JATI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
JATI
Jalur Tiga
Jati.jpg
Jenis NGO
Ibu pejabat Kuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
Pengasas Datuk Hasan Mohd Ali
Diasaskan 21 Februari 2012
Identiti
Orang penting Datuk Hasan Mohd Ali (Pengasas), Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fithri (Presiden)[1]
Fokus Politik
Matlamat Berjuang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja.
Moto Gerakan Martabatkan Umat
Laman sesawang jatimalaysia.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

JATI atau 'Jalur Tiga' merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang diasaskan dan diperjuangkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohd Ali setelah dipecat daripada partinya pada 8 Jan 2012. Jati memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu di Malaysia. Pelbagai ceramah telah diadakan di seluruh negara , termasuk sepentas dengan sebuah lagi NGO, Perkasa. Jati akan menjadi 'kuasa ketiga' dan menjemput NGO lain bergabung dengan Jati. Jati ditubuhkan secara rasmi pada 21 Februari 2012 dan diharap dapat mengimbangi kehadiran BN dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.[2]

Antara isu yang dibangkitkan ialah Kristianisasi, parti PAS menjadi 'kuda tunggangan' DAP dan Anwarisme. Baginya, rakyat Malaysia mestilah menolak perjuangan Anwar Ibrahim dan sebarang perjuangan hak-hak asasi golongan gay, lesbian, homoseksualiti, transgender.[3]

Beliau mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS. Beliau dipecat daripada PAS pada 8 Januari 2012 dan dijangka menyertai UMNO tetapi tidak.[4] Namun beliau enggan menamakan parasit dalam PAS iaitu 'golongan Erdogan' - barisan pemimpin yang lebih banyak mempunyai latar belakang profesional dan bukannya latar belakang agama. Namun parasit ini adalah kumpulan yang mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.


Menyaman Mahfuz Omar[sunting | sunting sumber]

Pada 3 ?Mac 2012, Dato Hassan Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kerana mendakwa beliau menerima tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Beliau menyifatkan Mahfuz sebagai "kuda tunggangan" kumpulan parasit dalam PAS. Beliau menafikan dakwaan kononnya NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang kini diterajuinya ditaja RM30 juta untuk 2,000 program latihan. Hassan Ali juga menafikan dakwaan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menimbulkan isu NGO Jalur Tiga (JATI) ditaja oleh syarikat air Selangor, Puncak Niaga. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menafikan dakwaan unit strategik Kementerian terlibat.


[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]