Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud (dilahirkan pada 7 Julai 1909 di Kota Bharu,Kelantan.[1] Beliau dari keluarga bangsawan Kelantan, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan British.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Nik Mariah menurut jejaknya menjadi peguam dan menyertai Majlis Peguam.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara.

Nik Ahmad Kamil belajar bidang Seni di Universiti Bristol dan menamatkan pengajian pendidikan di "Inns of Court" pada tahun 1929. Dia memasuki Bar Peguam pada 1930.

Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan kerajaan Kelantan. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.

Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.

Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.

Juga merupakan salah satu daripada ahli jawatan kuasa United Malays National Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO. Beliau turut menggubal Perlembagaan UMNO.

Diplomat[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke Australia (1956-57), Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom (1957-58), Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).

Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang kerusi parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam Pilihan raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.


Pembabitan dalam kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.

Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu. Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.

Beliau mengikut Dato Onn menyertai ("Independence of Malaya Party - IMP") pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954.

Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali menyertai Umno.

Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undang-undang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar.

Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri Besar Johor.


Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang perniagaan, beliau menjadi pengarah Dunlop Industries , Malayan Banking dan Pengerusi Rothmans and Pall Mall Ltd pada 1970-an.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

BBeliau terlibat dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan Royal Asiatic Society cawangan Malaysia dan Persatuan Zoologi Malaysia serta Persatuan Diraja Komanwel. Beliau juga menjadi pengerusi Lembaga pengarah Lady Templer Hospital, Majlis Kaunsel Universiti Malaya dan Pro-canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau meninggal pada 20 Disember 1977.Beliau terlibat dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan Royal Asiatic Society cawangan Malaysia dan Persatuan Zoologi Malaysia serta Persatuan Diraja Komanwel. Beliau juga menjadi pengerusi Lembaga pengarah Lady Templer Hospital, Majlis Kaunsel Universiti Malaya dan Pro-canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
19441953
Penyandang Kemudian
Nik Mahmud bin Nik Ismail Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin