Hilir Perak
Beberapa bahagian daripada rencana ini (yang berkaitan dengan Info lama tentang Bagan Datuk) perlu dikemas kini. |
![]() Daerah Perak Darul Ridzuan | |
Hilir Perak | |
Pejabat daerah | Teluk Intan |
---|---|
Pegawai daerah | Shahrunaim Radzali[1] |
Kawasan | |
- Jumlah | 792.07[2] km² |
Populasi | |
- Anggaran 2015[3] | 144400 |
- Banci 2010 | 128179 |
- Kepadatan | /km² |
Kod panggilan daerah | +6-05 |
Poskod daerah | 36000+36700 |
Awalan plat lesen | A |
Info Daerah[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak sempadan dengan Bagan Datuk di sebelah selatan dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Kerajaan tempatan yang mentadbir di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Keluasan[sunting | sunting sumber]
Luas Hilir Perak ialah 166,306 Ha (415,766 Ekar) iaitu keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan
Mukim[sunting | sunting sumber]
Daerah Hilir Perak terbahagi kepada sembilan buah mukim :
Bandar dan pekan:
- Bandar Teluk Intan
- Pekan Batak Rabit
- Pekan Chikus
- Pekan Degong
- Pekan Jenderata
- Pekan Langkap
- Pekan Simpang Tiga
- Pekan Sungai Sumun
Guna Tanah[sunting | sunting sumber]
Keluasan tanah yang diusahakan untuk pertanian ialah seluas 127,000 Hektar yang merupakan 77% daripada keseluruhan luas kawasan Daerah Hilir Perak. Daripada luas kawasan tersebut, seluas 75,600 Hektar atau 59.5% adalah kepunyaan Estet manakala 51,400 Hektar adalah kepunyaan pekebun kecil. Daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbesar yang ditanam dengan Kelapa Sawit dan Koko/Kelapa iaitu masing-masing 65.5%, 15.2% dan Kelapa Kelapa seluas 8%.
Penduduk[sunting | sunting sumber]
Unjuran penduduk di daerah ini pada tahun 2010 ialah 230 000 orang dan separuh darinya merupakan populasi bandar Teluk Intan.
Ekonomi[sunting | sunting sumber]
Sektor pertanian, perikanan serta pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi daerah Hilir Perak. Terdapat perancangan untuk mewujudkan industri penapisan petroleum serta perindustian bijih besi di Rungkup, Bagan Datoh dimana peroleum yang dihantar melalui kapal tangki akan ditapis dan disalurkan menggunakan paip ke Kelantan dan kapal tangki yang lain akan mengambil petroleum tersebut.
Pusat Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Pada Januari 2016, Bagan Datuk telah diisytiharkan sebagai daerah kecil otonomi Perak dan kemudian pada 15 Jun 2016, Bagan Datoh dibentuk menjadi sebuah daerah baru bersama-sama dengan Hutan Melintang, memecahnya dari Hilir Perak. Bagaimanapun Teluk Intan kekal bertanggungjawab untuk kerja-kerja perbandaran di daerah itu.
Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran daerah Hilir Perak dan merupakan salah satu Pusat Separa Wilayah Negeri selain Taiping dan Manjung-Setiawan-Lumut. Lebih 50 buah jabatan-jabatan kerajaan dan berkanun yang dianggotai lebih kurang 8,000 orang kakitangan bertempat di Teluk Intan.
Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak[sunting | sunting sumber]
Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, merupakan nadi Pusat Pentadbiran Daerah yang bertanggungjawab keseluruhannya dalam hal-hal pentadbiran am daerah, perayaan-perayaan rasmi, perancangan dan penyelarasan projek-projek pembangunan, perlaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tanah. Pentadbir utama daerah adalah Pegawai Daerah Hilir Perak dan penguatkuasaan serta pentadbiran tempatan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan yang menyelaraskan perancangan, pengesanan dan perlaksanaan projek-projek bagi keseluruhan daerah.
Pusat-Pusat Tumpuan[sunting | sunting sumber]
Kebanyakkan pusat tumpuan tertumpu di bandar Teluk Intan dan sebahagiannya pula terletak di bandar-bandar yang lain iaitu Langkap, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.
Membeli-belah[sunting | sunting sumber]
Antara kawasan membeli-belah yang utama di daerah ini:
- Rapid Mall (Tesco Hypermarket)
- The Store, Teluk Intan
- Medan Intan (Billion Superstore)
- Kompleks Menara Condong, Teluk Intan
- Kompleks Aik Aik, Teluk Intan
- TF Value Mart, Teluk Intan
- Billion Hutan Melintang
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Antara pusat pendidikan yang popular di daerah Hilir Perak:
- UiTM Kampus Perubatan Cawangan Teluk Intan
- Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Perubatan Cawangan Teluk Intan (dalam proses pembinaan)
- Kolej Komuniti Teluk Intan
- UiTM Bagan Datoh (dalam perancangan)
- Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan (KVPTI)
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan San Min
- Sekolah Menengah San Min (Suwa)
- Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
- SMK Convent Teluk Intan
- SMK Seri Perak, Teluk Intan
Restoran dan Cafe[sunting | sunting sumber]
Antara restoran dan cafe yang popular di dapati di daerah Hilir Perak:
- McDonald's Teluk Intan
- KFC Teluk Intan
- KFC Pandu-lalu Teluk Intan
- Pizza Hut Teluk Intan
- Sushi King Teluk Intan
- MarryBrown Teluk Intan
- OldTown White Coffee
- Secret Recipe
- Restoran Mastan Ghani
Kesihatan[sunting | sunting sumber]
- Hospital Teluk Intan
- Hospital Pakar Anson Bay
- Pusat Pakar Rajindar Singh
- Klinik Kampus Perubatan UKM Cawangan Teluk Intan
- Medifa Care (Jururawat Bergerak Ke Rumah)
Pelancongan[sunting | sunting sumber]
Antara kawasan pelancongan di daerah Hilir Perak:
- Menara Condong Teluk Intan
- Bekas Istana Raja Muda
- Batu Bertenggek Perang Dunia Pertama
- Bangunan-bangunan era British
- Kawasan kemalangan pertama kereta api di Malaysia
Penginapan[sunting | sunting sumber]
Antara hotel-hotel yang popular di daerah ini:
- Hotel Grand Court, Teluk Intan
- Hotel Anson, Teluk Intan
- Hotel Angsoka, Teluk Intan
- Hotel G-City, Teluk Intan
- Rumah Rehat Teluk Intan
- ^ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Teluk Intan - Direktori Pegawai". pdttelukintan.perak.gov.my.
- ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-01-19. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-01-19. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)