Hubungan Finland–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hubungan Malaysia - Finland wujud sejak sekian lama. Negara Finland terletak di benua Eropah sementara Malaysia terletak di Asia Tenggara.

Finland merupakan negara paling makmur di dunia berdasarkasn laporan Institut Legatum ditubuhkan pada 2007 di Mayfair, London. Kualiti demokrasi dan tadbir urus yang baik turut diambil kira.[1]

Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Finland
Bendera Finland

Lawatan pemimpin[sunting | sunting sumber]

Pada 9-21 September 2009, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat Finland, Cuba dan Amerika Syarikat. Abdullah menghadiri Sidang Kemuncak ke-6 Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) di Helsinki,Finland. Sidang ASEM merupakan pertemuan 25 negara dunia Barat dan Timur. Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Islam Hadhari merupakan kaedah Islam yang mengutamakan perdamaian dan pembangunan, berbeza dengan wajah keganasan yang terterap dalam minda banyak pihak di Barat.[2]

Pada 28-29 April 2010, Perdana Menteri Finland Matti Vanhanen melawat Malaysia dan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Tujuan lawatan adalah bagi meningkatkan hubungan dua hala ,inovasi, maklumat dan teknologi komunikasi serta teknologi hijau. Wisma Putra menyatakan, Vanhanen turut mendapatkan maklumat tentang Majlis Penasihat Ekonomi Nasional dan Model Ekonomi Baru . Beliau melawat sebuah syarikat pembekal penyelesaian keselamatan komputer, F-Secure Malaysia (M) Sdn Bhd.[3]

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Perdagangan Malaysia-Finland berjumlah RM614.9 juta. Eksport Malaysia ke Finland sebanyak RM446.3 juta dan import pula ialah RM168.6 juta.[4]

Indeks kekayaan Legatum 2009[sunting | sunting sumber]

Indeks kekayaan Legatum 2009 menunjukkan Finland berada pada tangga pertama iaitu negara paling makmur di dunia.

Negara Amerika Syarikat (9) , United Kingdom (12), New Zealand (10), Ireland (11), Malaysia (39), Thailand (44), Filipina (55) dan Indonesia (66). Indeks kekayaan Legatum merupakan penilaian global tentang kekayaan dan kesejahteraan hidup rakyat di 104 buah negara berasaskan penilaian faktor-faktor lonjakan ekonomi serta kesejahteraan hidup jangka panjang, termasuk bidang pendidikan. Panel penilai menilai 9 elemen iaitu asas ekonomi, inovasi dan keusahawanan, institusi demokrasi, pelajaran, kesihatan, keselamatan, pentadbiran, kebebasan peribadi dan kehidupan kemasyarakatan.

Pendidikan di Finland[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Finland di tangga ke-3 terbaik selepas Norway (2) dan Denmark (1). Pengarah Pusat Mobiliti Antarabangsa (CIMO) Finland, Dr. Pasi Sahlberg menyatakan ramai graduan cemerlang di Finland cenderung untuk memohon menjadi guru. Guru di Finland mengajar 600 jam waktu mengajar setahun berbanding guru di Amerika Syarikat (1,100). Guru dan pelajar tidak berorientasikan ujian, tetapi pembelajaran kendiri. Kadar celik huruf serta pengetahuan sains di Finland mengatasi Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.

Pembelajaran kreatif dan bersahaja diutamakan bagi meransang perkembangan minda dan udaya berfikir.[5]

Latihan anjing pengesan[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Februari 2010, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan bahawa Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (K9 PDRM) mendapat latihan daripada polis Finland. Antaranya ialah mengesan mayat manusia yang dicampak ke dalam sungai dan laut. 145 ekor anjing pengesan jenis 'Cadaver' boleh mengesan penjenayah, dadah, mayat, senjata api dan bahan letupan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]