara-negara tertentu. Negara yang paling terkenal menggunakannya ialah Jerman — Bahasa Jerman ialah Großadmiral (Grossadmiral).

Perancis[sunting | sunting sumber]

Di era Pemulihan Bourbon Perancis, pangkat ini (dalam Bahasa Perancis, Amiral de France) adalah jenis kehormat yang setaraf dengan Marsyal Perancis didalam Tentera Darat Perancis.

Jerman & Austria-Hungary[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Laut Imperial Jerman, dan kemudian dalam Kriegsmarine, pangkat Großadmiral adalah setara dengan Laksamana Armada British atau Laksamana Armada Amerika; sebagai pangkat lima bintang (OF-10). Seperti Fil Marsyal, penyandangnya dibenarkan membawa baton.[1] Ia telah diwujudkan pada tahun 1901 dan akhirnya dihentikan pada tahun 1945; terdapat 7 orang dinaikkan ke pangkat tersebut.

Di Austria-Hungary Anton Haus, Panglima Tentera Laut Austria-Hungary semasa Perang Dunia I, telah diberi gelaran Großadmiral pada tahun 1916. Tiada pegawai aktif lain, melainkan ahli Keluarga Imperial, yang pernah diberikan pangkat ini:; walaupun pengganti terdekat Haus, iaitu Maximilian Njegovan, dinaikkan pangkat ke Laksamana Besar dalam senarai bersara pada tahun 1918.

Rencana utama: Grossadmiral

Itali[sunting | sunting sumber]

Pangkat Laksamana Besar (dalam Bahasa Itali, grande ammiraglio) telah diwujudkan oleh Benito Mussolini pada tahun 1924. Ia telah dibuat khas untuk Paolo Thaon di Revel, yang telah menjadi ketua Regia Marina Itali semasa Perang Dunia I — beliau merupakan satu-satunya orang yang dikurniakan pangkat tersebut. Ia setaraf dengan Marsyal Itali dalam tentera darat dan juga Marsyal Tentera Udara.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Pangkat Laksamana Besar juga pernah muncul dalam cereka sains fiksyen, terutamanya dalam filem Star Wars. Tentera Galactic Empire mempunyai 14 Laksamana Besar. Grand Admiral Thrawn, dari Trilogi Thrawn Timothy Zahn dan novel lain, merupakan satu watak sains fiksyen yang menyandang pangkat tertinggi tentera laut berkenaan. Laksamana Besar terakhir yang dilantik ialah Gilad Pellaeon, yang pernah berkhidmat dibawah Thrawn, sebagai pemerintah tertinggi dan ketua negara Bekas Imperial.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Times, 1 January 1901.