Sergio Busquets

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sergio Busquets
Busquets bermain untuk Sepanyol in 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Sergio Busquets Burgos[1]
Tarikh lahir (1988-07-16) 16 Julai 1988 (umur 35)
Tempat lahir Sabadell, Sepanyol
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Miami
Nombor 5
Kerjaya remaja
CD Badia
Barberà Andalucía
1999–2003 Lleida
2003–2005 Unió Jabac
2005–2007 Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006 Barcelona C 1 (0)
2008–2023 Barcelona 481 (11)
2023– Inter Miami 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Sepanyol B21 3 (1)
2009–2022 Sepanyol 143 (2)
2008– Catalonia 8 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 07:16, 21 September 2023 (UTC)

Sergio Busquets Burgos (Catalan: [busˈkɛts],[2] Sebutan Sepanyol: [ˈseɾxjo βusˈkets]; lahir 16 Julai 1988) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk Inter Miami.

Hanya bermain untuk satu kelab, dia menyertai pasukan pertama Barcelona pada bulan Julai 2008, dan membuat lebih dari 600 penampilan. Dia adalah sebahagian dari pasukan mereka yang memenangi tiga trofi pada musim yang sama iaitu La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2008-09 dan musim 2014–15.

Busquets membuat debut senior antarabangsa untuk Sepanyol pada bulan April 2009, dan sejak itu telah membuat lebih dari 120 penampilan untuk pasukan kebangsaan. Dia membantu negara memenangi kejohanan Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, dan juga tampil di dua Piala Dunia lain dan benerapa Kejohanan Eropah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2008, Busquets bermain pada perlawanan pertamanya di La Liga menentang Racing de Santander, seri 1-1. Pada 22 Oktober 2008, ketika perlawanan Liga Juara-Juara Barcelona menentang FC Basel, beliau menjaringkan gol kedua Barca pada minit ke-15 pada perlawanan peringkat kumpulan.[3]

Pada 22 Disember 2008, Busquets melanjutkan kontraknya sehingga 2013 dengan bayaran 80 juta.[4] Pada 7 Mac 2009, beliau menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang 2-0 ke atas Athletic Bilbao.

Pada 27 Januari 2011, beliau melanjutkan kontraknya sehingga 2015 dengan bayaran €150 juta.[5] Pada 8 Mac, beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang Arsenal pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara dan keputusan seri 1-1 (Barcelona menang 3-1 secara agregat).[6]

Pada 16 Julai 2013, ketika meraikan hari ulang tahunnya ke-25, Busquets bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2018.[7] Pada 1 Ogos 2014, selepas persaraan Carles Puyol dan atas permintaan Puyol, Busquets diberi jersi nombor 5 pada kempen 2014-15.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Busquets bersama pingat Piala Dunia 2010.

Pada 11 Februari 2009, Busquets menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangaan Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang England. Beliau akhirnya membuat debut untuk La Furia Roja pada 1 April 2009, pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Turki, Sepanyol menang 2-1.

Busquets dipilih oleh pengurus Vicente del Bosque untuk saingan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau bermain kesemua perlawanan dan minit pada kejohanan itu kecuali 30 minit terakhir ketika tewas 1-0 kepada Switzerland pada peringkat kumpulan.

Pada 8 September 2014, Busquets menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menang 5-1 ke atas Macedonia pada perlawanan kelayakan Euro 2016.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bapa Busquets, Carles, juga merupakan pemain bola sepak. Dia bermain sebagai penjaga gol untuk Barcelona selama beberapa tahun selama tahun 1990-an, walaupun hampir secara eksklusif sebagai pemain simpanan.[10]

Pada tahun 2014, Busquets memulakan hubungan dengan Elena Galera. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2016[11] dan 2018.[12] Dia memiliki tatu berbahasa Arab di lengan bawah kirinya yang diterjemahkan menjadi "Sesuatu untuk anda, kehidupan di negara saya", yang dikhaskan untuk datuknya yang sangat dekat dengannya.[13]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Ogos 2021
Penampilan dan jaringan mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala Raja Sepanyol Eropah Lain-lain Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Barcelona B 2007–08[14] Tercera División 23 2 23 2
2008–09[15] Segunda División B 2 0 2 0
Jumlah 25 2 25 2
Barcelona 2008–09[16] La Liga 24 1 9 0 8[a] 2 41 3
2009–10[16] 33 0 4 0 10[a] 0 5[b] 1 52 1
2010–11[16] 28 1 5 0 12[a] 0 1[c] 0 46 1
2011–12[16] 31 1 8 0 10[a] 1 3[d] 0 52 2
2012–13[16] 31 1 4 0 8[a] 0 2[c] 0 45 1
2013–14[16] 32 1 5 1 9[a] 1 2[c] 0 48 3
2014–15[16] 33 1 4 0 10[a] 0 47 1
2015–16[16] 35 0 5 0 9[a] 0 4[e] 0 53 0
2016–17[16] 33 0 5 0 8[a] 0 2[c] 0 48 0
2017–18[16] 31 1 7 0 10[a] 0 2[c] 0 50 1
2018–19[16] 35 0 6 0 12[a] 0 1[c] 0 54 0
2019–20[16] 33 2 2 0 7[a] 0 1[c] 0 43 2
2020–21[16] 36 0 6 0 6[a] 0 2[c] 0 50 0
2021–22[16] 2 0 0 0 0[a] 0 0[c] 0 2 0
Jumlah 417 9 70 1 119 4 25 1 631 15
Jumlah kerjaya 442 11 70 1 119 4 25 1 656 17
Notes
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  2. ^ Satu penampilan di Piala Super UEFA, dua penampilan di Piala Super Sepanyol, dua penampilan dan satu gol di Piala Dunia Kelab FIFA
  3. ^ a b c d e f g h i Penampilan di Piala Super Sepanyol
  4. ^ Satu penampilan di Piala Super UEFA, satu penampilan di Piala Super Sepanyol, satu penampilan di Piala Dunia Kelab FIFA
  5. ^ Satu penampilan di Piala Super UEFA, satu penampilan di Piala Super Sepanyol, dua penampilan di Piala Dunia Kelab FIFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Busquets (paling kanan) beraksi untuk Sepanyol pada tahun 2017
Sehingga 6 July 2021[17]
Penampilan dan jaringan mengikut pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Sepanyol 2009 10 0
2010 16 0
2011 11 0
2012 14 0
2013 12 0
2014 11 2
2015 8 0
2016 12 0
2017 8 0
2018 9 0
2019 5 0
2020 4 0
2021 7 0
Jumlah 127 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 November 2014. Skor dan keputusan menyenaraikan jumlah gol Sepanyol terlebih dahulu. Lajur skor menunjukkan skor selepas setiap gol Busquets.[17]
Senarai gol antarabangsa yang dijaringkan oleh Sergio Busquets
No. Tarikh Tempat Kaps Pihak lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 8 September 2014 Ciutat de València, Valencia, Sepanyol 70  Macedonia 3–1 5–1 Kelayakan UEFA Euro 2016
2 15 November 2014 Nuevo Colombino, Huelva, Sepanyol 73  Belarus 2–0 3–0

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Barcelona

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol

Individu[sunting | sunting sumber]

Dekorasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 Jun 2010. m/s. 29. Dicapai pada 13 September 2013.
  2. ^ "How to pronounce Carles Busquets". Forvo. 12 Oktober 2008. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  3. ^ "Basel overwhelmed by five-star Barça". UEFA.com. 22 Oktober 2008. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  4. ^ "Busquets thrilled to commit future to Barça". UEFA.com. 22 Disember 2008. Dicapai pada 22 Disember 2008.
  5. ^ Busquets signs new Barca deal Diarkibkan 2011-01-30 di Wayback Machine; ESPN Soccernet, 27 January 2011
  6. ^ "Brilliant Barcelona outgun ten-man Arsenal". UEFA.com. 8 Mac 2011. Dicapai pada 9 Mac 2011.
  7. ^ "Barcelona renews Sergio Busquets' contract through 2018". Sports Illustrated. 16 Julai 2013. Dicapai pada 23 Oktober 2013.
  8. ^ Www.Fcbarcelona.Cat. "Sergio Busquets inherits the legendary number 5 shirt". FC Barcelona. Dicapai pada 9 Ogos 2014.
  9. ^ "Euro 2016 qualifiers: Spain back in groove with easy win over Macedonia". The Guardian. 8 September 2014. Dicapai pada 9 September 2014.
  10. ^ "Tú, tranquilo; ya me pondré nervioso yo" ("You, be cool; i'll be nervous for two"); El País, 26 May 2009 (dalam bahasa Sepanyol)
  11. ^ El hijo de Sergio Busquets se llama Enzo (The son of Sergio Busquets is called Enzo); Sport, 10 March 2016 (dalam bahasa Sepanyol)
  12. ^ "Sergio Busquets da la bienvenida a su segundo hijo" [Sergio Busquets welcomes his second son]. La Vanguardia (dalam bahasa Spanish). 18 September 2018. Dicapai pada 11 Ogos 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "The Arabic tattoo of Busquets". FC Barcelona Blog. 25 Oktober 2008. Dicapai pada 2 Julai 2017.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BLAU tidak disediakan
  15. ^ "Busquets: Sergio Busquets Burgos: 2008–09". BDFutbol. Dicapai pada 3 April 2017.
  16. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Sergio Busquets". Soccerway. Dicapai pada 19 Februari 2018.
  17. ^ a b "Sergio Busquets". European Football. Dicapai pada 8 Mei 2017.