Hospital Tuanku Fauziah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hospital Tuanku Fauziah
Geografi
Lokasi Kangar, Perlis, Malaysia
Organisasi
Pembiayaan Kementerian Kesihatan Malaysia
Jenis Awam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasan Ya
Katil 508
Sejarah
Diasaskan 1909
Pautan
Laman sesawang Hospital Tuanku Fauziah.


Hospital Tuanku Fauziah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia dinamakan sempena Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Secara keseluruhannya Hospital Tuanku Fauziah kini berkapasiti 508 katil.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital Tuanku Fauziah telah mula beroperasi semenjak tahun 1909, bermula dengan sebuah dispensari yang diselenggara oleh seorang pembantu hospital. Dispensari ini memberi manfaat kepada anggota kerajaan dan penduduk di sekitar pekan Kangar. Pada tahun 1915 dispensari ini telah ditukarkan nama kepada Rumah Sakit Umum Perlis. Kemudahan juga bertambah iaitu pembinaan 3 buah wad, sebuah dispensari, sebuah bilik mayat, pejabat pentadbiran dan kuarters untuk anggota. Pentadbiran dan penyeliaan rumah sakit umum ini sepenuhnya adalah di bawah “State Surgeon” Kedah/Perlis.

Pada tahun 1957, ia telah dilengkapi pula dengan satu Dewan Bedah dan lokasi pertamanya adalah di bangunan dua tingkat berhadapan dengan padang Majlis Bandaran Kangar, Perlis yang sekarang ini telah menjadi Klinik SOPD, Klinik O&G sementara di bahagian atasnya adalah perpustakaan dan Dewan Mawar. Ia turut memiliki jabatan perkhidmatan bius, memandangkan perkhidmatan bius adalah merupakan perkhidmatan asas di setiap hospital yang menyediakan perkhidmatan pembedahan. Ini adalah untuk memastikan bius yang di berikan adalah secara professional, efektif dan selamat kepada pesakit.[2]

Disamping itu Hospital Tuanku Fauziah juga menyediakan perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit tenat. Dari tahun ke tahun dengan berlakunya permodenan dan perubahan teknologi.di dalam bidang perubatan dan juga dengan peningkatan permintaan di dalam perkhidmatan pembedahan maka projek naiktaraf dewan bedah Hospital Besar Kangar di lakukan.

Dewan Bedah baru telah mula di gunakan pada tahun 1970-an dengan mempunyai 3 bilik bedah. Bilik bedah ini beroperasi sehingga 13 Julai 2004. Dengan peningkatan kepesatan ekonomi dan peningkatan penduduk maka kerajaan telah membina satu blok baru yang merangkumi pelbagai jabatan dan di antaranya adalah dewan bedah, unit rawatan rapi, unit rawatan jantung,jabatan kecemasan, jabatan radiologi, jabatan patologi dan juga bilik daftar masuk. Dewan bedah yang baru ini mempunyai 4 bilik bedah dan unit rawatan rapi pula mempunyai 5 katil untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan.

Pada tahun 1995, nama Hospital Besar Kangar telah ditukar kepada Hospital Kangar. Pada tahun 1996, kerajaan telah melaksanakan projek naik taraf Hospital Kangar. Memasuki alaf baru Hospital Kangar dengan rasminya dinamakan sebagai Hospital Tuanku Fauziah pada tahun 2007.

Pada 2010, Hospital Tuanku Fauziah sekali lagi telah dinaik taraf mulai awal tahun dengan kos melebihi RM180 juta, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Projek berkenaan melibatkan pembinaan bangunan wad setinggi lapan tingkat bernilai RM173 juta dan pembinaan semula Wad Diraja berharga RM6.9 juta.[3]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Tuanku Fauziah
Jalan Kolam
01000 Kangar
Malaysia
Tel: 04-9763333
Fax: 04-9767237


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]