Mohd Daud bin Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Mohd Daud bin Abdul Samad

P.P.M. (P)
Menteri Besar Terengganu ke-6
Dalam jawatan
29 Jun 1959 – 8 November 1961
Didahului olehRaja Kamaruddin bin Idris
Digantikan olehIbrahim Fikri bin Mohammad
Ahli Parlimen Malaysia
Dalam jawatan
1964–1969
Didahului olehBurhanuddin al-Helmy
Digantikan olehHussain Sulaiman
Kawasan pilihan rayaBesut
Dalam jawatan
1969–1974
Didahului olehAbdullah Abdul Rahman
Digantikan olehKonstituensi dibubar
Kawasan pilihan rayaKuala Terengganu Selatan
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Setiu
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Ghani Mat Amin
Butiran peribadi
Meninggal dunia23 Disember 1983
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia

Haji Mohd Daud bin Abdul Samad merupakan Menteri Besar Terengganu yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari bermula 29 Jun 1959 hingga 8 November 1961 ketika PAS-Parti Negara menguasai keseluruhan DUN Terengganu.

Haji Mohd Daud pernah menjadi ADUN Setiu (1959-1964), Ahli Parlimen Besut (1964-1969) dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan (1969-1974). Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu (1959-1963 dan 1966-1972).[1]

Kerajaan PAS Terengganu tumbang 1961[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, DUN Terengganu dimenangi oleh PAS dengan majoriti kecil. PAS dapat 13 kerusi, UMNO 7 kerusi dan Parti Negara (PN) 4 kerusi. PAS berjaya memujuk Adun PN Langkap (Ismail Abbas) menyokong mereka. Umno pula berusaha mendapat sokongan 3 lagi Adun PN.

Pada 24 Julai 1961 satu undi tidak percaya terhadap kerajaan PAS dibawa oleh seorang Adun PN Bukit Besar, Mohamad Abd Rahman. Undi tersebut gagal kerana PAS mendapat (12 undi) Umno + PN (11 undi). Seorang wakil PAS berkecuali iaitu Ahmad Azam Napiah. Ahmad Azam kecewa kerana tidak diberi jawatan Menteri Besar Terengganu atau pun Speaker (kerana berasal dari Perak bukan anak jati Terengganu. Beliau kemudiannya mengisytihar sebagai Adun Bebas.

Kegawatan DUN Terengganu berlarutan apabila Umno berjaya membeli dua Adun PAS - Mohamad Ismail dan Husin Jusoh. Kemudian, Umno juga dapat membeli 3 Adun PN apabila mereka bertemu Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Adun PN yang terbabit adalah Wan Daud Mohamad (Ladang), Mohamad Abd Rahman (Bukit Besar) dan Haji Mutalib Salleh (Batu Buruk). Keadaan tersebut membawa kepada undi tidak percaya kali kedua dibawa dan akhirnya kerajaan PAS tewas.

Maka Parti Perikatan menubuhkan kerajaan baru yang diketuai Tan Sri Ibrahim Fikri pada November 1961.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 23 Disember 1983 ketika berusia 57 tahun.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Pingat Peringatan Malaysia (Perak) (P.P.M.) - 1965

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azmi Yusof (11 Julai 2006). "20 dipilih tokoh Jubli Emas PAS Terengganu". HarakahDaily.net. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)[pautan putus]
  2. ^ "Kerajaan PAS pernah dijatuhkan secara tidak demokratik". KLpos.com. 8 September 2008. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
29 Jun 1959 – 8 November 1961
Penyandang Kemudian
Raja Kamaruddin bin Idris Ibrahim Fikri bin Mohammad