Mahfuz Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato'
Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena
Tempoh jawatan
2013 – 2017

Pesuruhjaya PAS Kedah
Tempoh jawatan
2013 – 2015
Didahului oleh Azizan Abdul Razak
Diganti oleh Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi

Lahir 25 Ogos 1957
Kedah
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Ahli akademik, politik
Agama Islam

Yang Berhormat Datuk Haji Mahfuz Omar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Naib Presiden PAS.

Isu-isu Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Isu AES[sunting | sunting sumber]

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini yang dilihat menimbulkan kesukaran kepada rakyat,justeru itu PAS di bawah Dewan Pemuda menerusi Lujnah Undang-undangnya, mengambil inisiatif untuk menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma.khidmat guaman secara percuma itu ditawarkan kepada individu yang disaman dan bersedia untuk ke mahkamah setelah menerima notis. [1]

Isu MYKAD[sunting | sunting sumber]

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar,menunjukkan surat pekeliling iaitu surat arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kad pengenalan dan MyKid.Mahfuz dalam satu sidang akhbar mendakwa JPN melalui surat pekeliling bertarikh 14 Disember lalu telah mengarahkan semua kad pengenalan yang tidak dikutip pemohon melebihi 18 bulan dihantar ke satu alamat di Keningau, Sabah.Bagaimanapun dakwaan Mahfuz Omar itu telah disiasat oleh JPN mengesahkan surat itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan jabatan tersebut. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Rosmiza Kassim. "Mahfuz: Jangan bayar dulu saman AES", Sinar Harian, 17 November 2012. Retrieved on 23 Februari 2013.
  2. Utusan Online. [http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_11/Tuduhan-Mahfuz-berasaskan-surat-palsu#ixzz2LZRsi8wy © Utusan Melayu (M) Bhd "Tuduhan Mahfuz berasaskan surat palsu"], Utusan Online, 1 Februari 2013. 23 Februari 2013.