Jiggy Masin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Aizat bin Ahmad Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy Masin adalah merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan karier seninya pada 2012 dengan menyertai Raja Lawak musim keenam bersama rakannya ketika itu. Namun bakat beliau mula dikenali ramai setelah menyertai Maharaja Lawak Mega pada tahun 2017.

Jiggy Masin
Kelahiran
Mohammad Aizat bin Ahmad Nazri

1990 (umur 31–32)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganElly Arifin (k. 2016; c. 2020)

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Jiggy Masin menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang pelakon dan pengacara Elly Arifin pada September 2016 setelah hampir 7 tahun menjalin hubungan cinta bersama. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 4 tahun sahaja apabila pada mereka telahpun disahkan bercerai pada Januari 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Bagaimanapun mereka berdua bertindak enggan mengulas lebih lanjut akan punca utama sebab penceraian mereka tersebut kepada pihak media. [1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Guard Komando Dollah TV9

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Raja Lawak (musim 6) Peserta Astro Prima Bersama kumpulan Gman
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Peserta Astro Warna Bersama kumpulan Masin
2020 Shuk Nak Tanya Artis jemputan Awesome TV Tetamu jemputan episod 5
2021 Mencari Sepahtu Yang Hilang Pengacara Astro Warna Bersama Ramona Zamzam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mustazah GP "Elly Arifin dan Jiggy Masin Sudah Bercerai Sejak Januari..." [1] Illuminasi.