Isteri vs Tunang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Isteri vs Tunang
GenreDrama
Cinta
Komedi
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Hisyam Hamid
Scha Al-Yahya
Sharifah Sakinah
Azrel Ismail
Lagu pembukaanPencuri Hati nyanyian Ayda Jebat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin-Khamis, 10.00 malam (Mula Ditayang : 1 Februari 2016)
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria dan Astro Ria HD
Format gambarHD
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal1 Februari 2016

Drama Isteri vs Tunang ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD. Drama ini merupakan adaptasi novel Isteri vs Tunang nukilan Aesya Azahar diangkat ke skrin TV oleh produksi Cube Film Sdn Bhd. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, Sharifah Sakinah, dan Azrel Ismail. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Michael Ang.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki,Zaim menyahut cabaran itu.

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri vs tunang. Yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Malam Throwbaek Drama 2017

  • Watak Paling Meminta-Sharifah Sakinah -Top 5
  • Otai Paling Throwbaek-Liza Abdullah-Top 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]