Mustaqim Bahadon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mustaqim Bahadon
Kelahiran (1985-03-01) 1 Mac 1985 (umur 34)
Kangar, Perlis, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanLulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal
Pusat pendidikanPoliteknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Pekerjaan
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian6 ft 0.5 in (1.84 m)

Mustaqim bin Bahadon (Jawi: مستقيم بهادون; lahir 1 Mac 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menjadi bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009[2] dan sejak itu beliau telah membintangi beberapa drama, telefilem dan filem.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mustaqim dilahirkan pada 1 Mac 1985 di Kangar, Perlis.[1][5] Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik dan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibu beliau. Bapa beliau, Bahadon Hamzah telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika Mustaqim sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.[6]

Beliau mempunyai kelulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jitra, Kedah.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi pelakon, Mustaqim telah menceburi dalam bidang peragaan terlebih dahulu.[7] Beliau juga pernah menjadi duta Jakel selama 4 tahun dan pernah membintangi dalam beberapa iklan seperti Nescafe Ipoh White Coffee. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang jurulatih peribadi di sebuah gim dan Mustaqim pernah menyertai pertandingan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) pada tahun 2008/2009 serta berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Pembabitan awalnya dalam industri seni tanah air juga bermula selepas menyertai pertandingan itu yang turut disertai oleh Azrel Ismail.[8]

Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah kedai gunting rambut yang dibuka di ibu kota. Pada tahun 2014, Mustaqim memegang watak sebagai Raja Gufran iaitu seorang lelaki metroseksual dalam drama Jodoh musim ke-2.[9]

Pada tahun 2017, beliau memegang watak utama sebagai Dr. Syukri dalam drama Kerana Anisa yang turut dibintangi oleh Zara Zya, Sura Sojangi, Fahrin Ahmad, Uqasha Senrose dan beberapa pelakon lain dan disiarkan di Slot Samarinda TV3.[10]

Pada 23 Mac 2017, Mustaqim muncul sebagai peserta dalam rancangan sensasi terbaru, Perang Bibir di TV9. Pada Syawal kedua, beliau menbintangi telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1. Pada 2 Julai 2017, beliau muncul dalam sebuah telefilem bertajuk Menantu Second Class yang bersiaran di TV9 dan memegang watak utama sebagai Rizal.

Mustaqim muncul dalam filem sukan luncur air Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama gandingan beliau bersama Josiah.[11] Beliau seterusnya menjayakan watak sebagai Rizal, salah seorang ahli kumpulan Geng Anarkis dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof. Filem yang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sekitar 2016, Mustaqim dilaporkan pernah menjain hubungan dengan pelakon Reen Rahim ketika sama-sama berlakon dalam drama HidayahMu Ramadan. Beliau tidak menolak andai mereka dijodohkan bersama.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 KL Gangster 2 Syamsul Yusof Filem pertama, pelakon tambahan
2017 Kau Yang Satu Osman Ali
2018 Surf This Love: Gelora Juara Bobby Waan Hafiz
KL Special Force Rizal Syafiq Yusof
Rise: Ini Kalilah Koperal Johan Saw Teong Hin
Nik Amir Mustapha
MS Prem Nath
Penampilan khas
2019 KL Vampire Filem dan drama yang belum dikeluarkan Devan R Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Asmaradana TV3
2012 Lara Hati Azman TV9
Runtun Qalbu Zek TV3
2013 Menantu Tiga Rasa TV1
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi TV3 Slot Akasia
2014 Kalau Itu Jodoh Kita TV AlHijrah
Jodoh Musim 2 Raja Gufran Astro Ria
2015 Anak Ke-5 Shah TV9
Pengembaraan Jason Murad Farid Depardieu
HidayahMu Ramadan Taufiq TV3
Hati Perempuan Syed Ammar TV3
2016 Lara Terindah Azim TV3 Slot Lestary
Married Tapi Benci Daniel TV3
2017 Kerana Anisa Syukri TV3 Slot Samarinda
Kias Ramadan TV3
2018 Tiada Arah Jodoh Kita Hazim TV3 Slot Akasia
Cik Sempurna Riduan TV3
Mata Ketiga Khalid Tonton
Pujaan Hati Kanda Kashah TV3 Slot Akasia
Jangan Padam Rindu Remy TV Okey
2019 Gerak Khas Detektif Mustafa TV2 Selekta Prima
4 Penjuru[14] Astro Citra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia Ammar RTV Drama Malaysia-Indonesia
2015 Jodoh Ke Uolls Syed Ammar TV3
Kasyaf Inspektor Jeff TV1
2016 Mata Hati Ibu Aris TV9
Bella TV3
Bapa Mentuaku TV1
2017 Mat Kari Mek Tomyam Azim HyppTV
Bawaku Ke Syurga
Serondeng Daging Abang Sado Zack TV1
Menantu Second Class Rizal TV9
Fatonah Azali Jali
2018 Neraka Kasih Maisarah Leman Besi TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Perang Bibir Peserta TV9 23 Mac: Berentap dengan Neera Azizi dan Puteri Aishah (artis yang dicabar oleh Zulin Aziz) namun tewas.
Mentor Milenia (Musim 2) Juri Awam TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Fatonah Azali Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Azlan Jusoh (5 Julai 2017). "Biodata Mustaqim Bahadon". Azhan.co. Dicapai 14 April 2018. 
  2. ^ "Mustaqim teringin jadi hero". Harian Metro. 11 November 2016. Dicapai 10 Mac 2017. 
  3. ^ Nor Akmar Samudin (5 Januari 2018). "Mustaqim cari peluang". Harian Metro. Dicapai 14 April 2018. 
  4. ^ Syanty Octavia Amry (31 Ogos 2015). "Mustaqim cari semula tapak". Harian Metro. Dicapai 14 April 2018. 
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 Mac 2016). "Mimpi ngeri Mustaqim - Hiburan". Harian Metro. Dicapai 11 Mac 2016. 
  6. ^ "Mustaqim intai peluang". Kosmo!. 3 Jun 2014. Dicapai 10 Mac 2017. 
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Februari 2017). Tingkat kualiti dalam diri - Hiburan Harian Metro. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  8. ^ Tidak Kisah Bermula dari Bawah – Mustaqim Bahadon Malaysian Access (31 Ogos 2015). Dicapai pada 24 Januari 2017.
  9. ^ Budiey (7 April 2014). Mustaqim Bahadon Jadi Lelaki Metroseksual Dalam Drama Jodoh 2 Sensasi Selebriti. Dicapai 10 Mac 2017.
  10. ^ Najiy Jefri (24 Januari 2017). Buat sehabis baik - Hiburan Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2017.
  11. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Dicapai 3 Mei 2018. 
  12. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai 7 Februari 2018. 
  13. ^ Syanty Octavia Amry (20 Oktober 2016). "Dengan Reen? Saya ok saja". Harian Metro. Dicapai 14 April 2018. 
  14. ^ Pengajaran Salah Laku Dalam 26 Episod Drama Bersiri 4 Penjuru Sensasi Selebriti (22 Mac 2016). Dicapai pada 22 Mac 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]