Ismail Kamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Ustaz
Ismail Kamus
D.S.S.A.
Ustismailkamus.png
Kelahiran (1948-12-02) 2 Disember 1948 (umur 70)
Kampung Batang Rening, Hulu Selangor, Selangor
Laman webDarussalam

Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Ustaz Ismail Kamus [Nota 1]
Catatan
  1. ^ Fan page rasmi. Sumber untuk laman web: [1].

Dato' Ustaz Ismail Kamus adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas.

Perubatan Islam[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menubuhkan syarikat perkhidmatan umrah dan haji, Datuk Ismail Kamus menumpukan sepenuh masa kepada rawatan Islam. Ustaz Ismail Kamus mempelajari perubatan Islam daripada Prof. Datuk Dr. Haron Din sekitar tahun 1979 dan mula mengubat pada tahun 1986.

Dato’ Ismail Kamus adalah pengasas dan pakar pengamal perubatan Islam di Darussalam. Beliau juga sebagai penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2003.

Media[sunting | sunting sumber]

Ustaz Ismail Kamus juga sering kali keluar di stesen TV di rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Selain itu beliau juga tampil di rancangan-rancangan TV terpilih seperti di TV3 dan Astro Oasis. Perkembangan beliau juga boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Blog keloaan peminat beliau. Ceramah beliau juga terdapat di dalam bentuk CD, VCD, Mp3 dan menerusi laman youtube.

Buku[sunting | sunting sumber]

Ustaz Ismail Kamus juga menulis beberapa buku ilmiah seperti berikut:

  • Indahnya Hidup Bersyariat (dan Edisi Kemaskini)
  • Indahnya Amalan Doa
  • JIN - Hakikat dan Pengubatan
  • Wahai Tuhan Engkaulah Penyembuh
  • AL-QURAN - Penyembuh Penyakit dan Penangkal Musibah

Tokoh Maal Hijrah Selangor 2011[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat Negeri Selangor.Sumbangannya besar dalam menyebarkan syiar Islam .Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili kekandanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah itu.Majlis diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[2]

Bapa= Kamus Bin Ahmad

Ibu =Siah Binti Leman

  1. Majid Kamus
  2. Karim Kamus
  3. Musa Kamus
  4. Ismail Kamus
  5. Zainab Kamus
  6. Syamsiah Kamus
  7. Jais Kamus
  8. Luai Kamus
  9. Alwi Kamus
  10. Muhammad Kamus

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "https://www.facebook.com/photo.php?fbid=619000504807899". 29 Oktober 2013. Dicapai 10 Disember 2013.  pautan luar dalam |title= (bantuan)
  2. ^ Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah Selangor