Hisham bin Abdul Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hisham ibni Abd al-Malik)
Hisham bin Abdul Malik
هِشَام ابْن عَبْد الْمَلِك
Syiling dirham pada zaman Hisham
Khalifah kesepuluh Kerajaan Bani Umaiyah
Pemerintahan26 Januari 724 – 6 Februari 743
Didahului olehYazid II
Diikuti olehAl-Walid II
Keputeraan691
Damsyik, Syria, Kerajaan Bani Umaiyah
Kemangkatan6 Februari 743 (umur 52) (6 Rabiul Akhir 125 AH)
Damsyik, Syria
Pasangan
Anakanda
  • Maslamah
  • Muawiyah
  • Sulaiman
  • Yazid
  • Said
  • Marwan
  • Abdullah
  • Abdul Rahman
  • Muhammad
  • Quraisy
  • Aisyah
Nama penuh
Abu al-Walid Hisham bin Abdul Malik bin Marwan
DinastiBani Umayyah
AyahandaAbdul Malik
BondaAisyah binti Hisham al-Makhzumi
AgamaIslam

Hisham bin Abdul Malik (691-743) ialah khalifah Kerajaan Bani Umaiyah kesepuluh yang memerintah selama 20 tahun iaitu dari tahun 724 hingga tahun 743. Beliau menggantikan abangnya, Yazid II yang meninggal dunia pada tahun 724.

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Hisyam lahir pada tahun 691 dan merupakan anak kepada Abdul Malik bin Marwan, khalifah kelima Umaiyah dan Aisyah binti Hisyam. Semasa pemerintahan abangnya Yazid II, Hisham telah dilantik sebagai pengganti khalifah.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Seperti abangnya Al-Walid I, Hisham ialah seorang penggemar seni dan menggalakkan perkembangan kesenian di dalam kerajaannya. Beliau juga memajukan bidang pendidikan dengan membina sekolah-sekolah serta meningkatkan usaha penterjemahan karya-karya ke dalam Bahasa Arab. Beliau juga mengetatkan undang-undang Syariah seperti yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz termasuk terhadap kaum keluarganya sendiri.

Dari segi operasi ketenteraan, Hisham telah menghantar tentera untuk menghapuskan pemberontakan Hindu di Sindh dan berjaya mengukuhkan semula kekuasaan Umaiyah di India. Hisham juga meneruskan serangan ketenteraan ke atas Byzantium dalam tahun 725 hingga 740, lantas berjaya memerangi orang Khazar di Kaukasus pada tahun 728 dan menduduki beberapa kota di Caesarea Mazaca dan Cappadocia. Di Sepanyol pula, konflik dalaman telah berakhir lalu memberi peluang kepada Hisham meneruskan operasi ketenteraan ke Perancis. Walaupun tenteranya mara hingga ke Sungai Loire, tetapi mereka berjaya dihalang dalam Perang Tours oleh Charles Martel, pemerintah Frank. Empayar Islam terus berkembang di Sepanyol walaupun setelah kekalahan tersebut.

Satu pemberontakan telah tercetus di Kufah pimpinan Zaid bin Ali, namun dikalahkan pasukan yang diketuai Yusuf ibnu Umar al-Thaqafi, gabenor Iraq. Di Afrika Utara, satu pemberontakan oleh kaum Barbar telah tercetus pada tahun 740 namun akhirnya berjaya dihentikan oleh tentera Hisham. Walaupun dengan banyak kejayaan yang diperolehi Hisham, pengaruh golongan Abbasiyyah semakin berkembang tetapi mereka masih lagi tidak cukup kuat untuk menentang Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Hisham telah meninggal dunia pada tahun 743 akibat difteria dan digantikan oleh al-Walid II.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Hisham telah berkahwin dengan Ummu Hakim, anak kepada Yahya bin Al-Hakam, yang merupakan saudara datuknya Marwan I. Mereka dikurniakan lima orang anak lelaki; antaranya Sulaiman, Maslamah, Muawiyah dan Yazid al-Afqam.

Hisham juga telah mengahwini Ummu Uthman, cucu kepada khalifah Uthman bin Affan. Said merupakan salah seorang anak mereka. Antara anak mereka yang lain termasuklah Marwan, Abdullah, Abdul Rahman, Muhammad, Quraisy dan Aisyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Abdul Latif, Abdussyafi Muhammad. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Bani Umayyah. Pustaka Al-Kautsar. ISBN 9789795926689.
Hisham bin Abdul Malik
Tarikh keputeraan: 691 Tarikh kemangkatan: 6 Februari 743
Didahului oleh
Yazid II
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

26 Januari 724 – 6 Februari 743
Diikuti oleh:
Al-Walid II