Hari Arafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hari Arafah
Pilgrims cover Arafat's roads, plains and mountain - Flickr - Al Jazeera English.jpg
Nama rasmiيوم عرفة
JenisIslam
KepentinganMemperingati khutbah terakhir Muhammad dan penyempurnaan mesej Islam. Menandakan hari kedua haji untuk jutaan orang Islam yang datang ke Makkah setiap tahun. Hari untuk Muslim yang tidak melaksanakan haji untuk berpuasa dan bertaubat.
Diamalkan olehSolat, puasa, taubat
Tarikh9 Zulhijjah
Tarikh 201820 Ogos[1]
Tarikh 201910 Ogos[2][3]
KekerapanTahunan
Berkaitan denganHari Raya Aidiladha, festival utama Islam yang berlaku pada hari selepas Hari Arafah

Hari Arafah (Bahasa Arab: يوم عرفة‎, translit. Yawm ‘Arafah) ialah sebuah perayaan Islam yang berlaku pada 9 Zulhijah dalam kalendar Hijrah Islam. Hari ini merupakan hari kedua dalam ibadah Haji. Pada hari ini, para jemaah pergi ke Gunung Arafah dari Mina serta padang Arafah. Di gunung ini, Nabi Muhammad SAW memberikan khutbah-khutbah terakhirnya pada tahun terakhir kehidupannya. Dalam kalangan umat Islam, dikatakan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan kesempurnaan ajaran Islam telah diturunkan di sini.[4]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Gunung Arafah[5] ialah sebuah bukit granit sekitar 20 km (12 mi) tenggara Mekah di dataran Arafah. Gunung Arafah mencapai sekitar 70 m (230 ka) tinggi dan dikenali sebagai "Gunung Rahmat" (Jabal ar-Rahmah). Menurut ajaran Islam, bukit tersebut tempat Nabi Muhammad SAW berdiri dan menyampaikan Khutbah Terakhir kepada orang-orang Islam yang menemani baginda untuk ibadah haji menuju akhir hayat baginda.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Afis A. Oladosu (17 August 2018). "Monday is Arafah Day!". Daily Trust. Dicapai 19 August 2018. 
  2. ^ "First day of Hajj confirmed as Aug. 9". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-01. Dicapai 2019-08-09. 
  3. ^ Bentley, David (2019-08-09). "When is the Day of Arafah 2019 before the Eid al-Adha celebrations?". Birmingham Mail. Dicapai 2019-08-09. 
  4. ^ Long, David E. (1979). The Hajj Today: A Survey of the Contemporary Pilgrimage to Makkah. m/s. 19. ISBN 0-87395-382-7. 
  5. ^ Peters, F. E. The Hajj: The Muslim Pilgrimage to Mecca and the Holy Places. Princeton University Press. ISBN 978-0691021201. 
  6. ^ Caudill, Mark A. Twilight in the Kingdom: Understanding the Saudis (Praeger Security International). Praeger. m/s. 51. ISBN 978-0275992521. Dicapai 30 June 2006.