Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel

Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (Bahasa Inggeris: American Israel Public Affairs Committee atau AIPAC) adalah pertubuhan lobi yang menekankan dasar pro-Israel di Kongres Amerika Syarikat dan cabang eksekutif Amerika Syarikat. Ia kini antara pertubuhan yang paling berkuasa dan berpengaruh di Washington.

AIPAC menegaskan kedudukan diri sebagai pertubuhan "Lobi Israel di Amerika", dengan keahlian sejagat yang termasuk wakil parti politik Demokrat serta juga golongan Republikan dan ahli politik berhaluan bebas. Akhbar The New York Times menyifatkan ia sebagai "pertubugan paling penting yang mempengaruhi hubungan Amerika dengan Israel."[1] Sebagai pertubuhan bebas tanpa untung, AIPAC dibayai sumbangan dari ahli-ahlinya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Isaiah L. "Si" Kenen nama asal AIPAC merupakan Jawatankuasa Zionis Amerika untuk Hal Ehwal Awam (American Zionist Committee for Public Affairs). Menurut profesor sains politik UCLA dan pengarang, Steven Speigel, "pergeseran antara pentadbiran Eisenhower dan penyokong-penyokong Israel begitu teruk sehingga terdapat khabar angin (yang kemudian disanggah) bahawa pentadbiran bakal menyasat Majlis Zionis Amerika. Maka dengan itu, jawatankuasa bebas untuk melobi diwujudkan, yang kemudian ditukarkan namanya menjadi AIPAC." [2] Dalam bukunya menerangkan sejarah awal AIPAC, Kenen menulis yang Jawatankuasa Eksekutif AIPAC memilih untuk menukar namanya untuk "membesarkan perwakilan dan sokongan"[3]

Michael Oren menulis dalam bukunya, Power, Faith, and Fantasy: America in the Middle East 1776 to the Present, “Meskipun ditubuhkan pada tahun 1953, AIPAC hanya kini pada pertengahan 1970-an, mendapat pengaruh wang dan politik yang ia punyai kini untuk mengerakkan pendapat kongres.

Kombinasi Ford dan Rabin merupakan krisis paling keruh dalam perhubungan A.S.-Israel semenjak terusan Suez, dengan Ford mengistiharkan "penilaian semula" sokongan Amerika terhadap negara Yahudi itu. Rabin membalas dengan menggerakkan AIPAC menentang presiden itu. Dengan ditentang oleh kedua dewan Kongres, Ford dipaksa menarik balik "penilaian semula"nya.

George Lenczowski menotakan garis masa pertengahan 1970-an serupa yang memperlihatkan kebangkitan AIPAC. "Pentadbiran Jimmy Carter juga menembung dengan kebangkitan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) sebagai kuasa dalam membentuk polisi Amerika terhadap Timur Tengah.”[4] Dia juga menotakan bahawa garisan masa ini bertembung dengan pergerakan penting dalam polisi Israel yang berhubung dengan pilihanraya Menachem Begin di Israel.

Fail Jabatan Keadilan A.S. yang dibuka pada 2008 juga melihat bahawa pentadbiran Kennedy telah mengarahkan Majlis Zionis Amerika untuk berdaftar sebagai agen asing dibawah Akta Pendaftaran Agen Asing[5]. Satu penyasatan Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat A.S.[6]menampakkan pengasas AIPAC Isaiah L. Kenen terus menerima sumbangan dari Israel untuk pelobian dan hal ehwal umum sehingga awal tahun 1960-an. Kenen sendiri pernah diperintahkan[7]untuk mendaftar semula sebagai agen asing apabila tamat jawatannya di Kementerian Luar Negara Israel.

Laman web AIPAC menyatakan bahawa pertubuhan itu telah "berkembang menjadi suatu pergerakan akar umbi 100,000 ahli."[8]

Aktiviti dan matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat yang dinyatakan AIPAC adalah untuk melobi Kongres Amerika Syarikat dalam isu dan perundangan yang berkait dengan Israel. Kesemua ini termasuk menekan kerajaan Palestin untuk berpegang pada komitmennya untuk menentang keganasan terhadap Israel, menaikkan hubungan dua hala dengan berkongsi perisikan dan bantuan berbentuk ketenteraan dan ekonomi ke Israel, menyergah Iran kerana cuba mendapatkan senjata nuklear dan membersoalkan Holokus, dan mengadakan sekatan kewangan untuk menghalang perkembangan nuklearnya.

AIPAC sentiasa bertemu dengan ahli Kongres dan mengadakan pertunjukan di tempat-tempat di mana ia boleh berkongsi pendapatnya. Seperti ramai lagi kumpulan pelobi Amerika Syarikat yang lain, ia punyai analisa rekod pengundian perwakilan A.S. dan Senator berkait dengan bagaimana mereka mengundi terhadap perundangan yang berkait kepentingannya. AIPAC bukanlah jawatankuasa tindakan politik, dan tidak secara terus menyumbang untuk kempen-kempen politik.

AIPAC tidak mengambil pendirian atas kebaikan atau tidak berperang di Iraq. Sesetengah pemerhati berpendapat bahawa kesenyapan itu adalah disebabkan sekiranya Israel diperkaitkan dengan perperangan itu ia boleh "memulaukan negara-negara Arab yang baik dengan cadangan bahawa perperangan itu adalah disebabkan kepentingan Israel."[9]

Pendirian rasmi AIPAC's berkait Iran adalah untuk membantu tindakan diplomatik dan ekonomi susulan yang dikoordinasikan bersama Amerika Syarikat, sekutu-sekutu Eropahnya, Rusia dan China.[10] Sejajar dengan pendekatan ini, AIPAC telah melobi untuk sekatan embargo ekonomi dan peningkatannya terhadap Iran.[11]

AIPAC juga telah memberikan pengajaran dalam kepimpinan politik di kampus-kampus universiti Amerika Syarikat terhadap pelajar-pelajar ijazah pertama untuk melahirkan golongan pro-Israel yang berwibawa di seluruh negara Amerika.

Pandangan AIPAC mengenai kekuatan dan pencapaiannya[sunting | sunting sumber]

AIPAC mendakwa bahawa kekuatannya terletak dalam keahliannya yang nasionaldan kebolehan menyelidik yang bagus untuk memahami kepentingan Israel dan kepentingan negara-negara lain yang mempengaruhi hubungan A.S.-Israel di sekeliling dunia. Sesetengah pencapaian AIPAC boleh dirujuk di laman webnya.[12]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

AIPAC memberi "nasihat" kepada ahli-ahli Kongres mengenai isu-isu yang dihadapi Timur Tengah hari ini, termasuk "bahaya" ekstremisme dan keganasan. Ia merupakan penyokong awal Akta Anti-Keganasan 1995 yang menyebabkan penambahan kuasa kepada FBI untuk menentang keganasan dan penambahan kuasa kepada perinkat pusat untuk mendakwa aktiviti jenayah yang berkait keganasan.

AIPAC juga menyokong peruntukan dana untuk beberapa projek ketenteraan Israel yang membuahkan beberapa pertambahan pada bekalan Tentera Darat Amerika Syarikat.[perlu rujukan] Sistem anti-peluru berpandu Arrow Israel kini adalah yang tercanggih di dunia. Ia dihasilkan secara berleluasa di satu kilang Boeing di Huntsville, Alabama untuk penggunaan oleh kedua-dua negera Amerika Syarikat dan Israel. Secara tambahan, ketenteraan A.S. membeli kereta kebal buatan Israel, kenderaan kawalan udara, dan pelbagai teknologi yang lain untuk penggunaan operasinya.

AIPAC melobi untuk bantuan dana dari Amerika untuk Israel sekaligus memastikan peruntukan yang mencecah tiga bilion setiap tahun, meskipun jumlah ini telah merudum dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Laporan Washington mengenai Hal Ehwal Timur Tengah telah mengangarkan bantuan dana semenjak tahun 1949 yang mencecah AS$ 108 bilion.[13]

The New York Times pada 6 Julai, 1987 menyifatkan AIPAC sebagai "pengaruh besar dalam pembentukan polisi Amerika di Timur Tengah."[14] Pada tahun 1997, majalah Fortune menamakan AIPAC sebagai kumpulan pengaruh kedua terkuat di Washington, D.C.[15]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

AIPAC kedangkala terlibat dalam pelbagai skandal dan kontroversi. Bekas senator iaitu William Fulbright dan pegawai kanan CIA Victor Marchetti menegaskan yang AIPAC seharusnya diarahkan mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing (FARA) [perlu rujukan]. FARA menghendaki kesemua pertubuhan yang mendapat dana dari kerajaan asing untuk berdaftar sebagai agen asing. AIPAC adalah kumpulan pelobi yang didaftarkan di Amerika dan menegaskan ia "tidak mendapat bantuan kewangan" dari Israel atau mana-mana kumpulan asing lain.[16]

Pada tahun 2006 wakil Betty McCollum dari Minnesota menuntut AIPAC meminta maaf berikutan wakil AIPAC menyifatkan undinya menentang Akta Anti-Keganasan Palestin 2006 sebagai "sokongan terhadap keganasan". McCollum menyatakan bahawa perwakilan AIPAC tidak akan dibenarkan masuk ke dalam pejabatnya sehinggalah beliau menerima suraf mohon maaf atas komen itu.[17] AIPAC mempertikaikan tuntutan McCollum dan kemudian McCollum menyatakan bahawa insiden itu "sudah berakhir".[18]

Pada tahun 1992, presiden AIPAC David Steiner dipaksa meletakkan jawatannya selepas direkodkan berbangga dengan pengaruhnya untuk mendapatkan dana bantuan bagi Israel. Steiner juga mendakwa "berunding" dengan pentadbiran Bill Clinton tentang perlantikan setiausaha negara dan pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan. [19]

Tuduhan perisikan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Skandal perisikan Lawrence Franklin

Pada bulan April 2005, pengarah polisi AIPAC Steven Rosen dan penganalisa senior Iran AIPAC Keith Weissman dipecat oleh AIPAC berikutan penyasatan FBI ke dalam kes sama ada mereka berdua telah memberikan dokumen sulit A.S. ke kerajaan Israel. Mereka kemudiannya didakwa kerana berkonspirasi untuk mendapatkan dan memberikan maklumat sulit berhubung keselamatan negara Amerika Syarikat ke Israel. [20][21]

Pada bulan Mei 2005, Jabatan Keadilan mengumumkan yang Lawrence Anthony Franklin, suatu askar simpanan Tentera Udara A.S. yang berkerja sebagai penganalisa Jabatan Pertahanan di Pentagon di pejabat Douglas Feith, telah ditahan dan didakwa oleh FBI kerana memberikan maklumat pertahanan negara yang rahsia kepada Israell. Aduan jenayah yang punyai 6 tuduhan itu tidak menamakan AIPAC secara terus akan tetapi menggambarkan satu perjumpaan makan tengahari di mana Franklin menyatakan kesediaannya memberikan maklumat kepad dua pegawai AIPAC.[22]

Penyokong[sunting | sunting sumber]

AIPAC punyai sokongan akar umbi yang meluas dalam dan luar Kongres. Sokongan yang diberikan oleh ahli kongres termasuk majoriti ahli parti Demokrat dan juga parti Republikan. Menurut majalah American Prospect, "persidangan AIPAC tahunan pada 2002 termasuk 50 senator, 190 perwakilan, dan lebih sedozen pegawai atasan pentadbiran."[22]

Ramai pemimpin politik telah berucap di persidangan-persidangan AIPAC conferences, termasuk para Presiden George W. Bush dan Bill Clinton, Naib Presiden Dick Cheney, senator-senator John McCain, Barack Obama, Hillary Clinton dan ahli-ahli kini dan lepas kedua-dua parti politik di Kongres, dan perdana menteri kini dan lepas Israel.

Penganalisa sejarah Michael Oren mengemukakan hujah beliau dalam buku keluaran tahun 2007 nya, "Power, Faith, and Fantasy", yang sokongan padu Amerika pada Israel berakar dari asal-usul Puritan-Republikan Amerika Syarikat itu sendiri. Wakil Robert Wexler (D-FL) mendakwa bahawa Amerika menyokong Israel disebabkan perkongsian impian yang serupa, sebagai "pencinta kebebasan" yang "patut punyai negara bebas dan selamat."[23] Nancy Pelosi juga menyifatkan bahawa "Amerika dan Israel berkongsi perikatan erat yang tidak berbelah bagi: pada masa kedamaian dan perperangan; pada masa senang dan susah".[24]

Kumpulan pelajar tempatan AIPAC seperti BYU Pro-Israel mendapat sokongan tempatan dan negeri melalui aktiviti akar umbi dengan pelajar-pelajar lain dan menjaga hubungan dengan pegawai lantikan dan mempromosikan perundangan pro-Israel.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Pengaruh AIPAC yang meluas sentiada menjadi kritikan berkait pendudukan pelobi itu pada polisi Amerika dan Israel dalam konflik Israel-Palestin. Pengkritik sentiasa mengatakan bahawa ia telah memutarbelitkan polisi Amerika untuk sokongan Israel.[25] dan bahawa pendapat awam Yahudi Amerika adalah pada haluan kiri AIPAC dan organisasi perdana Yahudi yang lainnya.[26]

Antara karya kritikan AIPAC paling dikenali adalah The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy oleh profesor Universiti Chicago John Mearsheimer dan profesor Fakulti Kerajaan Kennedy Universiti Harvard Stephen Walt. Kertas kerja dan buku yang terhasil menyatakan bahawa AIPAC adalah agen "de facto kerajaan asing", yang "kejayaannya disebabkan kebolehannya memberikan ganjaran pada mereka yang sokong agendanya dan menghukum mereka yang mempertikaikannya."[27]

AIPAC juga menjadi bahan kritikan oleh beberapa ahli politik terkemuka seperti Wakil Dave Obey dari Wisconsin,[28] former Senator Mike Gravel,[29] and former Representative Cynthia McKinney.[30]

Juga, bekas presiden Jimmy Carter menyatakan bahawa AIPAC meletakkan tekanan yang melarat keatas ahli politik yang bertanding merebut kerusi perwakilan yang tidak menyokong matlamat-matlamat AIPAC. [31]

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

  • Kenen, Isaiah (1981). Israel's Defense Line: Her Friends and Foes in Washington. ISBN 0-87975-159-2
  • Smith, Grant F.(2008). America's Defense Line: The Justice Department's Battle to Register the Israel Lobby as Agents of a Foreign Government. ISBN 0-9764437-2-4
  • Mearsheimer , John J. and Walt, Stephen M. (2007). The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy. ISBN 0-374-17772-4
  • Oren, Michael (2007). Power, Faith, and Fantasy: The United States in the Middle East, 1776 to 2006. ISBN 0-393-05826-3
  • Petras, James (2006). The Power of Israel in the United States. ISBN 0-932863-51-5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AIPAC Web Site [1] Accessed September 14, 2008
  2. ^ Spiegel, Steven (October 15, 1986). The Other Arab-Israeli Conflict: Making America's Middle East Policy, from Truman to Reagan. University Of Chicago Press. m/s. 52. ISBN 0226769623. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Kenen, Isaiah (1981). Israel's Defense Line: Her Friends and Foes in Washington. Prometheus Books. m/s. 110. ISBN 0879751592. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Lenczowski, George (1990). American Presidents and the Middle East. Duke University Press. m/s. 157. ISBN 0-8223-0972-6.
  5. ^ The Israel Lobby Archive [2] Accessed November 14, 2008
  6. ^ The Israel Lobby Archive [3] Accessed November 14, 2008
  7. ^ The Israel Lobby Archive [4] Accessed November 14, 2008
  8. ^ AIPAC Web Site [5] Accessed April 18, 2007
  9. ^ For Israel Lobby Group, War Is Topic A, Quietly, Washington Post, April 1, 2003.
  10. ^ A Beautiful Friendship?, The Washington Post, July 16, 2006
  11. ^ "AIPAC - Learn About AIPAC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-17. Dicapai pada 2009-01-24.
  12. ^ "AIPAC - Learn About AIPAC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-17. Dicapai pada 2009-01-24.
  13. ^ A Conservative Estimate of Total Direct U.S. Aid to Israel: $108 Billion, Shirl McArthur. Washington Report, July 2006, pages 16-17.
  14. ^ Shipler, David K. (1987-07-06). "On Middle East Policy, A Major Influence". New York Times.
  15. ^ Jewish News of Greater Phoenix. (November 11, 1998). AIPAC listed 2nd most powerful group on Fortune list.
  16. ^ "What is AIPAC? A Voice for the U.S.-Israel Relationship". aipac.org. Dicapai pada 2008-09-09.
  17. ^ McCollum, Betty (Volume 53, Number 10 · June 8, 2006). "A Letter to AIPAC". "New York Review of Books". Dicapai pada 2008-09-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ "Lawmaker, Aipac Feud After Fight Over Hamas Bill". The Forward. May 26, 2006. Dicapai pada 2008-09-09. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  19. ^ Washington Report on Middle East Affairs, Dec/Jan 1992/1993
  20. ^ "2 Senior AIPAC Employees Ousted", Washington Post, April 21, 2005
  21. ^ Ticker, Bruce. AIPAC Charges Offer Opportunity, Philadelphia Jewish Voice, September 2005. Accessed March 27, 2006.
  22. ^ a b Rozen, Laura and Vest, Jason. Cloak and Swagger Diarkibkan 2007-04-15 di Wayback Machine, The American Prospect, November 2, 2004. Accessed March 27, 2006.
  23. ^ BBC News. "Analysis: America's new Christian Zionists". May 7, 2002
  24. ^ "REP. PELOSI DELIVERS REMARKS AT THE AMERICAN ISRAEL PUBLIC AFFAIRS" (PDF). AIPAC. March 13, 2007.
  25. ^ "To Israel with love". The Economist. August 3, 2006.
  26. ^ Philip Weiss (April 23, 2007). "AIPAC Alternative?". The Nation.
  27. ^ (March, 2006). ""The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy"" (PDF). Harvard University. Diarkibkan 2009-04-19 di Wayback Machine
  28. ^ Edsall, Thomas B. (September 5, 2004). "Pro-Israel Lobby Has Strong Voice". The Washington Post. Dicapai pada 2008-08-14. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  29. ^ "Gravel Discusses Campaign Funding, Relations with Iran". The NewsHour with Jim Lehrer. October 1, 2007. Unknown parameter |episodelink= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |serieslink= (bantuan)
  30. ^ Cockburn, Alexander (August 21, 2002). "From Cynthia McKinney to Katha Pollitt, to the ILWU to Paul Krugman". CounterPunch. Dicapai pada 2008-08-14. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  31. ^ Jimmy Carter Man from Plains, 2007

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]