Gerard Piqué

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerard Piqué
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerard Piqué Bernabeu[1]
Tarikh lahir (1987-02-02) 2 Februari 1987 (umur 37)
Tempat lahir Barcelona, Sepanyol
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 3
Kerjaya remaja
1997–2004 Barcelona
2004–2005 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2008 Manchester United 12 (0)
2006–2007Real Zaragoza (pinjaman) 22 (2)
2008–2022 Barcelona 397 (29)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Sepanyol B16 7 (2)
2004 Sepanyol B17 8 (3)
2006 Sepanyol B19 8 (3)
2007 Sepanyol B20 5 (1)
2006–2008 Sepanyol B21 12 (1)
2009–2022 Sepanyol 102 (5)
2004–2022 Catalonia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Disember 2014

Gerard Piqué i Bernabeu (Sebutan Sepanyol: [ʝeˈɾar piˈke i βernaˈβeu]; lahir 2 Februari 1987) merupakan bekas pemain bola sepak Sepanyol yang pernah bermain untuk FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Piqué memulakan kerjayanya di pasukan remaja FC Barcelona sebelum beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk Manchester United. Liga Perdana Inggeris mengatakan mereka tidak perlu membuat bayaran kepada Piqué kerana beliau terlalu muda untuk menandatangani kontrak profesional.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Piqué membuat debut untuk Manchester United pada 2004, menang 3–0 ke atas Crewe Alexandrara pada perlawanan piala liga. Beliau menggantikan John O'Shea pada hujung perlawanan.[3] Beliau membuat debut penuh pada 29 Mac 2006 menentang West Ham United pada perlawanan liga.[4]

Beliau kemudian menandatangani kontrak baru pada Februari 2005, di mana beliau kekal bersama United sehingga musim panas 2009. Pada 4 Ogos 2006, Real Zaragoza ingin meminjam Piqué selama satu musim. Beliau kemudian membuat 22 penampilan untuk kelab La Liga itu.

Pada 5 Mei 2007, Piqué dilaporkan akan ke Old Trafford pada musim berikutnya. Sir Alex Ferguson berniat untuk menilai Pique di La Romareda pada 6 Mei sebelum mesyuarat di mana kedua-dua pihak akan membincangkan prospek masa depan Pique dengan kelab itu. Bagaimanapun, Ferguson tidak dapat hadir kerana masalah penerbangan.[5]

Piqué kembali ke Old Trafford dan bermain sembilan perlawanan liga pada musim 2007–08. Beliau kemudian menjaringkan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara, menang 4-0 ke atas Dynamo Kiev pada 7 November 2007.[6]

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Piqué bersama Barcelona selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008-09

Pada 27 Mei 2008, Piqué menandatangani kontrak empat tahun bersama FC Barcelona dengan bayaran 5 juta.[7] Barcelona membayar £5 juta untuk pemain itu.[8]

Piqué menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada 26 November 2008 ketika menang 5–2 ke atas Sporting pada perlawanan Liga Juara-Juara.[9][10] Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 29 Januari 2009 menentang Espanyol pada perlawanan Copa del Rey.[11][12]

Pada 13 Mei 2009, beliau menjulang trofi pertamanya bersama Barcelona selepas membantu kelabnya menang 4-1 ke atas Athletic Bilbao pada perlawanan akhir Copa del Rey 2009.[13] Tiga hari kemudian, Barcelona menjadi juara liga musim 2008-09 selepas Real Madrid tewas mengejut 3-2 kepada Villarreal.[14]

Pada 19 Disember 2009, Piqué bermain untuk Barcelona pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2009 menentang Estudiantes de La Plata, 2-1. Beliau berjaya membuat hantaran kepada Pedro Rodríguez pada minit ke-89 dan berjaya mengheret ke masa tambahan.[15]

Pada 26 Februari 2010, Piqué menandatangani kontrak baru bersama Barcelona dan beliau kekal sehingga musim panas 2015.[16][17] Pada 28 Mei 2011, Piqué bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua. Barça menewaskan Manchester United 3–1 di Stadium Wembley. Pada 1 Mei 2013, Piqué menjaringkan gol sendiri untuk Bayern Munich, Bayern menang 2-0. Barca tewas memalukan 7-0 kepada Bayern secara agregat.[18]

Pada 20 Mei 2014, Piqué menandatangani kontrak baru bersama Barcelona sehingga 2019.[19]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Piqué di Palacio de la Moncloa untuk meraikan kejayaan Piala Dunia FIFA 2010.

Pada 6 Februari 2009, Piqué dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang England pada 11 Februari, Sepanyol menang 2-0. Pada 28 Mac 2009, beliau dipanggil untuk menggantikan tempat Carles Puyol yang tercedera dan beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, 1-0 menang ke atas Turki.[20]

Piqué bermain untuk Sepanyol pada kejohanan pertamanya pada Piala Konfederasi FIFA 2009. La Roja menduduki tempat ketiga pada kejohanan itu.

Piqué dan Puyol menjadi pilihan pertama pertahanan Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Sepanyol kemudian menewaskan Belanda, 1-0 pada perlawanan akhir.[21]

Piqué bermain pada setiap perlawanan di UEFA Euro 2012 bersama Sergio Ramos yang bermain di pertahanan tengah. Beliau juga berjaya menyudahkan tendangan penalti ketiga pada peringkat kalah mati menentang Portugal. Pada perlawanan akhir, Sepanyol mudah menang 4-0 ke atas Itali. Piqué salah satu daripada tiga pemain pertahanan Sepanyol pada Pasukan Kejohanan.

Pada 30 Jun 2013 iaitu pada perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2013 menentang Brazil, Piqué dibuang padang selepas mengasari Neymar pada minit ke-68. Perlawanan itu menghancurkan rekod Sepanyol tanpa kalah 29 perlawanan pada kejohanan antarabangsa.[22]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2009 13 4
2010 16 0
2011 8 0
2012 11 0
2013 9 2
2014 8 1
Jumlah 65 4

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Mac 2009 Madrid, Sepanyol  Turki
1–0
1–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2
12 Ogos 2009 Skopje, Macedonia  Macedonia Utara
2–2
2-3
Persahabatan
3
5 September 2009 La Coruña, Sepanyol  Belgium
3–0
5–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4
14 Oktober 2009 Zenica, Bosnia dan Herzegovina  Bosnia dan Herzegovina
0–1
2–5
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Other[23] Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Manchester United 2004–05 Liga Perdana Inggeris 0 0 1 0 1 0 1 0 0 0 3 0
2005–06 3 0 2 0 2 0 0 0 0 0 7 0
Sepanyol Zaragoza (pinjaman) 2006–07 La Liga 22 2 6 1 0 0 0 0 28 3
Jumlah 22 2 6 1 0 0 0 0 28 3
England Manchester United 2007–08 Liga Perdana Inggeris 9 0 0 0 1 0 3 2 0 0 13 2
Jumlah 12 0 3 0 4 0 4 2 0 0 23 2
Sepanyol Barcelona 2008–09 La Liga 25 1 6 1 14 1 0 0 45 3
2009–10 32 2 1 0 11 2 5 0 49 4
2010–11 31 3 7 0 12 1 1 0 51 4
2011–12 22 2 8 0 5 0 3 0 38 2
2012–13 28 2 4 1 10 0 2 0 44 3
2013–14 26 2 2 0 9 2 2 0 39 4
2014–15 11 2 0 0 4 1 0 0 15 3
Jumlah 175 14 28 2 65 7 13 0 281 23
Jumlah kerjaya 209 16 37 3 4 0 69 9 13 0 332 28

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Piqué menjulang trofi Euro 2012
Manchester United
Barcelona

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol

Individu[sunting | sunting sumber]

Dekorasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). 4 June 2010. m/s. 29. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 13 September 2013.
  2. ^ "Gerard Piquè profile". FC Barcelona. Dicapai pada 20 August 2014.
  3. ^ "Crewe 0–3 Man Utd". BBC Sport. 26 October 2004. Dicapai pada 27 May 2008.
  4. ^ "Report: United 1 West Ham 0". ManUtd.com. Manchester United. Dicapai pada 24 June 2010.
  5. ^ Hibbs, Ben (5 April 2005). "Pique set for OT return". ManUtd.com. Manchester United. Dicapai pada 18 May 2008.
  6. ^ McNulty, Phil (7 November 2007). "Man Utd 4–0 Dynamo Kiev". BBC News. Dicapai pada 3 May 2010.
  7. ^ "Piqué comes back home". FCBarcelona.com. FC Barcelona. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-11. Dicapai pada 25 June 2010.
  8. ^ Lowe, Sid (25 May 2009). "Gerard Piqué is back at Camp Nou, the man with Barcelona in his DNA". guardian.co.uk. Guardian News and Media. Dicapai pada 30 November 2010.
  9. ^ "Sporting Lisbon 2 – 5 Barcelona". ESPNFC.com. ESPN. 26 November 2008. Dicapai pada 12 March 2013.
  10. ^ "Jose Mourinho's Inter Milan progress despite defeat to Panathinaikos". The Telegraph. Telegraph Media Group. 26 November 2008. Dicapai pada 12 March 2013.
  11. ^ "Barcelona 3 – 2 Espanyol". ESPNFC.com. ESPN. 29 January 2009. Dicapai pada 2 July 2009.
  12. ^ "Barcelona into Copa del Rey semis". The Telegraph. Telegraph Media Group. 29 January 2009. Dicapai pada 12 March 2013.
  13. ^ "Barcelona defeat Athletic Bilbao to win Copa del Rey". The Telegraph. Telegraph Media Group. 14 May 2009. Dicapai pada 12 March 2013.
  14. ^ "Real Madrid loss hands La Liga title to Barcelona". The Telegraph. Telegraph Media Group. 16 May 2009. Dicapai pada 12 March 2013.
  15. ^ "Barcelona add world title to trophy haul". CNN. 19 December 2009. Dicapai pada 10 August 2013.
  16. ^ "Pique signs new Barcelona deal". MirrorFootball. Mirror Group Newspapers. 26 February 2010. Dicapai pada 12 March 2013.
  17. ^ "Piqué extends Barcelona contract". UEFA.com. UEFA. 26 February 2010. Dicapai pada 12 March 2013.
  18. ^ [1] ESPN Soccernet, 1 May 2013
  19. ^ "Gerard Piqué signs on till 2019". FC Barcelona. 20 May 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
  20. ^ "Del Bosque Analyses Spain's Turkey Win". Goal.com. 29 March 2009. Dicapai pada 25 June 2010.
  21. ^ McCarra, Kevin (11 July 2010). "World Cup 2010 final: Andrés Iniesta finds key for Spain to beat Holland". The Guardian. Guardian News and Media. Dicapai pada 12 March 2013.
  22. ^ "Brazil Caps Confederations Cup Marked by Protests With Title". Bloomberg. 1 July 2013. Dicapai pada 10 August 2013.
  23. ^ Termasuk Perisai Komuniti FA, Supercopa de España, Piala Super UEFA, Piala Antara Benua, Piala Dunia Kelab FIFA