Santi Cazorla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santi Cazorla
Maklumat peribadi
Nama penuh Santiago Cazorla González
Tarikh lahir (1984-12-13) 13 Disember 1984 (umur 39)
Tempat lahir Llanera, Sepanyol
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6 in)[1]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor 19
Kerjaya remaja
1992–1996 Covadonga
1996–2003 Oviedo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Villarreal B 40 (4)
2003–2006 Villarreal 54 (2)
2006–2007 Recreativo 34 (7)
2007–2011 Villarreal 127 (23)
2011–2012 Málaga 38 (9)
2012– Arsenal 76 (16)
Pasukan kebangsaan
2004–2006 Sepanyol B21 7 (0)
2008– Sepanyol 69 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Santiago "Santi" Cazorla González (Sebutan Sepanyol: [ˈsanti kaˈθorla ɣonˈθaleθ]; lahir 13 Disember 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Beliau bermain di posisi sayap dan pemain tengah. Beliau juga berperanan mengawal bola dengan cantik untuk menghantar hantaran lintang.[2][3] Cazorla telah disenaraikan sebagai 10 pemain terbaik dunia dari Bloomberg pada tahun 2013.[4]

Pada tahun 2012, Arsenal telah menandatangani Cazorla dari Malaga membuatkan impak baharu buat Arsenal. Dalam musim 2012-13, iaitu tahun pertama Cazorla di Arsenal, Cazorla telah membuat 13 hantaran, di mana beliau telah diundi sebagai "Arsenal Player of Season".

Cazorla telah bersama dengan pasukan Sepanyol sejak UEFA Euro 2008 dan UEFA Euro 2012. Beliau juga bermain dalam Piala Dunia FIFA 2014.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Villareal[sunting | sunting sumber]

Santi Cazorla telah dilahirkan di Llanera, Asturias, Cazorla mula bermain bola sepak ketika bersama dengan kelab tempatan, Real Oviedo,[5] kemudian kelab Villareal menandatangani beliau ketika Cazorla berumur 17 tahun. Pada 2003, Cazorla menyertai kelab Villareal B. Pada November 2003, Cazorla buat debut pertama beliau apabila menang 1-0 menentang Deportivo de La Coruñ (satu minit bermain).

Recreativo[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Julai 2006, kelab Recreativo de Huelva menandatangani Cazorla sebanyak 600,000 untuk kontrak selama empat tahun dari Villareal.[6] Pada 27 Ogos 2006, Cazorla membuat debut pertama beliau dalam kelab Recreativo apabila seri 1-1 bertemu dengan RCD Mallorca. Cazorla menjadi "Spanish Player of the Year" merujuk kepada Don Balón.[7] Pada 22 April 2007, beliau berazam untuk menjaringkan gol berikutan bapa Cazorla meninggal dunia, Recreativo menang 4-2 menentang Racing de Santander, di mana kelab Andalusia itu berjaya ke La Liga daripada Segunda División.

Kembali ke Villareal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Villareal membeli semula Cazorla. Dalam musim 2007-08, beliau bermain secara "instrumental" dan berjaya membuatkan Villareal melonjak ke tangga kedua La Liga, di mana Villareal layak ke Liga Juara-Juara UEFA.

Ketika perlawanan liga menentang Almeria pada April 2009, Cazorla telah cedera di kanan fibula beliau selepas diasak dua pemain..[8] Beliau tidak dapat beraksi dalam kelayakan Liga Europa, namun Cazorla kembali semula apabila Villareal menang 3-2 menentang Mallorca dengan menghabiskan kempen liga dengan menjaringkan lapan gol.

Cazorla telah mengalami kecederaaan ketika musim 2009-10,[9][10] di mana beliau tidak dapat beraksi dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.[11] Beliau beraksi semula bersama Villareal ketika musim 2010-11 dengan hanya terlepas satu perlawanan dan menjaringkan lima gol.

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2012, secara rasminya Cazorla berpindah ke Arsenal yang beraksi di Liga Perdana Inggeris..[12] Beliau menjadi pemain utama buat Arsène Wenger dalam pemindahan musim panas selepas penyerang Jerman, Lukas Podolski dan penyerang Perancis, Olivier Giroud.

Musim 2012-13[sunting | sunting sumber]

Cazorla mengambil sepakan penjuru untuk Arsenal.

Cazorla berasa amat teruja untuk memulakan kerjaya barunya di Arsenal. Perlawanan pertama Cazorla ialah ketika menentang Sunderland. "Setiap hari saya berasa amat berguna kepada rakan sepasukan saya dan saya amat teruja sekali," beliau berkata. "Kelab ini banyak menyelesaikan masalah dalam pasukan dan mudah untuk saya menetap di bandar ini. Setiap hari saya berasa amat selesa."[13] Cazorla meneruskan hidup barunya di Arsenal. Penyerang Sepanyol itu menjaringkan gol buat pertama kalinya ketika menang 2-0 menentang Liverpool di Anfield.[14]

Cazorla bermain setiap perlawanan kecuali Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Olympiacos pada bulan Disember. Penyerang Sepanyol membuat hat-trick buat pertama kalinya ketika menentang Reading. Cazorla telah dilanda kontrobersi ketika menentang West Bromwich Albion apabila beliau mengenakan sepakan penalti apabila diasak oleh Steven Reid. Walau bagaimanapun, televisyen menyiarkan tiada persentuhan antara Reid dan Cazorla.[15]

Pada 14 Mei 2013, Cazorla membuat empat hantaran untuk gol Arsenal ketika menentang Wigan Athletic 4-1 di mana kelab di London Utara itu melonjak ke tangga keempat liga dan berjaya memasuki kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2013-14.[16] Cazorla telah menghabiskan musimnya dengan bermain sebanyak 38 perlawanan dan beliau diundi sebagai "Arsenal Player of the Year" dalam musim 2012-13. [17] Beliau habiskan musim pertamanya di Arsenal dengan 12 gol dan 14 hantaran daripada 49 perlibatan.[18]

Musim 2013-14[sunting | sunting sumber]

Cazorla bersedia untuk melakukan sepakan penjuru ketika menentang Sunderland.

Cazorla kembali kepada pra-musim selepas latihan seminggu untuk Sepanyol untuk Piala Konfederasi. Beliau bermula di bangku simpanan ketika menentang Aston Villa kemudian beliau masuk padang selepas Alex Oxlade-Chamberlain tercedera.[19]

Cazorla hanya bermain menentang Tottenham Hostpur pada bulan September. Pemain Sepanyol itu cedera di lutut sebelum perlawanan menentang Sunderland membuatkan beliau terpaksa berehat selama sebulan.[20]

Cazorla muncul semula selepas cedera pada lutut. Pemain Sepanyol itu memulakan perlawanan dengan menentang Norwich City. Beliau menjadi pemain gantian ketika kekalahan kepada Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara UEFA selepas Robert Lewandowski menamatkan hasrat Arsenal untuk menang.[21]

Cazorla bermain semua enam perlawanan Arsenal dalam bulan November dan menjaringkan gol buat pertama kalinya dalam musim ini ketika menentang Liverpool. Pada 30 November 2013, Cazorla membuat karier ke-300nya, ketika Arsenal menang 3-0 menentang Cardiff City.

Cazorla bermain dalam tiga perlawanan pertama pada bulan Disember dengan menentang Manchester City dan Chelsea sebelum rehat. Pemain Sepanyol itu muncul semula dalam perlawanan menentang West Ham United, di mana beliau membuat aksi terbaik dengan melakukan hantaran kepada Theo Walcott sebelum Walcott menjaringkan gol.[22]

Cazorla bermain dalam setiap minit untuk Arsenal pada bulan Mac sebelum Arsenal menandatangani kontrek baru.[23] "Saya berasa amat gembira di kelab ini apabila kelab ini mendatangani kontrak baru untuk saya," Cazorla berkata."Satu daripada alasan utama saya datang ke sini ialah menjadi pemain terhebat dan menyertai Arsenal untuk mencungkil bakat saya.[24]

Selepas mengalahkan Everton 4-1, Cazorla mengambil sepakan penalti ketika menentang Wigan Athletic dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dan berjaya menghantar Arsenal ke perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley.[25]

Arsenal bangkit selepas ketinggalan 0-2 kepada Hull City dalam Perlawanan Akhir Piala FA 2014. Cazorla berjaya merapatkan kedudukan 2-2 sebelum Aaron Ramsey menjaringkan gol dalam masa tambahan. Cazorla habiskan kempen liga dengan 47 perlibatan dalam semua kejohanan.[26]

Musim 2014-15[sunting | sunting sumber]

Cazorla memulakan kempen baru dengan jaringan gol di Stadium Wembley apabila Arsenal menentang Manchester City dalam Perisai Komuniti FA 2014. Kemenangan itu mengalahkan juara liga itu untuk memberikan gelaran kedua Arsenal pada tahun 2014.[27]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Cazorla ketika perlawanan persahabatan menentang Chile pada September 2013

Cazorla memulakan kerjaya antarabangsanya ketika bersama Pasukan B21 Sepanyol, di bawah Iñaki Sáez. Beliau telah dipanggil untuk perlawanan menentang Itali dalam Sukan Olimpik 2004 di Athens.[28]

Cazorla membuat perlawanan pertamanya pada 31 Mei 2008 menentang Peru dengan kemenangan 3-1. Selepas itu, Cazorla sebagai pemain simpanan dalam kejohanan menentang Rusia,[29] Sweden[30] dan Greece dalam peringkat kumpulan.[31] Dalam suku akhir, Sepanyol menentang Itali dalam penentuan sepakan penalti di mana Sepanyol menang[32] Dalam perlawanan akhir, Cazorla bermain 25 minit terakhir menggantikan David Silva. Sepanyol mengalahkan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir membuatkan Sepanyol memenangi kejohanan utama dalam 44 tahun.[33]

Pada 19 November 2008, Cazorla menjaringkan gol antarabangsa buat pertama kalinya ketika menentang Chile dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan persahabatan.

Cazorla terpaksa melupakan perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 akibat menghidapi hernia.[34] Pada 4 Jun 2011, ketika separuh masa pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat, Cazorla menjaringkan gol sebanyak dua kali apabila pasukannya menang 4-0 di Massachussetts.[35]

Cazorla telah diseneraikan oleh Vicente del Bosque dalam pasukan Sepanyol untuk persediaan menghadapi UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Beliau bermain selama 10 minit ketika menentang Republik Ireland dalam peringkat kumpulan apabila menang 4-0.[36]

Cazorla telah disenaraikan dalam skuad Sepanyol untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[37] Pada 19 Jun, beliau membuat penampilan pertama di Piala Dunia selama 14 minit terakhir ketika menentang Chile, pasukan Sepanyol tewas 0-2 dan tersingkir selepas kekalahan yang memalukan sebelum itu, 1-5 kepada Belanda.[38]

Kerjaya statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala[39] Piala Liga[40] Europe Liga Jumlah
Divisyen App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Villarreal 2003–04 La Liga 2 0 0 0 2 0
2004–05 La Liga 28 3 0 0 11[41] 4 39 7
2005–06 La Liga 23 0 0 0 2 0 25 0
Jumlah 53 3 0 0 13 4 66 7
Recreativo 2006–07 La Liga 34 5 0 0 34 5
Jumlah 34 5 0 0 34 5
Villarreal 2007–08 La Liga 36 5 0 0 6[42] 1 42 6
2008–09 La Liga 30 8 0 0 8[43] 0 38 8
2009–10 La Liga 26 5 2 0 2[44] 0 28 5
2010–11 La Liga 37 5 2 1 13[45] 1 52 7
Jumlah 129 23 4 1 29 2 160 26
Málaga 2011–12 La Liga 38 9 4 0 42 9
Jumlah 38 9 4 0 42 9
Arsenal 2012–13 Liga Perdana Inggeris 38 12 3 0 1 0 7 0 49 12
2013–14 Liga Perdana 31 4 6 3 1 0 8 0 46 7
2014–15 Liga Perdana 5 0 0 0 1 0 3 0 1 1 10 1
Jumlah 74 16 9 3 3 0 18 0 1 1 105 20
Jumlah keseluruhan 328 56 17 4 3 0 60 6 1 1 409 67

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Musim Apps Gol
Sepanyol 2008 13 1
2009 11 1
2010 4 0
2011 10 2
2012 11 4
2013 11 3
2014 5 0
Jumlah 65 11

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 19 November 2008 El Madrigal, Villarreal, Spain  Chile 3–0 3–0 Persahabatan
2. 9 September 2009 Estadio Romano, Mérida, Spain  Estonia 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
3. 4 Jun 2011 Gillette Stadium, Foxborough, Amerika Syarikat  Amerika Syarikat 1–0 4–0 Persahabatan
4. 3–0
5. 26 Mei 2012 AFG Arena, St. Gallen, Switzerland  Serbia 2–0 2–0 Persahabatan
6. 30 Mei 2012 Stade de Suisse, Bern, Switzerland  Korea Selatan 3–1 4–1 Persahabatan
7. 15 Ogos 2012 Juan Ramón Loubriel, Bayamón, Puerto Rico  Puerto Rico 1–0 2–1 Persahabatan
8. 7 September 2012 Pasarón, Pontevedra, Spain  Arab Saudi 1–0 5–0 Persahabatan
9. 8 Jun 2013 Sun Life, Miami Gardens, United States  Haiti 1–0 2–1 Persahabatan
10. 14 Ogos 2013 Monumental, Guayaquil, Ecuador  Ecuador 2–0 2–0 Persahabatan
11. 16 November 2013 Nuevo Estadio de Malabo, Equatorial Guinea  Guinea Khatulistiwa 1–0 2–1 Persahabatan(tidak rasmi)[46]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Santi Cazorla". UEFA.com. Dicapai pada 22 August 2013.
  2. ^ La chispa de 'Paquirrín' (The pizazz of 'Paquirrín'); El País (Sepanyol)
  3. ^ "Santi Cazorla". FIFA.com. Dicapai pada 18 May 2013.
  4. ^ "Messi and Ronaldo joined by Ribery in top three of new list of Europe's top 50 stars". Sky Sports. 12 June 2013. Dicapai pada 14 June 2013.
  5. ^ "Santi Cazorla: El más listo de la clase" (dalam bahasa Spanish). La Voz de Asturias. 1 July 2008. Dicapai pada 10 September 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Santi Cazorla será presentado este lunes" (dalam bahasa Spanish). Recreativo de Huelva. 15 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 26 July 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Don Balón Rankings 2006–2007" (dalam bahasa Spanish). Don Balón. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-06. Dicapai pada 20 June 2007.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Villarreal rocked by Cazorla injury; UEFA.com, 4 April 2009
  9. ^ name="HERNIA">Cazorla has hernia operation, out 5–6 weeks; USA Today, 2 March 2010
  10. ^ Cazorla da la espalda a los contratiempos (Cazorla turns back on setbacks); El Comercio, 6 June 2011 (Sepanyol)
  11. ^ Spain omit Marcos Senna from 2010 World Cup squad; BBC Sport, 20 May 2010
  12. ^ "Arsenal sign Spain midfielder Santi Cazorla". Arsenal F.C. 7 August 2012. Dicapai pada 7 August 2012.
  13. ^ "Cazorla shines in Arsenal debut". Arsenal FC. 19 August 2012. Dicapai pada 21 August 2012.
  14. ^ "Cazorla relishing in Arsenal form". Arsenal FC. 22 September 2012. Dicapai pada 25 September 2012.
  15. ^ Collins, Patrick (10 December 2012). "Arsenal 2 West Brom 0: Santi proves he's no saint as Spaniard goes down easily to earn a dubious penalty for Arteta to convert". Daily Mail. Dicapai pada 10 December 2012.
  16. ^ McKenna, Chris (14 May 2013). "Arsenal 4–1 Wigan". BBC Sport. Dicapai pada 15 May 2013.
  17. ^ name=pots>"Player of the Season: 1st Cazorla". Arsenal F.C. 31 May 2013. Dicapai pada 9 March 2013.
  18. ^ name=pots
  19. ^ "Cazorla returns to pre season and plays important part for Arsenal". Arsenal FC. 31 August 2013.
  20. ^ "Cazorla injured in Sunderland game". Arsenal FC. 14 September 2013.
  21. ^ "Cazorla features in Arsenal games in late September". Arsenal FC. 28 September 2013.
  22. ^ "Cazorla returns to Arsenal set up in December". Arsenal FC. 29 December 2013.
  23. ^ "Cazorla, Ramsey, Zelalem sign new contracts". Arsenal FC. 18 March 2014.
  24. ^ "Cazorla sends Arsenal home in April". Arsenal FC. 29 March 2014.
  25. ^ "Arsenal 1-1 Wigan". BBC. 12 April 2014. Dicapai pada 18 May 2014.
  26. ^ "Cazorla finishes season on a high". Arsenal.com. 30 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014.
  27. ^ "Arsenal beat City in Community Shield". ESPNFC. 10 August 2014. Dicapai pada 10 August 2014.
  28. ^ Sáez seeking Spanish advance; UEFA.com
  29. ^ euro2008.UEFA.com. "Euro 2008 match report: Spain 4–1 Russia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2014-10-21.
  30. ^ euro2008.UEFA.com. "Euro 2008 match report: Sweden 1–2 Spain".
  31. ^ euro2008.UEFA.com. "Euro 2008 match report: Greece 1–2 Spain". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-29. Dicapai pada 2014-10-21.
  32. ^ euro2008.UEFA.com. "Euro 2008 match report: Spain 0–0 Italy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-30. Dicapai pada 2014-10-21.
  33. ^ euro2008.UEFA.com. "Euro 2008 match report: Spain 1–0 Germany". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2014-10-21.
  34. ^ name="HERNIA"
  35. ^ Playing without Donovan, U.S. shut out by Spain; CBS Sports, 4 June 2011
  36. ^ "Spain turn on style to eliminate Ireland". UEFA.com. 14 June 2012. Dicapai pada 3 July 2012.
  37. ^ "World Cup 2014: Diego Costa and Fernando Torres in Spain squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 14 May 2014.
  38. ^ Ornstein, David (18 June 2014). "Spain 0–2 Chile". BBC Sport. Dicapai pada 18 June 2014.
  39. ^ group=lower-alpha>Includes Copa del Rey and FA Cup matches
  40. ^ group=lower-alpha>Includes League Cup matches
  41. ^ group=lower-alpha name=uefacup>Appearances in UEFA Cup
  42. ^ group=lower-alpha name=uefacup
  43. ^ group=lower-alpha name=ucl>Appearances in UEFA Champions League
  44. ^ group=lower-alpha name=europa>Appearances in UEFA Europa League
  45. ^ group=lower-alpha name=europa
  46. ^ "La FIFA anula el Guinea-España [FIFA annul the game between Equatorial Guinea and Spain]". AS. 31 December 2013. Dicapai pada 25 June 2014.