Fly FM
![]() | |
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | Semenanjung Malaysia dan Singapura |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawan |
Tarikh siaran pertama | 3 Oktober 2005 |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Pemilik | Max-Airplay Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima Berhad |
Saluran kembar | Hot FM, Kool FM dan One FM[1] |
Tapak web | www |
Fly FM merupakan stesen radio swasta berbahasa Inggeris Malaysia di bawah naungan Rangkaian Radio Media Prima bersama Hot FM, One FM dan Kool FM. Ia dilancarkan pada 3 Oktober 2005, dan sasarannya ialah pendengar berumur 15-30 tahun. Fly FM ialah sebuah stesen radio Bahasa Inggeris kedua popular di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps.
Radio ini bersiaran terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kini Stesen Radio Bahasa Inggeris Berkembang Pantas di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps. Tetapi sekarang Fly FM bersiaran dari Sri Pentas, seperti stesen radio lain di bawah Media Prima.
Dari tahun 2006 hingga 2008, Fly FM mempunyai slot rancangan dikenali "50 minutes of non-stop music" (50 minit muzik tanpa henti) di mana krew akan menyiarkan lagu-lagu selama 50 minit tanpa iklan. Ia terbukti sebagai sebuah kejayaan sebagaimana semua orang boleh mendengar Fly FM sebagai sebuah stesen radio "alternaltif". Fly FM bukan sahaja menyiarkan lagu Bahasa Inggeris, tetapi muzik dalam Bahasa Melayu. Ini menjadikan Fly FM salah satu radio stesen pertama di Malaysia menyiarkan lagu-lagu lebih dari 2 bahasa.
Penyampai
Penyampai Harian
- BK
- Ili Ruzanna Iqbal
- Ryan Augustine De Alwis (RD)
- Danielle Chong
- Anne Jacyntha Stanley
Bekas Penyampai
- Phat Fabes
- Ben
- Nadia
- Hunny Madu
- Zher Peen
- Amrita
- Steve
- Prem
- Maggy Wang
- Hafiz Hatim
- Ivan Leong
- Syed Naguib Alsagoff (Guibo)
Program
Isnin - Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
FLY FM's BK, Ili & RD | BK, Ili & RD | 06:00 - 10:00 |
4-8 with Dan | Dan | 16:00 - 20:00 |
Top 50 with Anne | Anne | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
95.8 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali |
99.1 MHz | Alor Setar, Kedah dan Perlis | Menara Alor Setar |
89.9 MHz | Pulau Pinang dan Taiping, Perak | Bukit Penara |
87.9 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
98.6 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
94.0 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
102.5 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
87.6 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
107.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
107.4 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Peringat |
Fly FM boleh didengari di Sabah dan Sarawak secara online di www.flyfm.com.my dan bukan sahaja boleh dengar melalui laman web boleh juga muat turun aplikasi Fly FM di App Store (iOS), Huawei App Galery dan Google Play.
Saluran | Platform TV |
---|---|
723 | myFreeview |
Moto
- "Malaysia's hottest music"
- "It's all about the music" (sehingga 2008)
- "Today's Hottest Music" (sehingga kini)
Lihat juga
Rujukan
- ^ Nabil, Basaruddin (2018-10-17). "Media Prima transformasi segmen radio". bharian.com.my/. Dicapai pada 2020-04-29.