Geografi Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia. Pada tahun 2000, kepadatan penduduk Perak adalah 2.03 juta orang. Secara purata, Perak mencatatkan kadar kenaikan penduduk sebanyak 0.9% setahun. Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celsius, serta kelembapan melebihi 82.3% serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. Bukit Larut merupakan tempat yang paling lembap di Malaysia dengan lebih kurang 5080 mm.

Hampir separuh keluasan Perak diliputi dengan hutan iaitu seluas 10,713 km persegi di mana 95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah hutan paya bakau. Negeri Perak juga dikenali sebagai Bumi Bertuah, dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Perak terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kampar. Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Batu Gajah dan Teluk Intan.