Jejaka Perasan
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Jejaka Perasan | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | A. R. Badul |
Dibintangi |
|
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 314,179.45 |
Jejaka Perasan adalah sebuah filem komedi Malaysia yang telah ditayangkan pada 24 Julai 1986. Filem ini telah diarahkan oleh A. R. Badul yang juga merupakan penulis skrip serta teraju utama filem ini.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Filem ini mengisahkan Dolah & Dolit yang melalui liku-liku hidup di kota selepas dihalau oleh ibu Dolah kerana malas bekerja manakala Dolit pula diusir oleh isteri akibat gemar bermain judi kuda. Mereka menyewa bilik di rumah Pak Wok cerewet & kedekut yang tinggal bersama anaknya, Rizan. Dalam diam, Rizan menjalinkan hubungan cinta dengan Amir, salah seorang penyewa di rumah Pak Wok. Dolah & Dolit akhirnya menerima tawaran kerja dari Dato Kamarul setelah membantu membaiki kereta anaknya, Dora. Cerita kononnya mereka berkhidmat selaku pegawai terbongkar apabila melihat Amir turut bekerja di pejabat yang sama dengan berpakaian kemas sedangkan mereka hanya tukang cuci, jawatan yang diterima mengikut kelulusan mereka.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- A. R. Badul sebagai Dolit
- Liza Abdullah sebagai Dora
- Salih Yaacob sebagai Dolah
- ND Lala sebagai Amir
- Hamid Gurkha sebagai Pak Wok
- Tantiana sebagai Rizan
- Ruminah Sidek sebagai Emak Dora
- Mahmud June sebagai Kamarul
- Shah Rezza sebagai Agus
- Mak Enon sebagai Emak Amir
- Ibrahim Pendek sebagai Atan
- Ibrahim Din sebagai Mamak
- Ayappan sebagai Samy
- Faridah Fasha sebagai Zainab
- Norsiah Yem sebagai Emak Dolah
Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]
- Jejaka Perasan nyanyian Dayangku Intan
- Part-Time Lover nyanyian Stevie Wonder
- Penyesalan nyanyian Isma Aliff & Liza Aziz
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |