German Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
German Cross warna Emas
German Cross warna Perak
Dua jenis darjah German Cross

German Cross atau Salib Jerman (Jerman: Deutsches Kreuz) telah dizahirkan oleh Adolf Hitler pada 28 September 1941. Ia telah dikurniakan dalam dua bahagian: emas untuk kelakuan berulang kali keberanian atau pencapaian dalam pertempuran; dan perak untuk khidmat perang cemerlang bukan tempur. German Cross in Gold berada lebih tinggi dari Iron Cross Kelas Pertama tetapi dibawah Knight Cross of the Iron Cross, manakala German Cross in Silver berada lebih tinggi dari War Merit Cross Kelas Pertama berserta Pedang tetapi dibawah Knight Cross of the War Merit Cross berserta Pedang.

Bahagian[sunting | sunting sumber]

German Cross telah dikeluarkan dalam dua bahagian: emas dan perak (warna pada kalungan bunga yang mengelilingi swastika), yang pertama dikurniakan untuk kelakuan berulang kali keberanian atau pencapaian cemerlang berulang kali dalam pertempuran, yang kedua pula dikurniakan untuk pelbagai khidmat cemerlang dalam kerja-kerja peperangan dan dianggap sebagai kesinambungan daripada War Merit Cross berserta Pedang. German Cross tersebut adalah unik kerana bahagian emas dan perak dianggap sebagai anugerah berasingan tetapi tidak boleh dipakai secara serentak. Bagaimanapun, gambar para penerima memakai kedua-dua darjah memang wujud (lihat Odilo Globocnik dan Dr. Paul Meixner).

Rupa bentuk[sunting | sunting sumber]

Darjah pengurniaan ini berbentuk lencana bintang pecah lapan serta mengandungi lambang swastika ditengahnya (dalam bahasa Jerman, Hakenkreuz, "hooked cross" (salib cangkuk), yang memberikan anugerah itu namanya "German cross"). Ia mempunyai diameter 6.5 cm dan dipakai pada poket sebelah kanan pakaian seragam. Jika penerima sudah menerima kedua-dua jenis perak dan emas, hanya jenis emas yang akan dipakai.

German Cross in Gold (jenis kain)

Hanya jenis emas yang terdapat dalam bentuk kain, yang dipermudahkan untuk dipakai pada uniform tempur; Jeneral Helmuth Weidling memakai jenis ini semasa mempertahankan Berlin pada April–Mei 1945. Anugerah emas (tempur) lebih banyak dikurniakan berbanding perak (sokongan).

Salinan contoh gred khas, German Cross warna Emas bertahta Berlian, telah dibuat pada tahun 1942 tetapi gred ini tidak pernah dizahirkan atau dikurniakan.

Versi 1957[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1957 versi gantian alternatif 'de-nazified' German Cross telah dibenarkan untuk dipakai oleh Republik Persekutuan Jerman. Lambang swastika digantikan dengan lambang Iron Cross untuk jenis emas, dan War Merit Cross berserta Pedang untuk jenis perak. Pemakaian anugerah era Nazi telah diharamkan di Jerman selepas perang, begitu juga lambang swastika. Veteran-veteran yang menerima German Cross semasa zaman Reich Ketiga dengan itu tidak dapat memakainya selepas perubahan ini.

Para penerima[sunting | sunting sumber]

Penerima kedua-dua bahagian[sunting | sunting sumber]

Terdapat sejumlah 14 orang penerima Jerman yang direkodkan menerima kedua-dua German Cross in Silver (GCiS) dan Gold (GCiG) sewaktu zaman perang. Mereka adalah:

  • Mejar Jeneral Robert Bader GCiG 18.03.1945 & GCiS 14.02.1943,
  • Leftenan Kolonel Jürgen Bennecke GCiG 30.01.1945 & GCiS 15.02.1943,
  • Mejar Jeneral Wolfgang Bucher GCiG 23.02.1944 & GCiS 14.02.1943,
  • Kolonel Hans Hecker GCiG 19.02.1942 & GCiS 19.02.1942,
  • Gruppenführer-SS dan Leftenan Jeneral Polis Odilo Globocnik GCiG 07.02.1945 & GCiS 20.01.1945,
  • Mejar Franz Kaiser GCiG 01.0311945 & GCiS 08.07.1943,
  • Laksamana Muda Dr. Paul H. Meixner GCiG 11.02.1943 & GCiS 06.06.1942,
  • Mejar Jeneral Ernst Merk GCiG 11.02.1944 & GCiS 06.07.1942,
  • Leftenan Kolonel Helmut Moeller-Althaus GCiG 15.12.1943 & GCiS 30.05.1942,
  • Standartenführer-SS dan Kolonel Polis Walther Rauff GCiG 07.02.1945 & GCiS 20.05.1943,
  • Jeneral Felix Schwalbe GCiG 07.12.1944 & GCiS 30.10.1943,
  • Leftenan Jeneral Alfred Thielmann GCiG 08.11.1944 & GCiS 03.12.1942,
  • Laksamana Muda Paul W. Zieb GCiG 28.09.1944 & GCiS 18.05.1944 and
  • Leftenan Jeneral Bodo Zimmermann GCiG 25.09.1944 & GCiS 15.02.1943.

Penerima asing[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah 22 anggota tentera asing daripada angkatan tentera Paksi yang telah dianugerahkan German Cross in Gold:

Croatia
Estonia
Finland
Itali
  • Laksamana Madya Luigi Sansonetti 18.01.1942
  • Marsyal Ettore Bastico 05.12.1942
  • Jeneral Enea Navarini 21.12.1942
  • Laksamana Arturo Riccardi 18.01.1943
  • Kolonel Jeneral Rino Corso Fougier 18.01.1943
  • Kolonel Mario Carloni 28.03.1943,
Romania
Slovakia
  • Sarjan Izidor Kovarík 17.10.1943
  • Sarjan Ján Režňák 17.10.1943
Sepanyol

Sejumlah 26 orang sukarelawan Waffen-SS bukan Jerman dari Belgium, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Latvia, Belanda dan Norway menerima German Cross in Gold.

Latvia

Nama samaran[sunting | sunting sumber]

Jerman Cross telah diperlekehkan sebagai "telur goreng Hitler" oleh Kolonel Hans von Luck dan pegawai lain kenalan beliau, sebagai tindak balas kepada gaudiness (warnanya terlalu terang dan menyakitkan mata) itu. Sejauh mana nama samaran ini telah digunakan tidak pasti. Ia juga disebut dalam banyak buku-buku sejarah sebagai "hampir kelihatan dekat dengan Lencana Parti Nazi".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • For Führer And Fatherland: Military Awards of the Third Reich by LTC John R. Angolia. 1976 R. James Bender Publishing. ISBN 0-912138-14-9
  • "The German Cross in Gold and Silver" by Dietrich Maerz, B&D Publishing LLC, Richmond, MI, 2009, ISBN 978-0-9797969-2-0
  • "Panzer Commander" by Hans Von Luck, Praeger Publishers, New York, NY, 1989, ISBN 0-440-20802-5