Juanfran Torres

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juanfran
Maklumat peribadi
Nama penuh Juan Francisco Torres Belén
Tarikh lahir (1985-01-09) 9 Januari 1985 (umur 39)
Tempat lahir Crevillent, Sepanyol
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Madrid
Nombor 20
Kerjaya remaja
Kelme
Real Madrid
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2005 Real Madrid B 56 (7)
2004–2006 Real Madrid 6 (0)
2005–2006Espanyol (pinjaman) 30 (1)
2006–2011 Osasuna 148 (12)
2011– Atlético Madrid 124 (2)
Pasukan kebangsaan
2003 Sepanyol B17 4 (1)
2003 Sepanyol B18 3 (0)
2004 Sepanyol B19 4 (1)
2003–2005 Sepanyol B20 11 (3)
2004–2006 Sepanyol B21 9 (0)
2012– Sepanyol 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2014

Juan Francisco Torres Belén (Sebutan Sepanyol: [ˈxwamfɾan ˈtorez βeˈlen]; lahir 9 Januari 1985), ataupun dikenali sebagai Juanfran, merupakan pemain bola sepak sepanyol

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Juanfran memasuki skuad senior Real Madrid pada 24 Januari 2004 dengan bermain selama 15 minit ketika menang 2-1 ke atas Villarreal CF. Juanfran dipinjam ke Espanyol untuk musim 2005-06.[1] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Espanyol pada 22 Mac 2006 ketika seri 1–1 menentang Athletic Bilbao. Beliau memulakan kerjayanya di posisi sayap.

Osasuna[sunting | sunting sumber]

Juanfran menandatangani CA Osasuna dengan bayaran sebanyak 10 juta dan menandatangani kontrak empat tahun. Beliau membuat debut untuk Osasuna pada 24 September 2006 menentang Celta de Vigo. Beliau menjaringkan gol kedua untuk Osasuna pada perlawanan itu dan Osasuna menang 2-0. Beliau telah bermain sembilan perlawanan dan menjaringkan satu gol pada musim pertamanya bersama Osasuna.[2]

Pada musim 2008-09, beliau menjaringkan gol dari jarak 30 meter ketika menang 2-1 ke atas bekas kelabnya, Real Madrid pada 31 Mei 2009.[3] Pada musim berikutnya, Osasuna kelihatan teruk selepas menduduki tempat ke-12 liga dan Juanfran hanya menjaringkan empat gol.

Atlético Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2011, Juanfran menandatangani Atlético Madrid sehingga Jun 2015 dengan bayaran sebanyak €4 juta.[4] Beliau membuat debut untuk Colchoneros dua hari kemudian, tewas 3-1 kepada Real Madrid pada perlawanan Copa del Rey.

Juanfran menjaringkan gol pertamanya untuk Atlético pada 21 Mei 2011, ketika menang tipis 4–3 ke atas Mallorca. Perlawanan itu merupakan perlawanan terakhir kempen liga 2010-11.[5] Pada musim 2011-12, beliau bermain di posisi pertahanan yang diuruskan oleh pengurus baru, Diego Simeone. Pada 24 Mei 2014, Juanfran bermain 120 minit ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2013-14 di mana Atletico tewas 4-1 kepada Real Madrid di Estádio da Luz.[6] Sebulan kemudian, beliau melanjutkan kontraknya sehingga 2018.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Juanfran membuat debut untuk pasukan kebangsaan Sepanyol pada 26 Mei 2012 menentang Serbia, Sepanyol menang 2-0. Beliau kemudian dipilih oleh pengurus Vicente del Bosque untuk skuad UEFA Euro 2012, di mana Sepanyol menang pada kejohanan itu buat kali ketiga.

Juanfran menjaringkan gol pertamanya untuk Sepanyol pada 16 November 2013 ketika menentang Guinea Khatulistiwa, Sepanyol menang 2-1. Walau bagaimanapun, perlawanan itu tidak diiktiraf oleh FIFA. Beliau termasuk dalam senarai akhir 23 pemain Sepanyol yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[7] Beliau bermain untuk Sepanyol pada kejohanan itu ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Australia. Beliau juga membuat hantaran kepada David Villa untuk menjaringkan gol pembukaan dan Sepanyol menang 3–0.[8]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2012 5 0
2013 1 0
2014 4 0
Jumlah 10 0

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
16 November 2013 Malabo, Guinea Khatulistiwa  Guinea Khatulistiwa
2–1
2–1
Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Espanyol
Atlético Madrid

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol B19
Sepanyol

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Madrid loan lifts Espanyol; UEFA.com, 15 August 2005
  2. ^ Osasuna complete Italian job; UEFA.com, 14 December 2006
  3. ^ Osasuna 2–1 Real Madrid Diarkibkan 2012-10-26 di Wayback Machine; ESPN Soccernet, 31 May 2009
  4. ^ Atletico signs winger Juanfran from Osasuna; Sports Illustrated, 12 January 2011
  5. ^ La Liga: Mallorca 3–4 Atlético; Atlético Fans, 21 May 2011
  6. ^ "Real Madrid 4–1 Atlético Madrid". BBC Sport. 24 May 2014. Dicapai pada 25 May 2014.
  7. ^ "World Cup 2014: Spain drop Alvaro Negredo and Jesus Navas". BBC Sport. 31 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014.
  8. ^ Chowdhury, Saj (23 June 2014). "Australia 0–3 Spain". BBC Sport. Dicapai pada 24 June 2014.