Hunny Madu
Hunny Madu | |
|---|---|
| Kelahiran | Hani Farhana binti Mohd Hatim 1 April 1984 |
| Nama lain | Hani Hatim |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2002–kini |
| Majikan |
|
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 2 |
| Saudara | Hafiz Hatim (abang) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Hip-hop, Rap |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Mtertain |
Hani Farhana Mohd Hatim (lahir 1 April 1984) atau lebih terkenal sebagai Hunny Madu atau Hani Hatim, ialah seorang pengacara, penyampai radio, model, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Hunny pernah muncul dengan album studio pertama, Pulau Janji pada 2011. Pada tahun 2014, beliau bersama Kayda Aziz muncul bersama single "Go Hard Gostan".[2][3]
Beliau juga pernah berlakon dalam drama 5 Jingga di 8TV antara lain turut dibintangi oleh Siti Saleha dan Eina Azman. Selain itu, Hunny juga pernah bertugas sebagai juruhebah Fly FM dari 2008 sehingga 2013.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Hunny Madu ialah anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Hatim Abdullah, berasal dari Kelantan dan Molina Musa yang berasal dari Johor.[1] Abang sulungnya ialah Hafiz Hatim yang juga pengacara dan penyampai radio.[1]
Beliau berkahwin dengan Khairul Azhar Abd Wahid pada tahun 2010 dan bercerai pada 2018.[4] Pasangan ini dikurniakan dua anak, iaitu Eva Medina dan Adam Musa.[5]
Hunny berkahwin kali kedua dengan cef Itali, Francesco Fedrighi pada 2 Mei 2020.[6]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Pulau Janji (2011)
EP
[sunting | sunting sumber]- Hunny Madu (2018)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]- 5 Jingga (2008) - 8TV
- Nasi Lemak Kopi O (2016–2018) - TV9
- Hip TV - TV9
- Fit for Action (2022) - TV3
- Borak SeeNI (2024–kini) - Astro Prima
Radiografi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Program | Stesen |
|---|---|---|
| 2007–2008 | Hitz | |
| 2008–2013 | Fly FM Night Flight | Fly FM |
| 2012-2014 | Hot FM Two O | Hot FM |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "In Conversation with Hunny Madu". Malaysia: New Straits Times. 8 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 2010-01-27.
- ^ Liyana (8 Oktober 2014). "Hunny Madu luah perasaan dalam lagu". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-14. Dicapai pada 10 Mac 2018.
- ^ Liyana (29 Mei 2014). "Hunny Madu mahu luaskan lagi bidang muzik". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 10 Mac 2018.
- ^ Georgie Joseph (19 Oktober 2019). "Hunny Madu yakin ada hikmah". Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2020.
- ^ Hanisah Selamat (19 Ogos 2018). "Tiada niat rahsia masalah jantung anak: Hunny Madu". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Oktober 2020). "Hunny Madu dah kahwin kali kedua". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rencana dengan pengenalan MusicBrainz
- Kelahiran 1984
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pengacara televisyen Malaysia
- Penyampai radio Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Penyanyi berbahasa Melayu
- Penyanyi bahasa Inggeris di Malaysia