Pergi ke kandungan

Elly Arifin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elly Arifin
إيلي عريفين
Kelahiran
Nurul Elyana binti Kamalul Arifin

(1989-11-21) 21 November 1989 (umur 36)[1]
Pendidikan
  • Diploma In Broadcasting Bachelor
  • Degree in Creative Industry Management
Pusat pendidikan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pengacara
  • Wartawan penyiaran
  • Penyanyi
  • Penerbit
  • Penyampai radio
Tahun aktif2010–kini
MajikanStar Media Radio Group (2025–kini)
Karya
Filemografi
PasanganJiggy Masin (k. 2016; c. 2020)

Nurul Elyana Kamalul Arifin atau lebih dikenali sebagai Elly Arifin (lahir 21 November 1989) ialah seorang pelakon, pengacara, wartawan penyiaran, penyanyi dan penerbit wanita Malaysia. Beliau terkenal kerana mengacarakan rancangan televisyen seperti hLive, Unplugged dan Propaganza di saluran Astro Ria. Memulakan kariernya dalam industri hiburan selepas beliau melanjutkan praktikal diploma di Astro Awani menerusi program Gala TV. Kemudian Elly bekerja sebagai wartawan penyiaran separuh masa di situ selama setahun sehingga dipanggil untuk berkhidmat di dalam program Propaganza.

Selepas menimba pengalaman di situ, beliau ditawarkan bekerja sebagai penyampai radio separuh masa di radio nombor satu Malaysia, Era FM selama 5 tahun. Beliau juga sempat belajar menjadi penerbit program pagi iaitu Johara Pagi Era menggantikan penerbit asal yang sedang bercuti. Dalam masa yang sama, program baru, hLive melamar Elly untuk menjadi salah seorang wartawan penyiaran bersama barisan wartawan baru yang lain. Setelah beberapa tahun, Elly ditawarkan untuk menjadi pengacara seterusnya penerbit dan menerbit beberapa program di bawah pengelolaan Thinker Studios sehingga tahun 2021.

Beliau membuat keputusan untuk berhenti bekerja di Astro untuk mengejar cita-cita sebagai seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penerbit secara freelance.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Klinik Melawati dan tinggal di Taman Keramat sehingga berusia 9 tahun. Anak kelima dari lima orang adik beradik. Beliau dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu dari usia 9 tahun sehingga tamat persekolahan.

Ketika menetap di Terengganu, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring dan berpindah ke Sekolah Rendah Kompleks Gong Badak pada usia 10 tahun. Selepas tamat persekolahan rendah, beliau memilih untuk belajar di Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak di Kuala Terengganu. Selepas PMR, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan untuk melanjutkan pembelajarannya di sana. Semasa persekolahan beliau juga aktif dalam sukan seni bela diri iaitu Taekwondo (tali pinggang hitam) dan Silat Terlak Empat di Kelantan. Beliau pernah mewakili peringkat daerah ke kejohanan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) untuk sukan Taekwondo dan Kejohanan Silat Olahraga Peringkat Negeri Kelantan dalam sukan Silat Olahraga. Sehingga kini beliau masih berminat dengan sukan lasak.

Sebelum menduduki SPM, ayah beliau iaitu Kamalul Arifin telah meninggal dunia. Beliau menamatkan pembelajaran SPM dan memasuki institut pengajian swasta yang dipanggil sebagai Malaysia Institute of Integrative Media atau MIIM. Elly mengambil jurusan Diploma In Broadcasting selama 3 tahun. Kemudian beliau meneruskan pembelajarannya di peringkat ijazah dalam jurusan Bachelor Creative Industry Management dari tahun 2018 sehingga 2023 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kuala Lumpur.

Beliau berkahwin dengan pelakon dan pelawak Jiggy Masin pada 9 September 2016, tetapi memfailkan perceraian pada Januari 2020. Elly pernah mengalami keguguran pada tahun 2019 dan tidak dikurniakan anak selepas itu.[2][3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
6 Oktober 2025 – 14 November 2025 Morning-Morning Suria Suria
17 November 2025 – kini Pagi on Suria
  1. ↑ "Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara ke Pentas Lakonan". Azhan.co. 11 Jun 2017.
  2. ↑ Najiy Jefri (25 Mac 2020). Elly dan Jiggy Masin sudah bercerai sejak Januari Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  3. ↑ Fatin Farhana Arifin (25 Mac 2020). Siapa yang kahwin mahu cerai? - Elly Arifin Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]