Standartenführer
Standartenführer | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan | |||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai kanan | ||||||
Singkatan | Staf. | ||||||
Diperkenalkan | 1925 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Kod NATO |
OF-5 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Oberst Kapitän zur See |
Standartenführer ([ʃtanˈdaʁtn̩.fyːʀɐ], "pemimpin panji-panji") adalah sejenis pangkat separa tentera Parti Nazi (NSDAP) yang digunakan dalam beberapa organisasi NSDAP, seperti SA, SS, NSKK dan NSFK.[1][2] Mula-mula dizahirkan sebagai satu gelaran pada tahun 1925, pada 1928 pangkat itu menjadi salah satu pangkat NSDAP pertama yang ditauliahkan dan telah dianugerahkan kepada para pegawai SA dan SS yang memerintah unit-unit yang dikenali sebagai Standarten dimana ia adalah formasi bersaiz rejimen meliputi 300 hingga 500 anggota.[1]
Pada tahun 1929 pangkat Standartenführer telah dibahagi kepada 2 pangkat berasingan yang dikenali sebagai Standartenführer (I) dan Standartenführer (II). Konsep ini telah ditinggalkan pada 1930 apabila kedua-dua SA dan SS mengembangkan sistem pangkat mereka bagi membolehkan lebih banyak jawatan pegawai dan dengan itu hanya keperluan untuk pangkat Standartenführer yang satu. Pada tahun 1933, apabila Adolf Hitler berkuasa di Jerman, Standartenführer telah disahkan sebagai pangkat pegawai medan tertinggi, rendah sedikit dari Oberführer SS dan SA. Menjelangnya Perang Dunia II, Standartenführer secara meluas dikenali sebagai pangkat SS dan pangkat SA. Didalam Waffen-SS, pangkat ini telah dianggap setaraf dengan Oberst, iaitu kolonel penuh.[3]
Insignia bagi Standartenführer terdiri daripada satu dedaun oak yang dipamerkan pada kedua-dua belah kolar.[4] Standartenführer merupakan pangkat SS dan SA pertama yang mempamerkan lencana pangkat insignia pada kedua-dua kolar, tanpa mempamerkan insignia unit.[4] Dari tahun 1938, uniform terbaru SS mencirikan epaulet Oberst (Kolonel) Tentera Darat Jerman sebagai tambahan kepada pelapik kolar berdaun oak.[5]
Insignia
[sunting | sunting sumber]-
Kor Rekonaisans SS
-
Kor Perubatan SS
Pangkat Junior Obersturmbannführer |
Pangkat SS dan pangkat SA Standartenführer |
Pangkat Senior Oberführer |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b McNab 2009b, m/s. 15.
- ^ McNab 2009, m/s. 30.
- ^ Stein 1984, m/s. 297.
- ^ a b Flaherty 2004, m/s. 148.
- ^ Stein 1984, m/s. 300.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1 84447 073 3.CS1 maint: ref=harv (link)
- McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- McNab, Chris (2009b). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Stein, George (1984) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9275-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Wasser, Bruno: Himmlers Raumplanung im Osten, Basel, Berlin und Boston 1993, Seite 347, ISBN 3-7643-2852-5
- Yerger, Mark C. (1997). Allgemeine-SS: The Commands, Units and Leaders of the General SS. Schiffer Publishing. ISBN 0-7643-0145-4.CS1 maint: ref=harv (link)