Menachem Begin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menachem Begin
מְנַחֵם בְּגִין
Perdana Menteri Israel ke-6
Dalam jawatan
1977–1983
Didahului olehYitzhak Rabin
Digantikan olehYitzhak Shamir
Butiran peribadi
Lahir16 Ogos 1913
Brest, Empayar Rusia
Meninggal dunia9 Mac 1992
Tel Aviv, Israel
Parti politikLikud

Mengenai audio iniMenachem Wolfovich Begin  (16 Ogos 19139 Mac 1992) (bahasa Ibrani: מְנַחֵם בְּגִין) ialah seorang Yahudi-Poland yang merupakan ketua Irgun, sebuah kumpulan bawah tanah Zionisme, serta pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan Perdana Menteri Israel Parti Likud yang pertama.

Walaupun dihormati oleh banyak orang Israel, warisan Begin masih menimbulkan banyak perbalahan dan pecah belah. Sebagai ketua kumpulan Irgun, beliau memainkan peranan yang utama dalam pemberontakan Yahudi terhadap Mandat Palestin British dan oleh itu, telah dianggap sebagai pengganas oleh pihak British. Perbuatan-perbuatannya amat dikesali oleh pimpinan Zionisme aliran utama dan akhirnya mengakibatkan beliau diketepikan. Mengalami lapan kekalahan berturut-turut pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi perdana menteri, Begin mula mewakili para penentang terhadap kerajaan yang diketuai oleh Parti Mapai Yahudi Ashkenazi. Kemenangannya dalam pilihan raya pada tahun 1977 bukan sahaja mengakhiri tiga dekad hegemoni politik Parti Buruh, tetapi juga melambangkan penjajaran semula sosial yang baru, dengan komuniti-komuniti yang sehingga ini diketepikan diberikan pengakuan umum. Bagaimanapun, setakat mana perubahan perlambangan ini telah dijadikan dasar kerajaannya masih amat dipertikaikan.

Walaupun Begin memantapkan kedudukannya sebagai seorang ahli ideologi konservatif yang membara, pencapaian utamanya yang pertama sebagai Perdana Menteri adalah untuk merundingkan Persetujuan Kem David dengan Presiden Anwar Sadat dari Mesir pada tahun 1978. Dalam perjanjian itu, beliau bersetuju untuk mengundurkan semua askar Pasukan Pertahanan Israel dari Semenanjung Sinai dan mengembalikannya kepada Mesir. Walaupun demikian, pada tahun-tahun berikut, khususnya semasa penggal keduanya sebagai Perdana Menteri sejak tahun 1981, kerajaan Begin mula menuntut semula agenda nasionalisme dan menggalakkan perluasan petempatan Yahudi di wilayah-wilayah pendudukan Israel. Sebagai balasan terhadap serangan-serangan dari utara, beliau memberikan kebenaran untuk sebuah serangan terhad masuk ke Lebanon selatan pada tahun 1982 yang dengan cepatnya bertambah buruk menjadi sebuah perang penuh. Ketika penglibatan tentera Israel semakin mendalam, Begin semakin menjadi murung dan berat mulut, akibat ketidakupayaan mengawal operasi ketenteraannya di Lebanon serta ketakstabilan ekonomi yang beransur-ansur merosot terus-menerus menjadi hiperinflasi. Tekanan awam yang ditambah buruk lagi oleh kematian isterinya, Aliza, pada November 1982, menambah lagi penarikan diri daripada kehidupan awam sehingga peletakan jawatannya pada September 1983.

Buku-buku oleh Menachem Begin[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Ze'ev Schiff dan Ehud Ya'ari, Israel's Lebanon War, Touchstone, 1985
  • Ilan Peleg, Begin’s foreign policy, 1977-1983 : Israel’s move to the right, Percetakan Greenwood, 1987
  • Colin Shindler, The Land Beyond Promise : Israel, Likud and the Zionist Dream, I.B.Tauris, 2002
  • Eric Silver, Begin: A biography, Weidenfeld & Nicolson, 1984
  • Sasson Sofer, Begin: An anatomy of leadership, Basil Blackwell, 1988

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman web rasmi[sunting | sunting sumber]

Pautan-pautan lain[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
parti baru
Ketua Parti Herut
1948-1973
Diikuti oleh:
Parti Likud
Didahului oleh
parti baru
Ketua Parti Likud
1973-1982
Diikuti oleh:
Yitzhak Shamir
Didahului oleh
Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
1977-1983
Diikuti oleh:
Yitzhak Shamir
Didahului oleh
Moshe Dayan
Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Israel
1979-1980
Diikuti oleh:
Yitzhak Shamir
Didahului oleh
Ezer Weizman
Menteri Pertahanan Israel
1980-1981
Diikuti oleh:
Ariel Sharon