Ibrahim Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ibrahim Din
Kelahiran
Ibrahim Faizal bin Din

1929 (1929)
Meninggal dunia16 Jun 1996 (berumur 66–67)
Sebab kematianpenyakit kencing manis dan darah tinggi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1964–1989
Terkenal keranaSiri filem Do Re Mi
SaudaraFazliyaton (adik)

Ibrahim Din (lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 1929 – 16 Jun 1996[1]) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P. Ramlee dan A. R. Tompel.

Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P. Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon. Ibrahim meninggal dunia pada 16 Jun 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.[2]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1966 Gadis Langkawi Filem pertama
Do Re Mi Mi (Minami)
Sabarudin Tukang Kasut Ahmad Tipulizam
Nasib Do Re Mi Mi
1968 Anak Bapak Salleh
1972 Laksamana Do Re Mi Mi
1978 Gila-Gila Mamak Penampilan khas
1982 Kami Mamak Penampilan khas
1983 Bertunang Kassim
1984 Anak Niat Orang Kaya Ali
Pagar-Pagar Cinta Tuan Hashim
1985 Bujang Selamat Tok Guru
1986 Si Jantung Hati Orang Kaya Mi
Jejaka Perasan Mamak Penampilan khas
1989 Kembar Siam Penerbit Filem Filem terakhir

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1964 Mata Permata TV1

Rujukan

  1. ^ "Ibrahim Din". Cinema Malaysia. Cinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-23. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
  2. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.

Pautan luar